Friday, April 30, 2010

hari-hari terakhir di shah alam..

hai semua..
sekarang amat sibuk mengemas barang-barang untuk diangkut balik ke johor bahru..agak sedih nak tinggalkan rumah ni..dah 3tahun duduk sini..dan barang sangatlah bertimbun..xtau macam mana nak bawa balik semua ni..kereta dah la kecil..xmuat nak angkut gerobok almari baju masuk dalam kereta..

dan sementara menanti nak bertolak balik jb next week, ramai dah kawan-kawan aku ajak jumpa, sebab lepas ni mesti dah susah nak jumpa..dah duduk jauh..mesti nak datang sini pun if ada apa-apa event yang penting sahaja..

disebabkan dah lama xletak gambar aku di blog, mesti korang semua dah rindu kan..haa..amek banyak aku letak gambar kali ini..

yang 1st sekali jumpa didie and linlan di curve damansara..pergi tengok when in rome..cerita itu sangat kelakar..malam tu overnight rumah didie..and esoknya gigih carikan barang baby untuk kawan didie ni..baru dapat baby..

ini lah didie
dia lagi..
haha..gelak besar..
linlan and didie..
ini lah bilik didie..siap angkut laptop pergi rumah dia..konon-konon nak buat thesis tapi layan cerita 3 idiots..haha
acap and didie time tunggu kakak kaunter balut hadiah untuk baby..

and a few days after that, jumpa matun, exact and ayue pula..paling kelakar bila exact nak buang biji limau yang lekat kat straw..tapi dia tertembak muka ayue ngan straw tu..haha..melantun-lantun biji limau tu kat muka ayue, siap air terpercik-percik lagi..gila jahat exact tu..haha..

selepas 2 hari, didie and loque datang shah alam..and keluar dengan nuhek, and exact juga..aku, exact and nuhek masing-masing akan tinggalkan shah alam..

exact, illi and nuhek..
kami berlima..=)
kat i-city..xready lagi tapi didie dah snap..
scarf telinga arnab tu comel..ada lampu lagi..
yang ni anak siapa entah, kitorang pinjam je bergambar..comel..

and after this ada lagi 1 gather ramai-ramai..next week on sunday..and lepas tu baru aku akan balik jb..sedih..sedih..

p/s : siapa-siapa nak date dengan aku sila book cepat..dah hampir full schedule ni..haha

Thursday, April 29, 2010

selecting the right man..=)

once you have started dating a particular man,

how do you know if he is that special one who is your ideal mate?
how do you find out what you need to know about him?
how do you know he will fall in love with you?


ohh come on..xpayah pikir bukan2..this is really not related with me..
i am just wondering~
if you dont mind, leave your comments to share with others..=)

Monday, April 26, 2010

review Nokia E72

ok..setelah korang tahu siapa buah hati pengarang jantung aku, mari mereview handphone Nokia E72..struktur handphone ini lebih kurang E71..cuma keypad E72 lagi senang nak tekan..and banyak kekurangan E71 telah dimantapkan dan diaplikasi ke E72..


Ok gambar di atas ini ialah handphone yang aku sebut-sebut dalam entri sebelum ini..pernah menjadi handphone idaman aku dan sekarang telah menjadi realiti dan ada depan mata aku..kenapa dalam banyak-banyak handphone aku suka yang ini??

sebab yang pertama, handphone ini ada 3G..untuk apa 3G ni??haa..nanti kalau my mom atau qis nak spotcheck.."betul ke illi ada kat rumah??", "tadi dia kata nak belajar, tapi kantoi pulak tido"..tiba2 video call angkat letak kat telinga..haha..yang tu sah-sah la tengah tido..

memang la handphone lain pun ada 3G tapi camera 3G E72 kat depan..macam E63, xada camera kat depan..so, bila 3g, jenuh lah nak pusing-pusing handphone tu kejap ke depan nak tengok muka orang yg kat sana..lepas tu nak tunjuk muka sendiri kena pusing handphone kebelakang..haih..penat-penat..dan lagi camera depan E72 ialah 3.2MP..so, bila orang videocall, nampak clear lah muka tu..nak ambil gambar muka sendiri guna camera depan pun boleh..

sebab kedua, E72 main camera 5MP..siap autofocus camera dengan LED flash lagi..sebab aku xada camera yang mahal-mahal, bukan setakat camera mahal, camera murah pun xada..jadi sesuai la handphone ini dengan aku..rasa-rasa nak snap, guna je handphone..quality gambar pon ok, cantik..camera senang nak guna dan penuh bergaya..haha..

sebab ketiga, E72 ada wi-fi..senang nak check email..kalau dekat faculty, tiba-tiba ada notes kena download and nak guna masa dalam class..boleh terus download guna wifi je..lepas itu, boleh terus guna notes tu dalam class..since ada word, excel and power point juga dalam phone tu..xperlu print..tengok kat phone sahaja..time-time terdesak je la..kalau kat rumah, buka guna laptop lagi senang..hehe

sebab keempat, phome ini ada GPS..ok yang ini sangat penting untuk orang yang tak ada sence of direction macam buddy and yob..haha..dah lalu jalan tu 10 kali pun belum tentu dorang boleh detect and hafal..haha..ok, kegunaan GPS ni sangat penting bila aku ke tempat yang xpernah pergi, contoh pergi langkawi, lepas tu sewa and drive kereta sendiri, setakat nak pandang peta langkawi tu memang tak ada hal, tapi akan ada hal bila aku sesat..masa itu lah GPS menjadi penyelamat terhebat aku..
ok sebab kelima aku beli E72, handphone ini murah berbanding phone lain seperti iphone and blackberry..phone ni pada aku complete and ada semua function yang betul-betul penting untuk aku guna..bila merangkumi semua, harganya lebih berbaloi daripada yang lain..so, xperlu aku beli handphone yang lagi mahal dengan function yang lebih kurang sama dengan E72..jimat sedikit..

sebab-sebab lain yang aku seronok pakai E72, sebab nipis and ringan..cantik..korang nampak tak gambar atas tu, belakang handphone ni kan ada line2 banyak-banyak..yang itu sebenarnya boleh memantulkan imej atau dengan kata mudahnya boleh berfungsi sebagai cermin untuk betulkan rambut atau tudung korang..haha..

comfortable dengan QWERTY keypad..lagi pula center directional pad (yang segi empat sama kat tengah handphone tu)boleh berfungsi dengan 2 cara iaitu 1 boleh tekan and yang ke 2 boleh scroll guna jari..selain itu, ianya akan bernyala macam lampu dalam 2saat setiap 1minit..boleh setting nak nyala setiap berapa minit pun..and kalau ada message masuk and misscall, akan menyala laju-laju..so, aku akan paham lah yang ada message masuk..

dan banyak sebenarnya function-function handphone ini yang malas aku nak cerita and banyak juga yang aku xsempat discover lagi..hehe..paham-paham lah handphone nokia ini friendly user..aku dah biasa pakai nokia sebelum ini..so, isi kat dalam semua lebih kurang..

yang aku agak sedih sebab handphone ini memang xada emoticons..kalau orang hantar gambar senyum, akan jadi bentuk macam ini.. " :) "
sedih betul..memang handphone ini untuk orang yang serious and bekerjaya kot..xada benda yang comel-comel macam emoticons tu..haha..

ohh..dan kalau jatuh handphone ni, aku rasa memang berkecai agaknya..haha..xpernah pula aku buat experiment jatuhkan handphone ni..ok maybe tak ada lah sampai berkecai, tapi kebarangkalian untuk handphone ini rosak adalah tinggi..so, aku kena lah jaga handphone ini seperti jaga anak sendiri walaupun tak ada anak lagi..

Saturday, April 24, 2010

buah hati pengarang jantung saya..=)

Alhamdulillah..masuk hari ini hampir 3bulan kami telah bersama..yeay!! susah senang sentiasa bersama..walau aku susah macam mana sekali pun, dia xakan tinggalkan aku..bila aku dalam keadaan susah, dia lah yang pertama sekali akan aku cari..

secara jujurnya aku memang selesa bila berada disampingnya..dia tidak banyak ragam..ramai kawan-kawan cakap yang aku beruntung kerana dapat dia..semua xhabis-habis memuji-muji yang dia memang sesuai denganku..dialah yang terbaik buat aku..

yup..mungkin kalian beranggapan bahawa awal2 sahaja begitu..nanti dah lama-lama mungkin aku akan start bosan dan mungkin akan meninggalkan dia dan mencari yang lain..xmustahil kan??tapi aku bukan jenis yang begitu..aku akan pastikan yang aku xakan cari yang lain dan dia sentiasa berada disisiku..aku ni setia orangnya..percayalah..

apalagi yang aku boleh cakap tentang dia..semuanya lengkap..ciri-ciri dia memang dari dulu lagi aku idamkan..now ni bila dah ada depan mata, bersyukur sahaja..setiap hari wajib nak tengok dia..kalau tak, hidup aku macam xlengkap..dia lah yang menceriakan dan menggembirakan hari-hari aku..harap-harap yang ini kekal lah..korang doakan ya..

ok inilah masanya untuk korang semua tau tentang dia..macam mana aku kenal dia, korang xyah tau lah..biarlah ianya menjadi kenangan manis dan memori indah dalam hidup aku..tapi cukup untuk korang tau yang kali pertama berjumpa, qis ada bersama..qis yang banyak mendorong aku untuk menerima dia..dan dia adalah
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

nokia E72..

Thursday, April 22, 2010

hanya thesis yang menanti..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi..telah selesai presentation final year project dan selepas sahaja selesai present, apa yang boleh aku lafazkan?? tiada apa lagi perkataan yang keluar melainkan ekspresi muka yang tersenyum lebar..korang boleh tengok betapa bahagianya muka aku tanda aku lega..eh..tapi tak ambil gambar pula hari itu..terlupa..

tadi test terakhir aku untuk semester ini..selesai sudah..jadi yang tinggal hanya thesis..thesis submit 4 May..so, now sedang struggle untuk selesaikan thesis sebelum 1 May..2 May nanti kena tolong Qis pindah barang2 ke rumah sewa yang baru..dan selepas itu, aku bakal pulang ke tempat asal johor bahru..

masa itu pula akan sibuk sebab kena tolong yul sebab dia nak tunang..iye..dia bakal jadi tunangan orang 5 Jun nanti..seronok x?nak tambah lagi bilangan ahli keluarga kami, insyaAllah tahun depan kot mereka bakal dinikahkan..ohh..pada siapa2 yang xtau lagi, yul dan qis ialah kakak2 aku..

dan qis juga bakal bertunang hujung tahun ini..ok yang ini aku saje tambah..haha..mendoakan..harap-harap dimakbulkan..

Saturday, April 17, 2010

it's time to show off..

sebelum ini semua pelajar semester akhir berdebar-debar untuk mengetahui siapa panel yang bakal mengadili kami semasa presentation nanti..semua berharap agar panel yang kami dapat ialah mereka2 yang tidak suka bertanya macam2..finally, senarai nama panel untuk presentation final year project telah keluar..

and surprisingly, on 20th, i will be the 1st presenter for that day..best kan?? hope u guys can pray for me to do the best for my presentation..

Thursday, April 15, 2010

sama2 berdoa untuk mereka..

Entri ini diambil dari mrsjukogyu..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Semoga Tuhan tabahkan hati seorang ibu ini..sama2 kita berdoa agar Allah berikan yang terbaik buat anak dan keluarganya..

Monday, April 12, 2010

DANIA permata hati..

ok..aku rasa ramai yang xpaham dengan entri aku yang lepas..kalau yang paham pon encik khairi..haha..dia memang bijak..disebabkan ramai yang xpaham entri lepas, biar aku cerita pasal cerita yang lebih mudah dan xcomplicated untuk korang semua paham..

setelah submit technical paper, ada juga masa terluang..so, last weekend,berjalan2 ke rumah abang di sungai besi..dah lama xpergi sana..kalau pergi jumpa qis pon, kat luar sahaja sebab malas nak masuk dalam kem and kena tinggal ic lagi..dan kali ini siap overnight kat sana..

ok..mari kita lihat anak abang aku yang sudah semakin membesar..her name is DANIA..

siapa kata dia comel macam aku??

tengok apa tu dania?

dah pandai pegang..

comel mata besar..

terkejut bila abang aku tengok semua gambar dania ni..dah pandai duduk dan dah pandai pegang..yela, masa sebelum abang aku pergi canada 4bulan lepas, kecil lagi anak dia..bila dia kat sana, tengok anak dia hari2 dari webcam sahaja..and he will coming back soon..dah xsabar dia nak dukung dania bulan mei nanti..xsangka begitu cepat baby ni membesar..

dania masa baru lahir..kecil sangat..

p/s : now ni kalau dukung dania lama2 boleh lenguh tangan..

Friday, April 9, 2010

bil elektrik bulan ini..

hai again and salam 1 malaysia..

hari ini sangat gembira kerana technical paper telah diluluskan dan disign dan dicop..hati berbunga2 kerana bakal terasa lapang sedikit hari2 yang mendatang..mungkin perlu focus pada presentation fyp next week..harapnya semua berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya..Amin..


oh ya..korang dah dapat bil elektrik belum?tadi setelah selesai urusan technical paper, ambil surat di post box..terkejut bila tengok bil elektrik untuk bulan ini..sebelum ni kalau bil elektrik kan sehelai sahaja..lepas pekerja tnb baca meter, terus print out dan letak kat post box..tapi tadi, yang aku terkejut, siap ada sampul surat lagi bil elektrik..

1st benda yang aku pikir..betul ke tnb dah semakin maju, dah boleh tahu berapa bil elektrik untuk setiap rumah direct terus dari tempat operasi mereka?xperlu pekerja tnb susah payah datang dari 1 rumah ke 1rumah untuk membaca meter..dan lagi kalau di kilang atau rumah yang membela anjing, xperlulah pekerja tnb berlari bila dikejar anjing2 yang garang lagi menggerunkan..memang hebat dan syabas kepada warga tnb..


tapi bila aku baca tarikh 'bacaan semasa' 25 mac 2010, dan hari ini 9 april 2010..baru aku tahu dan sedar yang sebenarnya apa yang aku fikirkan awal tadi adalah silap semata-mata..

lepas ni aku nak fikirkan cara macam mana nak tahu berapa kwh(kilowatthour) yang dah digunakan tanpa perlu pekerja tnb datang untuk baca meter..haha..berangan lagi..

Wednesday, April 7, 2010

sunyi sepi bersama kek cawan

Alhamdulillah..
aku telah selamat sampai ke shah alam semula setelah beberapa hari mencari ketenangan di kampung..yang 3ekor anak dixy dah besar..

ayah minta masukkan iklan di mudah.my untuk memberi tempat tinggal yang baru untuk 3ekor anak dixy ni..ads publish pukul 10pagi tadi dan pukul 12.30 tengah hari, terus ada yang datang ke rumah untuk mengambil ketiga-tiga nya sekali..dengan itu, rumah sekelip mata menjadi sunyi sepi..dan aku telah mula merindui mereka..

ok seterusnya, aku nak promote something..

haha..ok2..aku bukan nk promote undies2 di atas..tapi ia adalah cupcakes..comel kan??
sila tengok lagi gambar2 di bawah..

kepada anda yang berminat dengan kecomelan cupcakes2 di atas, boleh lah melihat dengan lebih lanjut di cupcake station.. this business and website owned by my exschoolmate..sangat unik dan boleh menempah mengikut citarasa anda..kalau korang tempah khas untuk aku pon boleh juga..haha..xada lagi orang yang sweet nak bagi aku cupcakes comel2 macam tu..*sedih*