Sunday, May 17, 2009

Tag : soalan bahasa melayu

According to the person who tagged me, we need to answer this in full Bahasa Melayu. So, this is it! struggle wat tag ni dengan ayat2 bm yg mantap2..hee =)

1. Bekas kekasih saya adalah :
orang yang telah saya lupa..

2. Saya sedang mendengar :
lagu munajat cinta di dalam blog saya.

3. Mungkin saya patut:
tidur sekarang kerana mata saya sudah hampir tertutup..namun saya tetap gagah untuk menghabiskan tag ini.

4. Saya suka :
makan cokelat dan jika saya seorang yang kaya raya, tidak mustahil untuk saya menjadi terlampau gemuk dengan hanya memakan cokelat.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
sangat rajin menemani saya menonton wayang kerana mereka tahu saya tiada teman lelaki .

6. Saya tak paham :
kenapa mesti ada orang yang sentiasa sibuk untuk mengetahui segalanya tentang saya terutamanya orang yang saya tidak kenal dan tidak ada kaitan langsung dengan saya.

7. Saya kehilangan :
seorang kawan tanpa tahu apa sebab dan puncanya.

8. Ramai yang berkata :
saya perlu ada teman lalaki buat masa sekarang kerana umur saya yang semakin lanjut.

9. Makna nama saya :
adalah lemah lembut dan penyayang.

10. Cinta itu adalah :
setia, jujur dan ikhlas.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
memikirkan tentang saya..haha..betulkah ada??

12. Saya akan cuba :
menghadapi semua dugaan dengan tabah.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hingga akhir hayat.

14. Telefon bimbit saya :
jarang digunakan..hanya digunakan apabila kecemasan sahaja..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
terus melihat jam untuk mengetahui pukul berapa.

16. Saya paling meluat apabila :
menunggu orang.

17. Pesta/Parti adalah :
masa untuk bersuka ria.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kongkang(betul kah nama nya?)

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
peringkat remaja kerana masih belajar dan tidak perlu memikirkan masalah yang besar-besar.

20. Hari ini :
saya sangat letih kerana keluar sehari suntuk demi menemani kakak saya..

21. Malam ini saya akan :
mimpi yang indah-indah.

22. Esok pula saya akan :
keluar lagi untuk menonton wayang.

23. Saya betul-betul inginkan :
hidup yang bahagia.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
saya sedang berfikir apa yang akan saya lakukan hari ini.

25. Antara pusat membeli-belah atau arked permainan saya memilih:
pusat membeli belah kerana itu adalah tempat pertama yang saya tujui selepas tamat peperiksaan..

26. Antara makanan Barat atau Jepun saya memilih:
makanan barat..ayam potong(setelah dialih bahasa ke bahasa melayu)..kelakar sungguh nama itu..

27. Antara bilik yang terang atau gelap saya memilih:
bilik yang terang kerana saya takut gelap.

28. Makanan segera adalah :
makanan yang paling menggemukkan.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Tidak boleh!

30. Siapa yang saya hendak Tag?
awak.

2 comments:

pal7 said...

illy..
lama x jwb tag..malas2 nk buat tag..lalala

iyllienaz said...

pal..xpe, xpaksa pon..=)