Friday, December 31, 2010

Glamour??

Tetiba aku rasa macam diri famous..ramai yang call bagi tau ada gambar aku dalam newspaper..siap ada orang yang upload kat facebook dan siap tag lagi kat gambar..terima kasih sebab perasan gambar yang begitu besar dalam paper tu..

Berita Harian - 23 Disember 2010

p/s: Tahniah pasukan bola sepak Malaysia..aku siap tengok live online lagi time meeting..hebat kan??hehe..thanks MyP2P..

Monday, December 27, 2010

konvokesyen di tempat kerja

last entry aku ada cerita yang aku konvo 2 kali dalam masa 2minggu..memang bertuah lah kan..konvo pertama di UiTM..yang kedua pula di tempat kerja aku..


p/s : InsyaAllah, satu masa nanti akan konvo untuk Master pula..

Friday, December 10, 2010

convocation on 4th dec 2010..

ok mari baca tentang tanggal 4 disember 2010..

pukul 4.30 pagi, nenek aku dah bangun and start kejut kami bangun..awal betul..tapi punya semangat nak konvo, aku lah orang pertama yang bangun dan mandi..lepas saja solat subuh, terus bergerak dari sungai buluh ke shah alam..pergi dengan 2 kereta..aku naik kereta dengan parents and nenek..adik-beradik aku yang lain semua naik kereta Qis sebab bersiap lambat..

belum pukul 7 pagi lagi kami dah sampai..ayah terus naik parking kat area parking bertingkat uitm..tak kuasa nak parking kat pusat inovasi and kena naik bas lagi kalau parking situ..masa sampai tu, terus emak dan ayah beratur untuk masuk DSB..ada la nombor 5 dari depan..semangat tak?? cuma 2 orang family sahaja yang boleh masuk hall..macam aku, emak dan ayah lah yang masuk, dan rezeki nenek aku, makcik yang beratur depan mom datang seorang saja dan dia ajak nenek aku masuk dengan dia..

oh, actually sebelum sampai tu, ayah ada singgah shell seksyen 7 untuk beli nasi lemak dan nasib baik aku sempat makan sebelum bersiap-siap pakai jubah..kalau tak, mesti aku dah pengsan dalam hall sebab pukul 12 tengah hari baru habis..

lepas saje habis makan, aku terus pergi join beratur kat HEP and bersiap-siap pakai jubah semua..masa tu kira dah terror la sebab semalam dah bergambar sakan..nombor giliran aku 9 ok..awal kan??dalam hall pula kena control sopan-sopan sebab duduk depan sekali.. camera pula selalu zoom baris depan..bertambah-tambah sopan aku yang sudah sedia sopan ni..

tengok lah, depan sekali..sopan kan??

tapi yang paling tak menarik, gambar aku masa ambil scroll dari pro canselor memang tak cantik..aku dah agak dah..sebab pro canselor pergi interview orang yang awal-awal ni and jadinya gambar aku mulut nganga sebab tengah bercakap dengan pro canselor tu..haih..sedih..kakak aku sempat ambil gambar aku kat screen luar..dan memang tepatlah gambar yang sama juga bila dah ambil dari uitm..

tengok lah mulut tengah bercakap..

sepanjang sesi konvo yang aku dah pernah attend time kakak-kakak aku konvo dulu, tak pernah aku jumpa Vice Chancellor tanya apa-apa pada graduan..ni first time la and kena pula pada diri sendiri..redha je lah gambar tu mulut nganga..haha

bila keluar hall pula memang teramat lah ramai manusia dan nasib baik senang nak cari family aku..dan yang best dapat bear paling besar..berat pula tu..dah lama-lama pegang memang lenguh tangan nak bawa bear tu..last-last gambar dengan bunga yang kawan-kawan bagi je..kecil sikit..

memang dah disangka, time tu bergambar sakan dengan family..dengan kawan-kawan tak sempat pun..bergambar dengan yang terjumpa je..mana tak nye dengan nak bergambar lagi, telefon berbunyi-bunyi sebab kawan-kawan ajak gambar lagi, memang agak kelam kabut..nasib baik hari sebelum tu dah puas bergambar dengan kawan-kawan..

my parents yang banyak memberi sokongan sehingga aku bergelar graduan..

yull dan qiss..time ni pun sibuk dengan telefon, sebab si dydo sesat..

dikelilingi lelaki..my classmates..tengok bunga saya paling besar..

titans yang sanggup datang mengorbankan hari sabtu..pyko, dydo dan aposh..

lepas je bergambar-gambar, ayah dah suruh gerak keluar uitm sebab nak pergi ambil gambar di studio pula since abang and family dah tunggu kat sana..lepas bergambar di studio dan makan, baru aku pulangkan jubah dan dapat transkrip serta sijil ijazah aku..time tu baru perasan yang aku tak bergambar dengan baju konvo pun..semua bergambar dengan jubah sahaja..yelah,sampai pergi studio pun, tak buka jubah terus pakai dari dalam uitm ke seksyen 7..haha

family yang datang..adik 2orang tak cukup..ana tengah SPM and wiq pula di pasir mas..

with my niece dania..

bear and bunga yang dapat on that day..siap angkut bawa naik flight balik ke kulim..

lepas dari pulangkan jubah, terus gerak balik ke rumah Qis sebab dah tak larat lagi nak berjalan dan hari panas..masing-masing dah penat dan nak mandi..malam tu pula keluar lagi melawat i-city..nanti cerita kat entri lain ye..

terima kasih tak terhingga pada mom, ayah, nenek dan family yang sentiasa beri sokongan dan berkat doa kalian, berjaya juga habiskan degree..big thanks to my family and friends yang sanggup datang during my convocation..

next week aku konvo lagi..tadi baru ambil jubah..beruntung aku, dalam masa 2minggu sahaja, konvo 2kali..nak tau kenapa, kena tunggu next week, akan update entry pasal tu pula..boleh guna jambak bear yang family aku bagi time konvo aritu untuk konvo next week..tak sia-sia bawa balik bear and bunga tu naik flight..siapa yang hebat boleh teka next week ni aku konvo apa..

Tuesday, December 7, 2010

before real day convocation..

rasa sekejap saja cuti seminggu..now dah ada kat kulim..mesti korang bosan kan?? balik-balik kulim..haha..seronok apa kat sini..aku rasa tenang sikit..sepanjang kat kl last week, aku rasa serabut sebab jalan sesak nyesak..masa aku duduk kulim, jarang jumpa jalan sesak..kalau banyak kereta pun sebab traffic light merah..tapi kat kl??haih..tak tercakap..asal time balik kerja je, confirm beratur beribu kereta..tambah lagi kalau hari hujan..memang tambahan jalan sesak 3kali ganda..

contohnya hari khamis yang lepas, aku dan Qis pergi jalan-jalan kat area Mont Kiara, dalam pukul 4lebih my mom called suruh masak nasi sebab mereka dah gerak dari JB and dah ada kat Yong Peng..aku n Qis pun gigih la nak balik rumah, tapi jalan sesak betul..family aku yang sampai dulu kat rumah..kitorang pukul 9malam baru sampai..actually agak awal parents aku sampai ke selangor..konvokesyen hari sabtu, tapi hari khamis dah sampai..sambil tu dorang nak jalan-jalan kat kl..

aku pula kena ambil jubah di Uitm Shah Alam hari jumaat..pukul 7.30pagi aku dan Qis dah gerak dari sungai buluh..sampai around 8 something tapi dah ramai yang beratur..aku mestilah lebih suka menyelit kat kawan aku yang dah beratur..mula2 sekali kena hantar slip pengesahan KPT..if siapa yang tak print memang takkan boleh proceed untuk step seterusnya..and then kena beratur untuk cek status if dah bayar yuran konvo atau belum..lepas tu baru boleh claim jubah..

disebabkan aku sampai awal dan lagi aku menyelit kat depan, semua tu ambil masa tak sampai sejam pun..lepas tu kitorang memang plan untuk ambil gambar with jubah dengan kawan-kawan..semua yakin yang on real day convo nanti memang susah nak bergambar dengan kawan-kawan since masing-masing sibuk with own family..so, ini lah gambar-gambar kitorang masa tu..

masing-masing jakun tak reti pakai hud camne..

at last cantik pun..

housemates aku kat baiduri dulu..

ni my junior kat TKC..dah lama tak jumpa, finally jumpa sebab ambil jubah hari yang sama..

qis yang sentiasa sabar tunggu aku sampai petang untuk sesi bergambar-gambar..

time tu aku pakai seluar je, tapi still bawa baju kurung sebab petangnya ada bergambar dengan semua pelajar 1st class dan dekan fakulti..dalam pukul 11lebih masing-masing dah penat sengih dan perut berbunyi-bunyi..disebabkan hari pun panas terik, terus decide untuk sambung bergambar waktu petang lepas aktiviti gambar ngan dekan..so, pergi lunch kat seksyen 8 and tengah hari tu lepak baiduri untuk siap-siap pakai baju kurung..

bersama dekan, timbalan dekan dan 1st class students

nak juga sesi baling-baling mortar board..

pose gedik lagi..

semua nak bergambar kat sini sampai jem jalan depan tu..

petang tu dah selesai bergambar, aku dan Qis terus pergi jumpa family aku yang tengah sibuk kat Jakel seksyen 7..dorang kat situ beli kain for my family untuk majlis kahwin Yul bulan 2 nanti..

tiba-tiba aku rasa aku should stop kat sini and sambung entri lain untuk my real day convocation..now masa untuk tido dan menikmati cuti sehari..salam Tahun Baru untuk semua umat Islam..InsyaAllah tahun yang baru ini menjadikan kita lebih baik dan sentiasa dekat denganNya..Amin..

p/s : nak tengok gambar konvo yang berlambak-lambak, tengok kat facebook je la ye..

Monday, November 29, 2010

Cuti 1 week!!

Alhamdulillah..semalam dah selamat sampai ke KL..ye..aku cuti seminggu..untuk konvo Sabtu ni..jemputlah datang konvo aku nanti..thanx to loque sebab tolong ambilkan aku kat airport..dari Kulim lagi aku dah ngidam-ngidam nak makan sate kat Satay Station..ni sebab baca blog belle la..haha..memang betul la sate kat sana memang sedap dan gemuk-gemuk..lembut pula tu..tak liat pon..kitorang pergi satay station yang kat ampang..memang boleh datang sana makan lagi..

sebelum ke Ampang, singgah mid valley untuk ambil Dydo yang sibuk main laser tag kat sana..dah alang-alang g mid tu, ingat nak bayar bil celcom kat blue cube..malangnya, kat situ boleh bayar guna credit card je ok..aku mana ada credit card..now ni, orang bayar cash je kot, tak pun guna debit card..dan terpaksalah aku tangguhkan niat nak bayar bil tu.

dan sekarang, aku tersekat di Sg buluh rumah kakak aku sebab tak ada transport nak keluar..gila bosan..tapi sekali sekala duduk rumah diam-diam pun bagus juga..yang pasti, rabu akan menonton Natrah..ramai yang dah cakap tak menarik..tapi tak apa la..try tengok dulu..baru boleh komen..

Tuesday, November 16, 2010

indahnya Hari Raya Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..mari sama-sama kita berdoa agar para jemah haji yang berada di tanah suci mendapat haji yang mabrur..

nenek bagi tau semalam if kita puasa hari ni, besar pahalanya..dan seperti biasa, setiap tahun, surau di sebelah rumah aku akan mengadakan korban..jadi hari ini aku boleh lihat dari tingkap bilik aku yang dorang sibuk bawa turun lembu dari lori dan tambat lembu-lembu tu kat pokok..dapat nampak kesusahan pakcik-pakcik tu nak handle sekor2 lembu tu..bukannya senang..baru tadi aku tengok lembu tu sangat kuat meronta2 nak lepaskan diri..

aroma bau di rumah aku pun dah serta-merta bertukar..dah macam kat kandang lembu..haha..tapi selalunya aku dapat tengok lembu-lembu disembelih, tapi esok, tak berpeluang..esok aku kerja..iye!! bekerja di hari raya..hmm..terima saja la..malam ni flight aku pulang ke sana pukul 2255..dijangka akan sampai di lapangan terbang Bayan Lepas pukul 12 tengah malam dan mungkin di Kulim pukul 1 pagi..harap-harapnya dapat tidur yang cukup sebelum memulakan kerja semula esok pagi..

p/s: esok pakai baju raya g kerja..

Thursday, November 11, 2010

jom balik Johor..

semua orang cuti hari rabu next week sebab hari raya haji..tapi aku kerja..tak ada orang yang nak cover..so, aku balik johor bahru untuk bercuti dari sabtu sampai selasa sahaja..malam selasa akan kembali semula ke kulim untuk bekerja..nasib baik naik flight..sejam dah boleh sampai..kalau naik bas, 10jam la gayanya..

p/s: siapa-siapa yang free, tolong datang jemput kat airport senai pagi sabtu ni ye..

Monday, November 8, 2010

Mega Oranges

kembali ke mood untuk bercuti..hari isnin semua orang kerja, tapi aku baru start cuti..now ni setiap hari akan dapat free fruits..company memang bagi kami makan buah hari-hari untuk melawaskan pembuangan air besar pekerja-pekerjanya..haha..lagi pula buah-buah yang kami dapat semua besar-besar dan imported dari luar negara..tak caya, tengok gambar bawah ni..

terkejut bila aku jumpa orange yang lebih BESAR daripada biasa..lebih besar dari mug ok..

Sunday, October 31, 2010

klasiknya di Hatyai..

Salam all..
dah lama sebenarnya balik ke Kulim..cuma tak sempat nak update apa2 kat sini..yang pasti tahun ni tak dapat birthday cake macam dulu-dulu..sedih ok!!

haha..tak ada maknanya..celebrate birthday di hatyai pon menarik juga..1st time orang ramai-ramai nyanyi lagu birthday kat atas tuk-tuk..haha..excellent kan??meriah la juga..disebabkan aku tak bawa langsung kamera..so, semua gambar guna kamera orang lain..

tapi aku tak boleh lupa perkara klasik bila pergi hatyai..haha..kenapa aku cakap klasik??kat sana aku sempat pergi pasar terapung..alaa yang korang boleh jumpa orang jual makanan atas sampan tu..haa..klasik kan??tambah lagi klasik, paling aku terkejut bila orang beli air and aiskrim, penjual bagi sekali mangkuk and bekas air yang maybe dibuat dari tanah liat and ada juga dari buluh..aku lagi siap ingat bekas tu kena pulang balik..haha..lawak-lawak..padahal orang duk buang-buang je bekas-bekas tu..balik modal ke dorang jual makanan-makanan siap bekas tanah liat tu??haha

atas ni la bekas-bekas air yang dorang bagi..padahal harga dalam 2Ringgit je termasuk air..

dan paling aku terkejut sekali, eceyy..buat-buat terkejut pula kan..ok la..seriously aku terkejut bila sampai rumah, aku kira jumlah baju yang aku beli kat sana..20 helai ok..memang betul la kata orang, perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan..dulu aku tak berapa setuju kata-kata tu, tapi now baru aku realize..haha..seriously aku tak perasan banyak tu aku beli baju..tapi memang kat sana jauh lebih murah harga-harga baju berbanding kat sini..

ohh lagi satu yang aku pelik..aku juga perasan yang tak banyak rupanya aku beli souvenir..haha..pergi sana borong baju je..memang kelakar..so, korang jangan ngada-ngada nak mintak souvenir..

p/s: terima kasih semua sebab ingat dan wish birthday aku..tapi still hampa tak dapat kek..=(

(pic credit to shahrul satu-satunya yang bawa kamera dalam ramai-ramai tu)

Sunday, October 17, 2010

nak kek juga tahun ni..

salam all..
yeahh..setelah mengambil baju aku dari laundry, now aku mengisytiharkan bahawa memang bersih dan harum semua baju-baju aku..macam sayang pula nak pakai..haha..dan hari ini ahad, cuti sampai selasa..rabu baru start kerja semula..

minggu depan pula akan ke hatyai..12 orang semuanya..bos 2 orang, yang selebihnya sama position ngan aku..pergi on 24th and will come back on 25th october..my birthday ok 25 hari bulan tu..qiss, nak levis satu as birthday present..hehe..

tahun ni boleh dapat sebiji kek secret recipe lagi ke macam tahun-tahun lepas??

oh ya..semua orang sibuk cerita pasal konvo..tapi uitm buat lambat la pula konvo kali ni..end of november baru start konvo..dah tk dapat join contest edy..my convocation will be on 4th december (saturday)..
guys..please mark your calendar and be sure to attend this special event..haha..my boss already approved 1 week leave for me..so, i'll be in shah alam from 28th november until 5th december..

p/s : dah duduk jauh kat sini siapa yang baik nak celebrate birthday aku??
p/s 2 : congrats roe for your wedding..always pray for your happiness..

Friday, October 15, 2010

operasi mencari kedai dobi..

Disebabkan semua jejaka-jejaka melayu dalam production floor ni dah keluar pergi solat jumaat, aku ada masa untuk update sedikit cerita tentang semalam. Selepas habis training ‘how to become a good manager’, aku ada matlamat utama iaitu mencari kedai dobi di sini. Mangsa yang kena menemani aku ialah Jehan(kawan kerja baru). Bukan sebab aku malas nak basuh baju, tapi since rumah yang aku sewa now ni memang kosong betul dan aku belum dapat peluang lagi untuk beli washing machine, aku terpaksa juga hantar baju-baju aku ke kedai dobi..

2 minggu lepas aku basuh sendiri baju, tapi disebabkan hujan turun setiap hari, aku kena jemur baju dalam rumah and paham-paham je la bila dah perah sendiri, memang lambat lah baju tu nak kering tambah2 lagi jemur dalam rumah..so, aku jadi malas sebab aku rasa baju yang aku basuh tu lambat kering and keputusan yang bijak dibuat iaitu hantar baju ke dobi untuk dibasuh..

Aku dan jehan pun start pusing-pusing untuk cari kedai dobi..jalan punya jalan, tiba-tiba Jehan jerit “hah, tu Kedai Dobi Sri Muthusamy (bukan nama kedai sebenar)”. aku terus jadi sangsi nak hantar baju kat situ bila dengar nama kedai tu..adakah aku ni racist??minta maaf la ye..tapi sebab itu kedai pertama yang kitorang jumpa, so kitorang decided untuk tengok dulu kedai nye macam mana..but then bila sampai exactly depan kedai tu, aku tengok dia jemur baju-baju kat luar kedai tu..terus aku and jehan gelak gila sebab kitorang ni pikir, takkan kedai dobi tu keringkan baju manually guna cahaya matahari, tak ada dryer ke?? Terus cancel nak hantar kat kedai tu and tekad kalau tak ada kedai lain memang aku rela basuh baju sendiri..

Nasib baik tak hantar kat kedai tadi tu, sebab bila jalan lagi kat area kawasan rumah aku, ada 1 kedai dobi yang baru dibuka bulan 8 and nampak kedai dobi tu memang bersih dan teratur..nama kedai tu DOBI D’AURA.memang aku terus hantar baju kat situ je..now ni ada promotion untuk 1kg harga RM1.80 sebab kedai tu baru dibuka..tapi nanti bila promotion dah habis, akan jadi 1kg harga RM2.20..untuk student politeknik and unikl memang harga sampai bila-bila 1kg RM1.80..aku tanya kakak tu muka aku macam student, so, xdapat ke sampai bila-bila nanti harga RM1.80..pastu akak tu cakap, tengok aku dressing pun dah tau aku ni dah kerja..cis..baru ingat boleh dapat murah..tapi xpela, nanti bila dah naik harga, aku beli la washing machine..takde lah susah-susah nak hantar dobi lagi baju-baju tu..haha..

Dan bagusnya kedai dobi ni, pagi tadi pukul 11pagi, aku dah dapat message bagitau yang baju-baju aku dah siap dan boleh diambil..sekejap je kan padahal aku hantar semalam pukul 5petang..kiranya servis kedai dobi tu cepat la juga..nanti petang karang if aku dah ambil baju-baju aku, aku update kat korang macam mana kualiti kebersihan dan kewangian baju-baju aku tu..

Tuesday, October 5, 2010

annual dinner??

Salam..
rasa sangat cepat September berlalu..tak sangka aku cuma sempat buat 2 entri saja..sampai aku lupa nak buat special entry for Qis..30th september was her birthday..


to my beloved sister Balqis, happy birthday!! always pray for your happiness..

semalam pula off day tapi kena attend meeting annual dinner..ya..motif meeting ni untuk bincang pasal annual dinner untuk employee, contoh macam theme apa nak guna,nak buat kat mana, food apa yang patut ada, apa doorgift yang nak beri, and macam-macam la benda yang common patut bincang bila nak buat dinner..and cuba teka kat mana kitorang punya meeting tu..haha..Dome Queensbay ok..

and great news, new hire must perform something on the stage that night..walaweyyy..apakah??aku dah lama tinggal benda-benda nak perform ni..and there are only 6 people of us, and i am still confusing performance apa yang patut kitorang buat..haih..ada about 1 month to go and we have to make it perfecto!so any suggestion??

p/s : aku cuma reti berzapin je kot..

Wednesday, September 29, 2010

handphone baru..

selama aku berada di kulim, memang susah nak connect internet luar dari tempat kerja..tapi sekarang dah ada celcom broadband..kuasa di tangan anda..tapi still lembap macam siput..tapi masih boleh online dari rumah..

ahad lepas, disebabkan cuti, telah berjalan-jalan ke Giant Kulim untuk mencari handphone baru..ni bukan menggantikan handphone E72 yang hilang dulu..tapi untuk gantikan handphone yang tak boleh bawa masuk production line sebab ada camera..ok tempat kerja aku tak boleh bawa masuk handphone yang ada camera..so, back to basic..guna handphone yang tak ada camera and harga pun RM80 je..
sebelum ni memang tak nak bawa handphone pun pergi kerja..tapi susah untuk orang nak contact..so, terpaksa juga beli handphone nokia 1202..dan yang pasti bos-bos kami pun pakai handphone yang lebih kurang sama je..yang penting tak ada camera..hehe

Wednesday, September 22, 2010

Live from Kulim..

salam all..
i cant believe..almost sebulan tak update blog ni..after ni aku akan update blog from kulim..now aku menyewa single storey house dengan seorang lagi housemate..dia dulu sama-sama belajar di uitm..dan now kami dapat kerja di tempat yang sama cuma position saja yang berbeza..

start dapat rumah ni, rumah sangat lah kotor dan tak menyelerakan..tapi bila dah bersihkan and dicat, memang macam rumah baru..yang banyak tolong mestilah my parents and adik-adik..sebab aku kena report duty before raya hari tu, so, ayah buat keputusan untuk raya di Baling..Baling kampung sebelah ayah..dalam 45minit je from kulim ni..2nd day raya pula kami dah balik johor bahru since aku dapat cuti raya yang lama..19 September baru aku start kerja semula..and setakat ni boleh dikatakan seronok juga bekerja di sini..


gambar raya ni macam 1st day raya pula..padahal ambil masa raya ke-empat..bila dah start kerja ni, duit raya yang dapat pun makin kurang tapi still dapat duit raya..haha..rasanya tak terlambat untuk aku wish Selamat Hari Raya pada semua pembaca blog ni yang beragama Islam..dan maaf zahir batin..

aku rasa cukup setakat ini untuk entri kali ini..setakat mengupdate apa yang aku buat sekarang ..mungkin akan kerap update selepas ni bila aku off day nanti..

Tuesday, August 31, 2010

Program motivasi dan kenangan sekolah lama..

rumah dah senyap sunyi..masing-masing amik port dalam bilik masing-masing dah siap-siap nak tido..esok cuti tapi gaya dorang macam esok keje..awal gila masuk tido..dan seperti biasa aku yang tengah menganggur ni saja lah yang mampu untuk membuka mata di saat-saat jam hampir menunjukkan tengah malam..

minggu lepas ada seorang cikgu yang tiba-tiba call aku atas desakan guru besar yang menyuruh aku datang ke sekolah rendah aku untuk memberikan sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 yang akan menduduki UPSR tidak sampai sebulan saja lagi..tak tau la macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku..

mula-mula aku agak malas untuk aktiviti-aktiviti sebegitu, tapi bila dipikirkan balik, apa salahnya if aku berikan sedikit khidmat yang mungkin dapat menyedarkan dan boleh memberi semangat kepada pelajar-pelajar itu untuk mendapat 5A dalam UPSR..aku mengajak seorang lagi kawan aku dari sekolah yang sama juga untuk menjadi teman aku dalam program motivasi ini..

jumaat lepas telah dijadualkan untuk aku memberi motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 tersebut..ternyata mereka sangat seronok bila dengar pengalaman aku berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh..mereka patut bersyukur kerana mereka telah didedahkan dengan nama-nama sekolah yang hebat di Malaysia awal-awal lagi sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan..maknanya mereka ada satu matlamat iaitu apabila hendak melangkah ke sekolah yang berprestij tinggi, mereka wajib mendapat 5A..

lain pula dengan aku sewaktu aku darjah 6..aku tidak pernah tahu langsung yang wujudnya sekolah berasrama penuh..aku bukan jenis suka belajar..ramai cikgu yang membebel dan tidak suka dengan kesibukan aku di luar kelas sampai aku selalu tidak masuk ke kelas gara-gara aktiviti luar..semua benda aku nak masuk, baik title olahragawati sekolah aku pegang, tarian zapin pun aku join, koir dan nasyid pun nak juga masuk, house captain pun aku pegang..pendek kata memang GILA KUASA..

aku jadi aktif begitu sebab awal-awal aku mula bersekolah, aku tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti luar langsung kerana aku mengidap lelah..doktor mengharamkan aku memijak padang sekali pun kerana lelah aku memang tahap teruk sehingga ke mana saja aku pergi, wajib membawa inhaler..alaa benda yang kena sedut time ko semput tu..

tapi aku bengang bila tengok orang lain pergi padang berlari-lari, dan aku??hanya disuruhnya cikgu untuk duduk tepi padang dan tengok sahaja..memang tak adil namanya..dah masa tu aku budak kecik, bukan paham kalau dah sakit tapi tak sedar diri..sampai lah satu masa ni, aku ingat lagi masa tu darjah tiga, aku dah tak peduli dengan apa yang cikgu suruh and aku join budak-budak lain berlari-lari tengah padang..

dan Alhamdulillah, Allah Maha Besar..sejak itu, bila aku ada check up ngan doktor, doktor pelik kerana lelah aku semakin hilang dan akhirnya terus tiada lagi penyakit lelah tu..and start dari itu aku terus aktif nak join semua pertandingan kat sekolah..

lagi pelik bila masa UPSR aku boleh score sebab aku paling tak suka subjek sains..yang aku seronok bab matematik je..dalam kepala otak aku hanya subject itu je yang aku boleh score A..tapi bila dah namanya takdir Allah, aku dapat 5A..masa tu, aku boleh tengok yang semua cikgu sibuk puji aku dan lagi best siap dapat "murid contoh" untuk sekolah aku..dan masa itu lah baru aku tahu pasal sekolah berasrama penuh bila aku ditawarkan ke sana..

tambah pula bila aku masuk form 1, adik kawan aku selalu cakap yang bila time perhimpunan je, nama aku wajib naik sebab guru besar selalu announce yang kononnya semua mesti jadi macam aku..aktif dalam ko-kurikulum dan boleh dapat 5A..gila tak bangga??huh..time aku selalu ponteng kelas dulu, semua cikgu tak suka dengan aku sebab terlampau aktif sampai tak masuk kelas..

dan yang paling best, bila tamat saja program motivasi tu, aku jadi glamour bila semua pelajar-pelajar tadi minta tandatangan, gaya macam aku ni artis..ada juga yang minta facebook aku sebab nak add..

dan paling tak boleh blah ada seorang pelajar ni cakap kat aku "akak, nak number handphone akak, nak bagi kat abang saya,"
blushing terus aku..haha

p/s: selamat menyambut hari MERDEKA yang ke 53! semoga keamanan tetap menjadi milik kita..Amin. Proud to be Malaysian..i love Malaysia!!

Sunday, August 22, 2010

kuih raya dah siap!!

salam semua..weekend kali ini dipenuhi dengan aktiviti membuat kuih raya..err..ke biskut raya??haa..sama je la maksudnya kan..yang penting biskut atau kuih raya ni yang akan ditayangkan time raya nanti..

awal kan buat??sebelum ini tak pernah pun buat awal-awal macam ini..tapi tahun ni special sedikit sebab seminggu before raya dah bertolak ke kedah dan akan beraya di kampung sebelah ayah di baling..sebab tu la awal kitorang buat kuih..dan aku pula akan terus menetap di kulim selepas raya sebab dah start kerja di sana..

lagi pula tahun lepas, memang mak ngan maksu saja yang buat kuih..sebab aku dengan kakak-kakak aku balik betul-betul sehari sebelum raya..so, tak ada yang dapat tolong..tapi tahun ini meriah pula sebab aku ngan kakak aku dah habis belajar and ada kat rumah..

tapi awal-awal aku cakap, kuih kitorang tak ada yang cantik-cantik..semua buat yang mudah saja..kalau boleh semua nak bulat-bulat so senang sikit tak menyusahkan..haha..asalkan sedap kan..ok, jom tengok kuih-kuih..
ada lagi kuih yang aku terlepas nak ambil gambar..sibuk sangat sampai lupa..kalau rasa-rasa nak merasa , jemputlah datang rumah time raya nanti..

pejam celik, pejam celik, masuk hari ni, dah 2 tahun blog ni wujud..dan pada awal-awal blog ni banyak kepada luahan perasaan saja..masa tu tak ada pun orang yang nak baca, lebih kepada emosional sendiri menulis seperti diari..awal-awal dulu pun tulis in english..tapi lama-kelamaan, blog ni dah jadi tempat aku melakarkan segala aktiviti yang aku buat dalam kehidupan..

thanks to all readers yang sanggup baca dan tenung blog ni..harap-harap anda sentiasa ceria bila melangkah masuk ke sini..

Saturday, August 21, 2010

Medical check up di Pusat Kesihatan UTM

2-3 hari yang lepas, aku kena buat medical check up..aku disarankan oleh ayah untuk buat di UTM..since ada kawan ayah yang kerja sana, so senang la nak berurusan..selepas settle semua kerja rumah, dalam pukul 10 aku gerak from rumah..

kalau korang nak tau, first time ni aku masuk UTM..selama aku hidup di johor bahru, xberkesempatan lagi nak masuk dalam ni..bila aku masuk UTM, aku terasa macam masuk nak pergi kelas pula..haha..ok2 aku tipu..

bila dah masuk tu memang la sesat..tak jumpa pula signboard pusat kesihatan..turun tanya ada dua orang student tu, dia ingat aku student UTM..terima kasih la pada mereka..direction yang dorang bagi memang tepat..sampai je dalam pusat kesihatan tu, ramai juga orang..aku g daftar dapat nombor 87..lepas tu bayar and buat xray..terserempak pula ngan kawan ayah aku..dia marah sebab aku sampai tapi tak bagi tau dia..haha..ooh lupa nak cakap..masa xray tu, layanan staf di situ sangat A+..

lepas buat xray aku diambil berat dan ukur tunggi..kemudian cek mata pula..masa tu layanan staf-staf di situ biasa sahaja..macam malas nak layan orang..lebih banyak berbual dengan kawan-kawan sekerja..selesai cek mata, kena ambil darah pula untuk cek if ada hepatitis atau tidak..part ambil darah tu sangat best ok..yang ambil darah tu kawan ayah aku and seriously layanan dia sangat A+..penyayang sangat..macam-macam nasihat dia beri so that aku tak takut..memang la aku bukannya takut sangat pon setakat ambil darah yang berapa ml tu tapi cara dia cakap pun lembut je..siap bersayang-sayang lagi..

ok next urine test pula..kena submit darah yg diambil tadi and air kencing ke makmal untuk test..and bila dah selesai staf tu pulangkan semula borang aku dan suruh aku scan kod bar nombor aku tadi untuk periksa doktor pula..

ok part ini sangat malu ok..aku nampak ada tempat scan dan computer..so, aku scan je la..sekali kat computer tu appear fail..hah..aku pelik gila..so, aku jalan la nak g cari computer lain..aku pergi ke depan bilik doktor pula..aku scan di situ..baru appear nama aku..time tu aku pandang belakang and tengok kat tempat aku scan yang first tadi..pergigian?? hahaha..patut la fail..nasib baik aku tak scan tempat farmasi yang amik ubat tu..mau kelakar..

bila part tunggu untuk cek doktor sangat la lama..aku tunggu pukul 11.40pagi and aku dapat jumpa doktor pukul 2 petang..entah mana silapnya bila aku tengok nama aku kat computer tu dah paling atas dah tapi xkeluar-keluar number aku..sampai number 130 lebih tapi nombor 87 aku tak keluar juga..mungkin doktor yang pandai rawat untuk medical check up ni tak ada kot..doktor yang ada cuma untuk rawatan-rawatan lain macam demam-demam ke, batuk-batuk ke..haha..sebab tu number aku tak naik-naik..positif sangat aku berpikir kan..duduk situ lama-lama macam aku pula yang dah rasa sakit..

nasib baik doktor yang rawat aku sangat best..alamak lupa nama dia..nanti aku cek balik..kira ok la layanannya..doktor sangat mesra alam..Alhamdulillah, semua selesai selepas itu..niat nak pos surat kat 'telco and post' di setia tropika..malangnya TUTUP..yang kelakar siap tulis lagi.."Close during fasting month"..yang itu sangat tak boleh diterima..kenapa kena tutup semasa bulan puasa??bukan time buka puasa pon..baru pukul 3petang masa tu..ingat time puasa tak boleh kerja ke??aku pula yang susah kena pergi pejabat pos untuk pos laju..at last aku terus balik rumah sebab malas dah nak pergi post office..esoknya saja aku pos surat..

Friday, August 13, 2010

solat terawikh dan solat jumaat VS cyber cafe..

Alhamdulillah hari ini hari pertama aku berpuasa..hehe..petang semalam disebabkan ada kerja yang perlu aku settle kan dengan menggunakan scanner, aku terpaksa mencari 'cc' atau kata nama lain 'cyber cafe '..scanner kat rumah ni, harap wujud saje, tapi keadaannya menyedihkan sebab dah rosak..

kat kawasan rumah aku ada cc yang nak kata baru dibuka tak juga la..ada la dalam awal tahun perasmian cc tu agaknya..cc tersebut betul-betul sebelah dengan Perpustakaan Bergerak Sultan Ismail..bila aku melangkah saja kaki ke dalam cc tersebut, senyap sunyi sepi..aik..aku salah masuk ke??aku masuk library rupanya..eh tak tak..betul la aku masuk cc, cumanya cc tu kosong tak ada orang langsung..bila tanya kakak tu nak scan boleh tak, tapi dia jawab tak boleh scan..haih..sudah kena cari cc lain la gayanya..

gambar ihsan google..

tetiba aku terpikir yang cc sekarang ni sudah tak dapat sambutan..mana taknya, now ni hampir setiap rumah dah boleh melayari internet..tak cukup tu, ada pula broadband yang lagi senang boleh online kat mana-mana..lagi pula semua cafe atau kedai makan pun dah ada wifi..yang nak pergi cc ni cuma untuk main game atau pun orang macam aku yang nak guna scanner, tapi scanner tak ada kat rumah..haha

rumah aku terletak di kawasan kampung, berpusing-pusing area rumah kedai tapi tak ada cc lain pun, aku terus balik rumah dulu sebab nak tolong emak masak untuk berbuka and aku decide untuk keluar malamnya dan pergi cc di bandar baru uda..sebab situ saja lah yang aku pernah pergi..kalau tak silap 5 tahun lepas, sebab nak apply upu online..masa tu penuh gila cc tu..nak guna pc pon kena beratur..

lain pula cerita semalam..disebabkan cc tersebut sangat lah dekat dengan masjid, ramai budak-budak yang ada dalam cc tu semua berbaju melayu..aku sampai cc tu pukul 9malam..orang pergi solat terawikh tapi dorang masuk cc..tengok gaya dorang macam student sekolah menengah la..

tunggu lah menanguk kat situ sambil borak-borak dengan kakak yang jaga cc tu..mana tak nya scan sehelai pon amek masa 2-3minit..lagi yang aku kena scan 7 helai..bila borak dengan kakak tu aku tanya lah, laku ke cc zaman sekarang ni..kakak tu jawap, memang tak berapa nak laku tapi bila bulan puasa ni, Alhamdulillah lah, bila malam cc tu meriah ramai juga..

memang la ramai datang time orang solat terawikh dah budak-budak tu patut datang ngan mak ayah solat terawikh, tapi dorang menghilang masuk cc pula..bila dah habis kertas-kertas aku scan dan transfer dalam pendrive, menderu-deru budak-budak tu nak bayar pc dorang..yela time tu terawikh 8rakaat pon dah nak selesai..bijak kan mereka..

yang paling kelakar..siap ada pesan kat kakak tu, "kak esok book dua pc ye..pukul 12.30,"

dah book siap-siap time solat jumaat..haih..aku yang pening..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa..

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi..dan berkat bulan Ramadhan juga aku telah dapat berita gembira dengan diterima bekerja..terima kasih pada semua rakan-rakan yang telah banyak memberi kata-kata semangat dan mendoakan aku..jasa kalian memang tak dapat dibalas..

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..semoga semua amalan kita diterima Allah dan hidup kita diberkati dan dirahmati..Amin..

bukan senang nak cari gambar ni..gambar insaf ok..hehe

Saturday, August 7, 2010

saya pelajar sekolah lagi laa..

Ramai sangat dah suruh update blog..ok2..sebenarnya bukan la sibuk sangat tapi asal nak buat entry baru je, ada saja benda lain yang nak dibuat..so, terus tak jadi tulis blog..

hujung minggu lepas selepas hantar adik lelaki aku ke swimming pool, aku bergerak ke sekolah asrama adik aku yang perempuan..yang lelaki ni form 4 and yang perempuan tu form 5..

pendek cerita, aku ke sekolah adik aku yang perempuan ni sebab nak hantar kasut baru dia..dia ada ngadu kat mom kasut dia tapak dah bocor..kalau hujan, air masuk dalam kasut..sedih ok..hahaha..tapi biar dia rasa susah sikit..asyik nak senang je memanjang, sampai bila lah nak sedar yang diri tu perlu usaha sendiri untuk rasa senang di masa hadapan..

sampai sekolah dia, aku parking kereta dan berjalan menuju ke blok asrama..ada yang sibuk beriadah main badminton..

aku tegur seorang pelajar ni, "adik, tolong panggilkan farhana, form 5"

"jap ek kak," jawab budak tadi..

"Ana, kakak ko datang!" aku pun dengar la dorang jerit panggil adik aku..

tiba-tiba ada kawan dia yang menyampuk, "Eh, itu adik dia la bukan kakak dia"

hahaha..ok sila percaya..kawan-kawan dia ingat aku ni bukan kakak tapi adik..gila nampak muda muka aku..muka budak sekolah lagi rupanya..tersengih aku sampai malam..

Thursday, July 22, 2010

yang penting niat kena ikhlas

lama kan senyap??hah..now im blogging live from shah alam..kenapa aku boleh wujud kat sini pula??panjang ceritanya..malas nak cerita, kita skip je..haha

last week, balik from shah alam after selesaikan banyak hal, aku singgah di Melaka jumpa idadie..after berjalan-jalan melawat Melaka (melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia), we decided to watch movie that night..on the way nak ke dataran pahlawan untuk beli tiket movie, tiba-tiba ada seorang perempuan tegur kami, "Awak, boleh tau tak macam mana nak ke pantai yang dekat A'famosa?"
melaka bandaraya bersejarah..

Aku yang memang tidak berapa tahu jalan di Melaka hanya senyap saja..tapi kawan aku yang dah hampir 2tahun duduk situ pon explain lah yang tak ada pantai dekat ngan A'famosa..sedangkan bangunan A'famosa tu betul-betul je dekat situ..yelah sebelah dataran pahlawan kan..

A'ah..betul juga kan..pastu aku explain lagi yang ada pon dekat ngan eye on malaysia..oh, aku hampa eye on malaysia dah tutup terus and aku tak sempat nak naik..berbalik pada perempuan yang tegur kami tadi..lepas kawan aku explain macam mana nak ke sana, dia pon pergi dengan ucap terima kasih...

dalam senyap sunyi sepi malam, tiba-tiba kawan aku tegur..
"eh, kau tak cuak ke tadi bila perempuan tu tanya?"..
"erk nape nak cuak??"
"tadi bila aku bercakap ngan dia, aku tak pandang pun mata dia. aku risau kalau dia pukau"
"erk, ye ke? nape aku pandang je mata dia,"
"tu lah kau, baik sangat.kita tak tau niat dia apa sebenarnya...bla..bla..blaa.." dia sambung bebel..

hmm..selama aku hidup ni, aku jarang sekali fikir yang negatif-negatif..sebab aku selalu anggap orang lain macam diri aku..ok, let say aku sesat and aku nak tanya orang jalan, mesti lah niat aku bertanya untuk tau jalan mana untuk aku sampai..

if you don't know, just ask..it doesn't cost you anything..kan?? tapi aku tak sedar yang tak semua orang niat dia ikhlas macam kita..and betul kata kawan aku tu, mungkin ada orang yang nak pukau kita dengan cara macam tu..cuma aku sahaja yang tak pernah terfikir..

kucing boleh pukau tak??

erm tapi semalam ada orang tegur aku kat dalam komuter..haa..yang itu aku confirm dia memang nak pukau..haha..minta maaf encik khairi..saya bergurau..

Thursday, July 1, 2010

Poie pokan, naik basikal, Tongah haghi, tongah paneh..

Masa aku tulis pada entri dilanggar lori minggu lepas, aku ada beri tahu pasal aku ke seremban kan..and now is the right time untuk menceritakan apa yang jadi sepanjang aku berada di Negeri Sembilan..

Selepas bertolak dari Larkin, aku sampai di Terminal 2 Seremban lebih kurang pukul 10.30 malam..ingat lagi time-time sekolah dulu, Terminal 2 ni tak wujud lagi..masa itu aku selalu naik bas di Terminal 1..kalau time cuti panjang lagi seronok..dapat naik train free..haha..banyak kali juga aku dapat naik train..ada la lebih 10 kali sepanjang belajar kat seremban..dan yang seronok part jadi travel leader bila dah jadi senior..ok mengelamun kejap..haha..

back to the topic..bila aku turun bas, piko dah menanti depan Terminal 2 untuk ambil aku dan bawa balik ke rumahnya di kuala pilah..loque, apiq and cha-e dah sampai dulu and ada dalam kereta..kalau dulu, nak pergi rumah piko lalu bukit putus..scary ok lalu situ..jalan berbukit-bukit berbengkang-bengkok..but now, dalam masa setengah jam sahaja dah boleh sampai kuala pilah dari seremban dengan melalui highway lekas..maju sangat kan..

ok on next day nya hari sabtu, tujuan sebenar adalah untuk datang wedding jama di seri menanti..nak dekat 40 orang juga titans yang datang..both of them macam ada sort of kerabat-kerabat juga la..so, Tuanku Najihah pun ada sama..jom kita tengok gambar..

meriah kan..

yang ini without pengantin..

berempat..

area-area seri menanti..

after majlis Jama, dah janji ramai-ramai untuk pergi rumah seorang cikgu kami masa sekolah dulu..Cik Hafitah..masa beliau jadi warden kat sekolah sangat garang ok!! but now, katanya student semua dah tak takut sebab dah tak garang lagi..hmm..nasib la batch kitorang dapat warden semua garang-garang..haha

ooh ya sebelum bergerak ke rumah Cik Hafitah di Seremban, kami pergi beli cendol dan rojak dulu untuk makan sama-sama dengan yang lain..tapi on the way tu sempat lagi singgah sekolah lama..haha..bergambar kejap..

yaa..sekolah kami..

di rumah Cik Hafitah..beliau bertudung biru baju merah..

ok lepas solat maghrib di rumah cikgu, masing-masing bergerak balik..kitorang yang masih belum penat melangkah singgah di padang seri menanti untuk join gempak desa astro..haha..kata pon kat desa, baju kurung memang cantik je la kan tak bertukar..artis-artis yang datang pun tak berapa menarik membuatkan kami balik saja dan bergambar..

ada reza je yang best..

sempat berhenti tengah jalan..

lengang sungguh..

sampai boleh lompat..haha

dan lepas penat melompat-lompat pergi makan dan pulang dengan penatnya..Ahad pula terus balik jb..sekejap saja aku di seremban, tapi seronok sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan yang lain..=)

p/s : happy birthday to loque..semoga apa yang diidamkan menjadi kenyataan..Amin..