Friday, February 26, 2010

berita sedih..

salam..

hari ini aku terima berita sedih..kakak aku message bagi tahu yg snow white dah mati..semalam elok sahaja, tapi pagi tadi selepas ayah bagi dia minum air, dia lemah and lepas itu dia mati..

snow white yang colour putih..yang lain sibuk menyusu tapi dia xpernah nak berebut untuk minum susu mak dia..

serious aku sedih..nangis bila dapat tau..yelah, masa aku duduk rumah, aku yang jaga dia..tapi, Allah lebih sayangkan dia..aku redha..

Tuesday, February 23, 2010

bas ditahan polis kerana beg yang tercicir..

pagi2 isnin aku sudah bangun dan bersiap-siap untuk pulang ke shah alam..tepat jam 11 pagi, ayah berhentikan kereta depan stesyen bas larkin..

"kuala lumpur dik sekarang.." abg2 tiket melaung-laung tanya aku..
"xnak kuala lumpur..saya nak pergi shah alam.." jawab aku..

macam tu lah selalu kalau aku memang xbeli tiket awal2..

"ok2..sekarang shah alam" abang tu bawa aku ke bas eagle.."35 ringgit"..
aku hulurkan duit..dan ucapkan terima kasih..

nasib baik aku xbalik ahad..budak rumah aku bagi tau tiket dia from larkin harga rm45..bas yg sama..mak aih..cekik darah wey..

ngam2 aku duduk je, terus bas eagle gerak..memang bagus..on time..haha..padahal, orang dalam tu tunggu lama kot nak penuhkan bas tu baru gerak..bila bas dah gerak, aku terus message ayah, bg tau yang dah naik bas and bas dah gerak pon..

di dalam bas, aku malas nk ambil tahu hal orang laen..terus aku kluarkan earphone dan sumbat ke telinga..aku g playlist zikir yang ada dalam handphone aku dan tekan play..keluarkan buku "how to marry the man of your choice" dan aku sambung baca buku itu setelah tergendala baca di rumah..

xsampai 10minit pun kot aku rasa dah ngantuk..terus tukar g playlist lagu english..haha..sambil aku dengar, nyanyi2 and berjoget2 sedikit,lepas itu aku tido..biasalah, tido itu rutin semasa naik bas..hehe

setelah berhenti rehat di batu pahat, bas teruskan perjalanan.. aku teruskan baca buku tadi dan tido..sampai tol sungai besi, aku dah xlarat nak tido dan perhatikan pemandangan2 indah kuala lumpur..

betul2 depan dewan bahasa dan pustaka, atas flyover, tiba2 ada kereta polis tahan bas yang aku naik itu ke tepi..
"beg jatuh" kata polis itu sebaik dia keluar dari kereta polis waja..
pemandu bas terus keluar and tengok memang pintu tempat simpan beg yang kat bawah dah terbuka..dorang xtutup rapat before jalan..

sebenarnya aku blur kejap macam mana polis itu detect yang beg jatuh and xkan dia xtolong kutip dulu bila dia perasan yang ada beg jatuh..

driver bas tadi reverse balik bas slow2 turun balik flyover itu..hebat xhebat driver tu..bila dah betul2 kat bawah, driver tu cakap, tengok siapa punya beg yang ada jatuh..penumpang2 ni pon turun lah pergi tengok beg2 mereka..banyak jugak beg yang hilang..dalam hati aku bersyukur sebab aku xbawak beg banyak pon..beg laptop n beg galas belakang je..2-2 aku angkut bawa naik atas duduk dengan aku..so, barang2 aku selamat..

pastu 2nd driver bas dah jalan jauh cuba untuk cari beg2 yang dah jatuh tu tapi xjumpa..so, dorang kena buat report polis sebab kes itu..

xpernah jumpa lagi kes beg tercicir macam ni..dan akibatnya, aku lewat sampai shah alam..pukul 5 baru aku sampai..

p/s: korang ada tak jumpa beg tercicir tengah jalan semalam??

Friday, February 19, 2010

anak disisihkan kerana warna kulit yang berbeza??

video

sejak aku sampai di johor bahru, tangungjawab aku bertambah..
kenapa??sebab anak2 dixy yang comel2 belaka..haha..

ada 4ekor semuanya..3ekor sama colour ngan dixy..and lagi seekor colour pudar sedikit..haha..

kesian anak dixy yang colour pudar tu..dalam video itu dia yang duduk dalam besen tu..ayah panggil snow white..dixy macam sisihkan snow white..maybe dia ingat yg putih itu bukan anak dia sebab colour lain..

tapi aku paling sayang snow white tu..disebabkan dia selalu tidak mendapat susu daripada dixy, kitorang kena bancuh susu and bagi snow white minum susu itu guna syringe..

dan tugas itu, aku lah yang kena buat sebab dah xada orang dekat rumah ini..setiap 4jam kena bagi minum..dah macam jaga anak sendiri..

p/s: siapa nak 4ekor itu, ambil lah..haha..(macamlah ayah aku nak bagi..dia sayang semua kucing kat rumah)

Sunday, February 14, 2010

konsert satu suara 'aizat, faizal tahir dan siti nurhaliza'..


13 februari 2010, pukul 6.15 petang selepas makan, kami bertolak dari pkns shah alam dan sampai di istana budaya jam 7malam..
with anas tahir..

aizat, faizal tahir, siti nurhaliza...

anas tahir lagi...


kesimpulannya, memang berbaloi2 pergi konsert ini..suara faizal tahir memang xterluah sedapnya..sebak bila siti nyanyi lagu sejati..aizat pula memang hebat melayan penonton..kami masing2 tido tersenyum malam semalam..terngiang2 lagi suara mereka di telinga..

akhirnya dapat jugak jumpa saypool..pergh..ada org ckp muka dia macam black mentor..aku bangga sekejap ada adik macam tu..haha..kau nampak tinggi la adek..nape ek??
illi n saypool

p/s: esok mahu pulang ke johor bahru..tiket bas ada lagi ke??

Saturday, February 13, 2010

aku rindu kau..

saat ini aku merindui seseorang..yang sudah tentu x ada penggantinya..ingat lagi..bila dia sentiasa dekat dengan aku..dia lah tempat aku menceritakan segala masalah..kalau ada yg tidak puas hati, dialah yang menjadi tempat untuk aku lepaskan geram..segala bebelan aku, dia dengar dan sentiasa berikan nasihat2 yang berguna..

dulu, masa aku selalu diluangkan bersama dengannya..kalau hujung minggu yang aku free dan xada exam, memang akan menonton wayang bersama..banyak kenangan bersama dengan dia di kotak memori aku..walaupun sense of direction dia sangat teruk, tapi aku tetap menghargai waktu2 apabila kami sesat mencari jalan..

yang pasti, itu semua dulu..sekarang sudah tiada lagi peluang untuk bertemunya..malangnya dia telah jauh denganku..sejak dia tidak berada dekat di sini, aku jadi tak keruan..dunia rasa kosong..hari-hari mingguku terpaksa lalui seorang diri..rindu sangat padanya..

mungkin lambat lagi akan aku bertemu dengan dia..dan xmungkin dia akan datang kepangkuanku buat masa ini..

iye..aku memang sayang kau..cuma kau saje yang xtau..aku xtau macam mane nk cakap lagi..bila kau jauh, baru aku rasa kehilangan..balik lah semula ke sini..aku dah xsanggup berjauhan dengan kau..



dearest nurulnadiah badrul hisham
happy 23rd birthday!!
a year older, a year wiser, a year sexier..

miss kau gila2 la buddy..balik la malaysia cepat!!
nanti dah ada duit boleh pergi bangalore jumpa ko..

p/s: aku tau aku lmbt buat entry ini sehari..semalam aku sibuk buat fyp..hari ini baru ada masa untuk wish ko..love u buddy!!!

Wednesday, February 10, 2010

interview dan milla..

Alhamdulillah..selesai interview stage 2 hari ini..

sepatutnya turn aku pukul 11.30 tapi pukul 12 lebey baru aku masuk interview room tu..banyak soalan yang ditanya..dan secara tidak menyangka bahawa tak ada langsung soalan theory yang disoal pada aku..pelik memang pelik..orang2 yang sebelum aku, memang banyak ditanya soalan mengenai rumus2 dan theory2 macam belajar dalam class..tapi aku macam lebih kepada bersembang je..haha..

nanti ada kelapangan masa, aku ceritakan satu persatu apa yang disoal oleh interviewer tu..tapi soalan first yang ditanya pada aku setelah aku duduk ialah "ape maksud illi tu ek??"..korang tau ke jawapan nya??haha..

habes interview, terus call milla and ajak lunch sebab memang xmakan langsung dan perut dah berbunyi2..nak ajak saypool, malangnya baru aku sedar yang aku tidak ada nombor phone nya..sorry ye saypool..

jadi, lunch tadi telah ditaja oleh milla..bagus betol ada adik sorang yang begitu baik..hehe..thanx ye milla and wani..

ida, illi, milla

p/s: InsyaAllah, ada rezeki aku kat situ, dapatlah..kalau tidak, mungkin di tempat lain..cuma mampu berdoa dan tawakkal..

Tuesday, February 9, 2010

upgrade celcom 3G

plan hari ini adalah untuk ke celcom center di seksyen 9..tujuannya untuk upgrade simcard aku ke simcard 3g..selepas isi borang dan ambil nombor, aku baru sedar yang aku xkeluar kan simcard lagi from handphone..

aku asyik terfikir yang bila di kaunter nanti, mesti kakak tu akan mintak simcard aku..dengan gigih aku keluarkan simcard celcom aku..bila nombor aku dipanggil, aku dengan langkah yakin ke kaunter dengan bawa borang dan simcard..


dan baru aku tahu yg sebenarnya xmemerlukan simcard pon untuk urusan tu..kakak kat kaunter tu upgrade through system je..

aku malu sebab hulur simcard beriya2 tapi akak tu buat xtau je..haha..gelak untuk diri sendiri..

p/s: lepas ni boleh la orang nak video call aku.. haha (macam ade yg nak)

Sunday, February 7, 2010

hampa~

hye again..

ok kali ini bukan pasal contest lagi..=)
ye la, 2 entri berderet masuk contest kan..sebentar tadi baru pulang dari makan di pakli seksyen 18 bersama piko..aku lebih gemar makan di situ berbanding pakli seksyen 7 yang confirm2 akan penuh..di pakli seksyen 18 keadaannya agak berbeza..tidak sepadat dan sebising di seksyen 7..lebih tenteram..

banyak yang aku bualkan dengan piko..sepatutnya, malam tadi kami menyaksikan sesuatu yang betul2 boleh menghilangkan tensyen..tensyen sepanjang minggu ini..namun, kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan segalanya..
betul2 selepas habis test jumaat malam, ada orang call and cakap yang teater itu terpaksa ditangguhkan..perasaan aku??
hampa(dah lama xguna perkataan ini)..
hampa lagi manusia2 yang terlibat dengan teater tersebut..

dah la test susah..xdapat tengok teater lagi..bertambah2 hampa xdapat jumpa blogger kat seksyen 2 sebab aku ada class full dari pagi sampai petang di hari sabtu yang indah...

hari ini juga aku baru dapat email untuk pergi 2nd stage interview hari rabu ini kat bangi..Alhamdulillah setelah lepas stage 1 minggu lepas, now dipanggil untuk stage terakhir..fuh2..cuak..sape2 yg dekat2 bangi tu, sila2 lah free kan diri hari rabu tu ya..

esok memang hari yg membosankan..haha..1st time ahad xde class..xkan duduk rumah je..dah lali sangat time weekend pergi faculty..bila ahad xada benda nak buat, dah jadi pelik..nak keluar jalan2..siapa nak ikot??

p/s: doakan aku moga2 interviewer tu terpikat dengan aku nanti..

Friday, February 5, 2010

SNAP VIA MIRROR CONTEST

ok..ini contest ke 2 yg aku join..contest ini perlu upload gambar di hadapan cermin..
dengan ini aku menyeru semua pembaca2 blog ini untuk join contest ini..tarikh tutup contest 8 Februari 2010..
cadangan kepada tuan punya contest :
  • isi blog mmg dah menarik..cuma mungkin perlu prihatin lebih, pada jenis wana tulisan yg digunakan..terlampau berwarna-warni..kadang2 ada colour yg terlampau striking smpai susah nk baca ayat yg ditulis..
  • maybe sbb kena follow 2blog sekaligus, xramai blogger nk join contest ni..terutamanya yg lelaki dan mungkin mereka ingat yg q-first boutique hanya utk wanita..
p/s : silalah join contest ini beramai2..

Monday, February 1, 2010

i love my pet contest..

salam 1 malaysia..=)

ni 1st time aku masuk contest kat blog..aku masuk pon sbb aku ada pet..hehe..if korang nk baca pasal contest ni, boleh klik sini..tapi contest ni dah habis lama dah..

disebabkan contest ni xperlu buat entri kat blog dan cuma hantar gambar kat email, so aku cuma hantar email pada tuan yang buat contest sebab last week aku busy dengan interview..then, now macam ada masa terluang sedikit baru boleh buat entri dan cuma nk tunjuk kat korang gambar mana yg aku hantar..

inilah dixy kesayangan kami sekeluarga..macam carpet kan??haha