Tuesday, March 30, 2010

kembali ke sekolah lama dan english drama..

actually last weekend, i went back to my college..sabtu malam, yang semua orang kecoh-kecoh pasal earth hour..and of course, untuk kami kecoh pasal nak pergi seremban, tengok english drama and we used to call it "ED"..

ok ED ni adalah competition english drama inter-batch..maknenya every batch akan bersatu untuk menghasilkan drama and every person in the batch MUST involve to perform the best..and of course la, yang form 1 tu, still terkedek2 baru nak belajar how to direct, how to act, how to use lighting, side effect, cara2 nak buat props, backdrops and costumes..dan sudah tentu yang paling hebat form 5 sebab dah experience 4tahun dengan ED and dorang dah tau teknik2 yang extravaganza..

and bila tengok dorang perform that night, sangat2 different dengan apa yang kitorang dah lalui..seriously..if dulu, costumes semua kitorang jahit sendiri..tapi mereka yang sekarang semua pakai costumes yg dah siap macam nak keluar pergi jalan tu..sebab cerita2 yang dorang bawa semua moden2 belaka..kalau time kitorang, kitorang banyak bawa cerita2 english style dulu2..and costumes yang perempuan, of course memang nak gown yang cantik2 plus labuci2 semua jahit sendiri nak bagi liplap..even the gown pun kitorang jahit sendiri..

ni masa kitorang f5..nampak x kain satin yang dibeli sendiri and jahit sendiri..

and bila tengok backdrops lagi la hancur luluh..zaman kitorang sampai 3 kali tukar backdrops..sebab scene yang berlainan..tapi bila tengok backdrops f4 semalam, dorang dah moden, guna projector je..xyah susah2 nak sambung2 kertas, colour guna pelaka, and gulung2 angkat ramai2 untuk guna time rehearsal..

ok backdrop yang belakang tu, kami lukis n colour sendiri tau..

yang pasal props pulak, semalam macam xbanyak props..kalau ada pon 1-2 yang besar2..tapi kitorang siap bertukang habis-habisan..memang guna segala kepakaran..and teringat saat itu, semua kena bangun pukul 5.30pagi and buat those thinggy..sampai kena kejar ngan warden sebab time tu memang silent hours and patut tido, tapi biasa lah kan..konon gempak nak jugak buat benda2 tu time xdibenarkan sebab kalau pikir masa memang xcukup..so, kena pandai2 sendiri cari masa..gambar ada dalam simpanan aku, tapi kena scan plak..nanti aku rajin, aku upload..

yang ini lighting mereka..not bad jugak..

yang ni backdrop f5..ok laa..aku xsuke sebenarnya backdrop f4 yang guna projector tu..xasli ok..

and apa yang buat aku suka datang college adalah, this is the only place yang bila aku langgar orang and say sorry, they will also say sorry to me..contohnya, masa nak tunggu announce result, batch aku ramai2 keluar sebab nak jumpa teachers and bergambar2 kat luar..so, nak keluar hall tu, kena lah lalu tempat dorang yang berdiri ramai2..and macam terpaksa langgar2 sedikit juniors2 tu..and bila dah langgar orang, mestila cakap sorry, and, sangat senang hati bila mereka pun begitu..nampak sangat mereka still menggunakan 5magic words dengan jayanya..

oh dan lagi..mereka yang menang telah dapat duit..banyak yang sponsor..time kami dulu, cuma dapat trophy and hamper sahaja..xada duit2 ni..buka hamper ramai2 1 batch dekat court between block E and F..and makan time tu juga..haha..dorang xmerasa buka2 hamper ni..kenangan itu xdapat dibeli..haih..rindu nak balik zaman sekolah dulu2..

yang sponsor hadiah untuk malam itu..maybank pon tidak terkecuali menjadi penaja utama..

batch aku yang datang malam itu..paling ramai rasanya..

and malam itu batch aku minta permission untuk overnight kat sickbay..aku pula kena balik shah alam sebab ahad ada event finishing school kat uitm..sickbay masa time kitorang dulu sangat seram ok..sebab tempat itu adalah paling hujung college..and toilet dia, macam ala2 zaman british nya toilet dulu2..but now, macam semua dah cantik..rasa seram pun dah kurang..

inilah sickbay..

dorang yang overnight college malam itu siap dapat breakfast free kat college..bonda pengetua yang baik hati..dia pun old girl juga..harus lah support anak2 kan..hehe

dining hall kitorang..xberubah..haha

ini lounge..tempat house meeting..

lounge ni hanya untuk form 5 sahaja..kira dulu kalau juniors, memang takut nak lalu lounge untuk naik dorm..haha..nanti kena panggil dek senior suruh buat macam2..so, juniors sanggup lalu tangga lagi satu untuk avoid dari dipanggil..lounge ni juga fungsi untuk house meeting..so, ada ape2 masalah atau something yang penting, semua house captain akan lead..

ini hall kitorang..pintu dah tukar..dulu pintu kayu yang tolak2 tu..

yang ini tepi hall..cantik kan..baru buat last year tulisan2 itu..

ok, i think enough la mengimbau zaman2 sekolah dulu..masa xboleh diulang kembali..so, for those yang still inside there, cheerish every moments..that is the only thing that will bring us back to our college..


haih..klo kitorang dulu, lepas apa2 event lagu kolej wajib nyanyi..but that night, kitorang yang start nyanyi dulu..dorang lupa kot..haiyaa..

Monday, March 29, 2010

final year project..

lega sangat2..final year project aku telah berjaya disiapkan minggu lepas..Alhamdulillah..sekarang kena fokus pada technical paper, presentation and thesis..

technical paper - 5 april 2010
presentation fyp - 15 until 20 april 2010
thesis - 4 may 2010

insyaAllah selesai semua, berakhirlah semester terakhir..

p/s : seronok sebab xada final exam..yeay!!

Saturday, March 20, 2010

bertambah serabut fikiran..

salam..

masa aku tulis entri ini, aku baru sahaja tutup semua window matlab aku yang berlambak-lambak..nape aku tutup semua window tu??sebabnya aku dah pening serabut..tambah2 risau due date technical paper dah dekat sangat..tido pon semakin tak menentu now ni..selalunya tido lepas subuh..dan bangun pukul 10 lebih..itu kalau xada class..

tp kalau ada class pukul 8.30pagi, kononnya nak tido awal malam sebelum tu tapi tetap xboleh tido..pukul 2 dah landing atas katil, tapi yang betul2 lena pukul 4pagi..mata terkelip-kelip pikir kenapa aku xboleh tido ni..padahal sebab dah selalu sangat tido lambat..

ok2..semua pesan, jaga kesihatan, have enough rest, enough sleep, enough eat, bla bla bla dan bla...iye2..tau..tapi kadang2 aku xperasan yang dah lewat sangat sampai pukul 6pagi..aku rasa macam laju gila masa berlalu..bila buat programming tu, macam dah kena pukau sebab xingat pasal benda lain..aku jadi addicted nak terus menerus siapkan..

hasilnya, now semua program yang aku buat dah betul dan xada error, cuma bila aku start combine satu-satu, dah jadi lain pula..asal run je error..memang hantu betul error2 tu..now aku nak tunggu isnin menjelma, xsabar nak jumpa supervisor..nak minta tolong dia settlekan error2 yang macam mangkuk berayun tu..oh, ni dah bukan tahap mangkuk lagi..mungkin periuk berayun..haha..

ini projek micro-p aku..ingat lagi masa tu bertungkus lumus siapkan projek ni..berapa hari xtido malam..

aku bukan saja2 xnak tulis entri..cuma hari2 yang aku lalui setiap hari sama sahaja..xada yang menarik untuk diceritakan..sepanjang masa dengan laptop kesayangan..isi dalam laptop ni yang aku sayang..semua program aku buat backup..dalam pendrive, external hard disk dan juga aku simpan dalam email aku..risau kalau ape2 yang xelok jadi..

so, sementara tunggu hari isnin, bolehlah berehat sebentar bersama kitkat..oh ya..juga xsabar nak pergi tengok teater sri mersing malam ini.."kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu..Dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu"..

Monday, March 15, 2010

penangan facebook abad ini..

dalam minggu ini, aku buka facebook..dan agak terkejut juga bila tengok abang aku ada add kat facebook..dia siap hantar message..dalam banyak-banyak perkataan, sepatah itu sahaja yang dia boleh pikir nk hantar pada adik dia yang anggun ni..korang nak tahu perkataan apa??
"oi"..(macam nuke rude tegur orang)

haha..xkan la aku nak ignore pula kan..adik ape la camtu..dah la dia duduk jauh kat canada sana..so, aku approve la friend request dia..tengok video dia upload kat facebook, siap bersilat time wedding ceremony kat sana..menarik kan??

selang sehari pula, my aunty and cousin pula add kat facebook..pastu adik pun ada add juga..wah, dah macam trend sedara sepupu sepapat semua dah start ada facebook..so, bila tulis status je, adik2 sibuk nak comment macam2..dan start lah terbongkar rahsia yang boleh semua orang tau..

lagi pula bila ada chat kat facebook tu, my aunty sibuk tanya bila ada orang nak datang merisik aku..dia baru balik dari rumah aku sebab family bf kakak aku dah datang merisik kakak..

dan jawapan aku, "mestilah lambat lagi kot..calon pun xada, lagi pula hendak datang merisik??"

haih..kalau sibuk nak kahwin sekarang, lepas ni dah kena kumpul duit untuk kahwin, dan bila masa pula aku ada peluang nak belanja dorang?betul tak?kan dorang dah rugi kat situ..so, biar lah aku kerja dan tolong mak ayah untuk taja adik2 aku belajar dulu..kemudian, baru boleh pikir pasal kahwin..lainlah kalau bakal suami aku betul2 kaya..
kan dah cakap..abang aku dah start bebel..

Saturday, March 13, 2010

aku jadi mangsa keadaan..

hai kawan2..
sorry sangat..i've been busy lately..macam banyak yg kena settle kan..nak spend time ngan fyp, housemates, kawan2 sekolah..so macam aku pon dah lama xbuka blog sendiri..kadang2 rasa macam guilty sebab ramai yang tanya kenapa senyap je..

semalam hari sedih aku..semalam kan result spm keluar and aku memang sangat sedih..sedih bila tengok result aku yang xseberapa nak banding dengan result kawan2 yang lain..aku dah risau bila pikir lepas spm ni mana arah hala tuju hidup aku..mak dan ayah mesti tambah sedih kalau tengok result yang entah apa2 ni..universiti mana yang hendak terima aku??

sedih kan??tu lah, sebelum exam xnak focus betul2, asyik nak tido, makan, tido, makan..memang lah bertambah gemuk..

ehh..bukan laa..aku bukan sedih pasal result spm..saja feeling2 nak jadi muda macam baru umur 18tahun..haha..ye lah, bila kawan2 emak jumpa muka aku mesti tanya aku form berapa..padahal dah final year..bosan2..

memang betul aku sedih semalam..ok ceritanya macam ni..aku ialah salah seorang pelajar yang terima scholarship(bukan nak berlagak..saja nak tunjuk terror)..haha..

sepatutnya, pelajar yang terima scholarship ini, akan dapat elaun untuk praktikal..praktikal aku dah lepas hampir setahun yang lalu..dan sepatutnya, duit yang aku dapat untuk elaun praktikal tu dah lama habis..tapi, malangnya nasib aku xmacam kawan aku yang hantar sama2 borang untuk terima elaun praktikal..dia dah dapat duit itu semester lepas lagi..aku still menunggu bila elaun praktikal aku akan masuk..

dan semalam, aku call office pemberi scholar aku dan ini kali pertama dijawab buat kali yang beratus2 aku call..aku tanya tentang status borang aku yang mungkin ada masalah..rupa2nya bukan ada masalah..aku memang xakan terima elaun praktikal itu..

sebabnya, jarak tempat aku belajar dengan tempat aku praktikal kurang 25 km..memang la..tapi masalahnya, aku bukan duduk dalam uitm..aku duduk luar uitm dan jauh dari tempat praktikal aku..soalan yang paling aku nak tau, kenapa dia x kira dari jarak tempat aku tinggal dengan tempat praktikal aku??

aku bagai nak rak survive duduk sini hari2 time praktikal..aku bukan duduk rumah parents yang makan free kat jb tu..duduk rumah sewa..makan sendiri, duit minyak lagi..

ok cuba korang semua bayangkan, orang yang belajar di uitm shah alam, dan rumah parents dekat perlis, dan lagi tempat dia praktikal dekat perlis yang betul2 sebelah rumah..yang pergi praktikal hari2 bangun lambat dan sempat lagi pergi tempat praktikal sambil berzapin, boleh dapat elaun praktikal sebab pihak scholarship aku tu akan kira jarak dari uitm shah alam dengan perlis..nape xkira berapa langkah zapin yang budak tu melangkah dari rumah parents dia ke tempat praktikal??

dan mangsa yang menjadi keadaan ialah aku, disebabkan tempat praktikal aku dalam shah alam dan jarak dengan uitm shah alam xsampai 25km..padahal rumah aku jauh dari tempat praktikal aku..

serious memang aku bengang semalam..cuba korang bayangkan, kalau 1hari rm10, sebulan praktikal 20hari..sebulan scholarship akan beri rm200..kalau 6bulan??x ke banyak yang aku rugi sebab aku buat praktikal dekat dengan uitm??

aku xtau la korang paham ke x apa yang aku bebel ni..

dan saat sekarang ni aku sedar yang mungkin itu bukan rezeki aku..bila aku call emak dan cerita, mak cakap, "xpela xdapat duit..tapi ilmu dapat kan??"

ya, memang aku ngaku banyak gila ilmu yang dapat masa praktikal..tapi xadil kan nak banding dengan pelajar lain yang scholarship sama macam aku tapi dapat elaun praktikal..

aku xtau la siapa yang buat rules macam itu..nak buat macam mana..terpaksa akur dengan apa yang dah ditetapkan..betul kata roe..mungkin rezeki yang Tuhan beri bukan dalam bentuk duit, tapi dalam bentuk kebahagiaan dan kesihatan pun adalah rezeki juga..

dan betul juga kata raie..biarlah dorang yang hutang kat aku..lepas ini macam lah dorang akan panggil aku kerja dekat company dorang itu..bukan senang nak dapat kerja now ni..aku confirm still susah nk kerja ngan company tu..

aku letak gambar bahagia nak hiburkan hati yang lara..

p/s : ke memang scholar aku tu dah xde duit nak taja student2 dia??sebab kawan aku scholarship yang sama tapi di luar negara, bagi tahu yang juniors dorang xada buat orientation week before fly sebab memang dah xada duit sungguh2..

Saturday, March 6, 2010

recording muzik-muzik part 2..

hari ini sangat lah gembira..sebelum ini asal run program je, error wajib ada..programming dan error tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu..haha..

TAPI, kali ini aku dah menghilangkan semua error..dan program aku berjalan lancar..aku seronok sebab projek juta2 dah nak siap..razi ko tolong jangan jeles..aku tau projek ko xstart2 pon lagi..

2nd day recording muzik2 was on thursday..masa itu, ramai gila orang sebab nak tengok Faizal Tahir..ok bukan Faizal Tahir sahaja kot, sebab ada band2 lain jugak..3kali ganda ramainya from hari rabu..
antara artis2 yang ada malam itu Azlan and the typewriter, Bunkface, Liyana Jasmay ngan band dia, Ana Raffali, Aizat, Hujan, Meet Uncle Hussein, and yang kitorang tunggu ialah Faizal Tahir..ohh lupa nak bagi tau, ada juga band2 lain yang kitorang xkenal..haha..

ngan Aizat..

liyana jasmay..

pandai juga mereka ini, Faizal Tahir perform 2nd last sebab xnak bagi penonton yang tengok balik awal..lepas je Faizal Tahir nyanyi, semua orang keluar..xdelah semua, sebab ada lagi suku yang duduk dalam sri pentas untuk tengok Hujan perform..kitorang yang xberapa minat hujan pun keluar untuk balik..ramai juga yang stay untuk tunggu Faizal Tahir..tapi kitorang xminat nak berebut2..haha..yang pasti, time Faizal Tahir perform, memang yang terbaik sekali malam itu..

Friday, March 5, 2010

recording muzik-muzik part 1..

rabu lepas, setelah aku habis kelas pada tengah hari, aku dah janji dengan kakak aku qis untuk claim barang2 aku..barang itu aku suruh dia bawa dahulu from jb sebab dia balik kl naik kereta dan awal daripada aku..aku xbalik sekali dengan dia sebab cuti midsem aku panjang lagi..dan aku malas nak angkut naik bas banyak2 barang..kalau aku bawa banyak barang2 aku naik bas hari itu, confirm beg aku akan hilang..korang pun dah baca entri aku pasal beg penumpang hilang kan??nasib baik qis dah bawa awal2 barang aku..

lepas claim barang from qis, aku wajib pergi renew lesen..malas nk pergi jpj, renew dekat post office je..aku masuk giant seksyen 13..dalam giant ada post office..masa yang sama juga aku dapat message from CR..CR jemput datang kenduri kahwin dia on March..kalau dekat boleh lah pergi, tapi disebabkan jauh kat Sungai Petani, xdapat lah pergi..hanya mampu doakan semoga majlis berjalan lancar dan apa yg dirancang dapat direalisasikan..selamat pengantin baru CR!!

balik from post office, bergerak ke Puncak Alam..kena pergi UiTM puncak alam untuk pulangkan buku..jauh ke dalam betul Uitm itu..lalu pekan Meru Klang..jalan macam jalan kampung..dah 3hari terlepas from date yang sepatutnya pulang buku..tapi sebab banyak hal waktu itu, so xkisah pun untuk bayar denda..UiTM puncak alam memang besar..jalan pulak hanya sehala..so, kalau nak pusing kena jalan jauh sampai jumpa roundabout baru boleh u-turn..

balik dari UiTM puncak alam, melawat kawan aku yang kena denggi di Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)..SALAM tu ada kat seksyen 19..kasihan sebab ayah dia pon kena denggi dan baru keluar from hospital..emak dia lah yang pening..di rumah jaga suami, pergi hospital pula tengok anak..pengorbanan ibu memang xternilai kan??

malamnya pula, housemates aku ajak pergi plaza alam sentral..tengok recording muzik2..muzik2 buat recording 2hari..rabu dan khamis..2-2 aku pergi tengok..mula2 aku macam xnak pergi sebab penat seharian berjalan..tapi bila pikir balik, kalau duduk rumah je pun, bukan larat nak buat kerja..so, baik aku join dorang pergi tengok ape2 yang menarik..

bila sampai di sri pentas 2, semua dah masuk and tengah berdiri..rupa2 nya konsep baru muzik2, penonton berdiri ala2 gig la camtu..kami cuma perhati dan duduk belakang sedikit..xada langsung nak duduk depan sebab nak tayang muka masuk dalam tv..

with stacy..

ngan faiz..host muzik2..

1st yang perform Mila..Mila nyanyi lagu Jika Kau Ubah Fikiran..kemudian Vince pula nyanyi lagu Biarkan..lepas itu, Adam dan Stacy pula..dorang menari memang betul2 mantap..nyanyi lagu Meletup..Antara artis lain, Nubhan, The Fabulous Cats..Ahli Fikir lagu derita merindu..dan Saleem lagu tinggal kenangan..

lepas dah habis tengok mereka2 perform, balik rumah, aku terus tidur dengan nyenyaknya seperti telan ubat batuk..dah berjalan 1hari suntuk, memang la aku pengsan..

again nak remind, make sure korang semua jaga kesihatan sebab lately ramai yang dah start batuk2, flu and demam..wajib anda luangkan masa 10minit setiap minggu untuk bersihkan rumah dan pastikan tiada air bertakung bagi mengelakkan nyamuk menternak zuriat..(macam iklan kesihatan kerajaan pula)...haha..eh, but seriously, take care of urself eh..wabak H1N1 dah kembali..doa sama2 agar dielakkan dari sebarang wabak penyakit..Amin..

p/s: tunggu next entri recording muzik2 part II (second day)..

Thursday, March 4, 2010

ekspres!!!

aku curi masa update kejap..hari ini baru aku betul2 free buat sementara waktu..macam biasa aku sibuk dengan projek jutaan ringgit yang tak siap lagi..bukan senang aku nak mulakan..dan bukan mudah juga aku nak laksanakan..ini baru siap separuh..mungkin aku patut ambil cuti dan rehat seketika..next week akan aku sambung siapkan..

oh ya..malam ini aku akan cuba cerita kisah2 lain yang dah que panjang tapi now aku nak pergi makan dulu..korang semua perhatilah dulu projek aku yang mahal ni..

bila tengok balik macam aku lukis saja2 guna tangan kiri and colour pencil kan??

p/s: baru aku perasan dah lama aku xmenaip untuk blog..ini lah yang pertama dalam bulan Mac..