Saturday, March 13, 2010

aku jadi mangsa keadaan..

hai kawan2..
sorry sangat..i've been busy lately..macam banyak yg kena settle kan..nak spend time ngan fyp, housemates, kawan2 sekolah..so macam aku pon dah lama xbuka blog sendiri..kadang2 rasa macam guilty sebab ramai yang tanya kenapa senyap je..

semalam hari sedih aku..semalam kan result spm keluar and aku memang sangat sedih..sedih bila tengok result aku yang xseberapa nak banding dengan result kawan2 yang lain..aku dah risau bila pikir lepas spm ni mana arah hala tuju hidup aku..mak dan ayah mesti tambah sedih kalau tengok result yang entah apa2 ni..universiti mana yang hendak terima aku??

sedih kan??tu lah, sebelum exam xnak focus betul2, asyik nak tido, makan, tido, makan..memang lah bertambah gemuk..

ehh..bukan laa..aku bukan sedih pasal result spm..saja feeling2 nak jadi muda macam baru umur 18tahun..haha..ye lah, bila kawan2 emak jumpa muka aku mesti tanya aku form berapa..padahal dah final year..bosan2..

memang betul aku sedih semalam..ok ceritanya macam ni..aku ialah salah seorang pelajar yang terima scholarship(bukan nak berlagak..saja nak tunjuk terror)..haha..

sepatutnya, pelajar yang terima scholarship ini, akan dapat elaun untuk praktikal..praktikal aku dah lepas hampir setahun yang lalu..dan sepatutnya, duit yang aku dapat untuk elaun praktikal tu dah lama habis..tapi, malangnya nasib aku xmacam kawan aku yang hantar sama2 borang untuk terima elaun praktikal..dia dah dapat duit itu semester lepas lagi..aku still menunggu bila elaun praktikal aku akan masuk..

dan semalam, aku call office pemberi scholar aku dan ini kali pertama dijawab buat kali yang beratus2 aku call..aku tanya tentang status borang aku yang mungkin ada masalah..rupa2nya bukan ada masalah..aku memang xakan terima elaun praktikal itu..

sebabnya, jarak tempat aku belajar dengan tempat aku praktikal kurang 25 km..memang la..tapi masalahnya, aku bukan duduk dalam uitm..aku duduk luar uitm dan jauh dari tempat praktikal aku..soalan yang paling aku nak tau, kenapa dia x kira dari jarak tempat aku tinggal dengan tempat praktikal aku??

aku bagai nak rak survive duduk sini hari2 time praktikal..aku bukan duduk rumah parents yang makan free kat jb tu..duduk rumah sewa..makan sendiri, duit minyak lagi..

ok cuba korang semua bayangkan, orang yang belajar di uitm shah alam, dan rumah parents dekat perlis, dan lagi tempat dia praktikal dekat perlis yang betul2 sebelah rumah..yang pergi praktikal hari2 bangun lambat dan sempat lagi pergi tempat praktikal sambil berzapin, boleh dapat elaun praktikal sebab pihak scholarship aku tu akan kira jarak dari uitm shah alam dengan perlis..nape xkira berapa langkah zapin yang budak tu melangkah dari rumah parents dia ke tempat praktikal??

dan mangsa yang menjadi keadaan ialah aku, disebabkan tempat praktikal aku dalam shah alam dan jarak dengan uitm shah alam xsampai 25km..padahal rumah aku jauh dari tempat praktikal aku..

serious memang aku bengang semalam..cuba korang bayangkan, kalau 1hari rm10, sebulan praktikal 20hari..sebulan scholarship akan beri rm200..kalau 6bulan??x ke banyak yang aku rugi sebab aku buat praktikal dekat dengan uitm??

aku xtau la korang paham ke x apa yang aku bebel ni..

dan saat sekarang ni aku sedar yang mungkin itu bukan rezeki aku..bila aku call emak dan cerita, mak cakap, "xpela xdapat duit..tapi ilmu dapat kan??"

ya, memang aku ngaku banyak gila ilmu yang dapat masa praktikal..tapi xadil kan nak banding dengan pelajar lain yang scholarship sama macam aku tapi dapat elaun praktikal..

aku xtau la siapa yang buat rules macam itu..nak buat macam mana..terpaksa akur dengan apa yang dah ditetapkan..betul kata roe..mungkin rezeki yang Tuhan beri bukan dalam bentuk duit, tapi dalam bentuk kebahagiaan dan kesihatan pun adalah rezeki juga..

dan betul juga kata raie..biarlah dorang yang hutang kat aku..lepas ini macam lah dorang akan panggil aku kerja dekat company dorang itu..bukan senang nak dapat kerja now ni..aku confirm still susah nk kerja ngan company tu..

aku letak gambar bahagia nak hiburkan hati yang lara..

p/s : ke memang scholar aku tu dah xde duit nak taja student2 dia??sebab kawan aku scholarship yang sama tapi di luar negara, bagi tahu yang juniors dorang xada buat orientation week before fly sebab memang dah xada duit sungguh2..

20 comments:

Tulip said...

I am doing a survey rite now regarding to the students-lecture-study matters. Do visit my blog to fill in the poll ok ;)

Thank you.

~pendidik anak bangsa~

a.t.O.k.c.o.0.L said...

pergh.aku bace jd marah beb.selamba jek utarakan kat pihak atasan.mane boleh cmtuh jek.itu hak kita.


bt, bukan main lagi gamba bhagia ko.hahaha

FaizalSulaiman said...

fuhh apala dorang nih!

masalah camni da lama jadik.masa ku pektikel lagi.malas nak utarakan sebab takkan setel punya.huhu

tengku_fir21 said...

nazim othman kah..??/

Qarl said...

kannn

siapakah??

bf kah?

GhOsToNe said...

saba2!

NICK IRFAN said...

ni tidak adil!!! cis sampai ati dorg buat mcm tu kt akak! geram tol sy bila baca.. tp ape2 pun hrp akak bersabar ok.... eh! sape pic laki dlm gmbr ni? bf akak ker? wah! muka mcm plakon tu!!

avid gunner said...

woaa..apa ke bangang penaja kau..camni la, kau buat kompelin kat surat kabo...hantar ke berita hairan dengan utusan meloya...

embun d tengah malam said...

tenang saja..leh cuba lagi yg lain

Khairi said...

susah juge kalau praktikal takde elaun. perit tuh.

tempat kerja tu tak bagi elaun ke illi? Saya dulu tempat kerja yang bayarkan elaun praktikal. :)

iyllienaz said...

Tulip..
i've done the poll..thanx visit my blog..

atok..
aku lagi sedih xdpt duit..waa..ehem..kata gambar bahagia, mesti la kena gempak..haha

faizal..
serious ke??aku xtau pon..klo aku tau, aku buat practical jauh dpd s.alam..

fir..
bukanlaaa..haha..

qarl..
klo dia bf illi, seronok jugak..his name is redza minhat..the actor of pisau cukur..kenal x??

ghostone..
mmg la ngah sabar ni..duit makan aku tu..

nick..
thanx..mmg sah2 la pelakon..haha

ag..
mmg bangang..amboi2..ko compaint kan boley??

embun..
nak cuba celah mana lagi??haih..

khairi..
tau xpe..dah la kais pagi makan pagi..kais petang, dah xmakan dah..praktikal ngan tnb, mana dapat elaun..=(

i'msosupernotcool said...

wow..
dats sick..

sokong avid..
ko kasitau paper..
xpon masok aduan rakyat..
haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

siapa lelaki nie?tak kenal aku.wakakaka.

jejaka anggun said...

ntah la x paham kot apa citer tp x perla. dunia lom kiamat so chill out n moving on

Monkey D Luffy said...

sabar jer lah

iyllienaz said...

imsosupernotcool..
wah..aduan rakyat plak..glamor aku nanti..

razi..
eley..sibuk nak amek tau..bahaya ko ni..jgn gay sudah..

j.a..
yeah..life must go on..

ah fatt..
hmm..sabar je la yg mampu..

HafizChan said...

hmm duit minyak pun dah brapa kan...hmm

hmm Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli memang lawak...tapi lawak2 lucah la

iyllienaz said...

hafiz..
minyak yg banyak guna duit..betul la lawak lucah..

Fauzzan Helmy Anuar said...

Kire langkah zapin? hahahahaha... agaknya berapa langlah Mie dah langkah masa menari hari tu eh untuk lagu sirih pinang tu... =P

iyllienaz said...

mie...
haha..itu setempat je..mmg la byk langkah..