Saturday, May 29, 2010

iklan yang super duper berlagak..

ok..hari ini first time tengok cerita Imam Muda di saluran Astro..tiba-tiba aku teringat satu iklan yang sangat menjengkelkan bila tengok iklan itu..ok maybe semua orang tak perasan pon, tapi aku yang lebih-lebih..tapi memang betul aku tak suka dengan iklan tu sebab sangat menunjukkan orang yang sangat berlagak..

ok fine..memang la orang cakap bukan senang nak buat iklan, dan ko pula illi sedap-sedap je nak kutuk-kutuk..tapi aku bukan saje-saje tak suka iklan itu..ok ada bagus dalam iklan tu, sebab tunjuk sikap tolong-menolong untuk tolak lori..yang aku tak berkenan cuma nampak sangat di situ yang orang tu menunjuk-nunjuk dan berlagak..cara dia bercakap tu memang betul-betul nak jelouskan orang lain..jom kita tengok iklan tu..



haa..kan..dah lah yang berlagak tu pula orang melayu..mungkin dia berbangga dengan anak yang begitu baik belikan tv, tapi xperlu mention "anak kamu berdua tak beli ke?"
kesian lagi jiran-jiran yang tetiba nak anak-anak belikan juga tv..

p/s : ini cuma pendapat aku saja..

Thursday, May 27, 2010

follower bertambah..

yeah..setelah penat seharian di shah alam, akhirnya Alhamdulillah..selamat sampai di rumah 1pagi semalam..sampai sahaja di rumah, terus tido..xingin langsung buka laptop..kaki dah lenguh-lenguh berjalan..baru malam ini punya peluang untuk buka blog..dan terperasan dah ada 200 followers..haha..nama je 200 tapi yang betul-betul baca confirm sedikit..

terus terang, blog ini ditulis hanya luahan hati dan perasaan tatkala awal-awal putus bercinta dahulu..dan tiada paksaan untuk orang lain membaca blog yang sekadar menulis tentang diri sendiri..tak sangka ada yang sanggup baca kisah-kisah yang tak seberapa..

walaupun begitu, terima kasih tak terhingga pada semua orang yang betul-betul setia dan membaca setiap entri..blog ini jarang update sebab aku memang xminat untuk menulis kalau xada benda yang nak diluahkan..dan yang pasti aku lebih minat untuk membaca dan memerhati blog orang lain..xsemestinya bila aku baca, aku akan komen..aku akan komen bila entri yang aku baca itu xberat untuk difikirkan..sebabnya, aku xsuka apa yang aku komen itu jadi isu dan buat orang lain terasa..lebih baik diam dari terlajak kata..

aku suka baca blog orang sebab aku terlampau suka untuk tahu pengalaman orang lain..masing-masing punya pengalaman berlainan, jadi setiap pengalaman akan beri pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain..dan pengalaman orang akan jadi pengalaman untuk kita juga jika kita hayati betul-betul apa yang kita baca..so, xrugi untuk kita baca benda yang free..

percuma wey..xpatut dilepaskan..grab je semua..kalau kat pasaraya beli ubat gigi dapat pinggan free, walau kat rumah dah berlambak-lambak pinggan, tetap nak amek juga pinggan yang free tu, sebab nama pun free..xde rugi di situ..so, itu lah umpama free membaca pengalaman orang..tapi itu bukan bermaksud tamak cuma xnak rugi saja..dalam bab-bab baca, biar jadi tamak..bacalah banyak mana pun, xada orang yang kisah..

selagi boleh baca dan xsusahkan hidup orang, silalah membaca..susahkan hidup orang tu maksudnya khusyuk sangat contohnya mak pesan angkat kain kat ampaian, tapi xangkat sampai hujan lebat ribut petir pun xperasan..last-last basah lokos baju-baju tu..haa..kan dah menyusahkan orang nak kena basuh balik baju, jemur balik..

mungkin kami memang dah ditrained dari kecil untuk membaca..kalau dulu ayah balik kerja tiap minggu dari kl, mesti bawa pulang buku untuk kami..masa tu, buku doraemon ngan kawan memang dah sebati ngan hidup kitorang..lepas tu setiap kali birthday mesti dapat novel and share-share baca dengan adik-beradik..tapi now ni, birthday beli buku untuk diri sendiri sahaja..haha

by the way, thanks again sebab membaca semua bebelan-bebelan..

Monday, May 24, 2010

ke shah alam esok..

esok dengan gaya hebatnya akan bergerak ke shah alam pagi-pagi subuh..dan akan pulang semula ke johor bahru malamnya..

esok konvokesyen kakak aku tengah hari..so, gerak pagi2, sampai shah alam untuk konvo,malam gerak semula ke johor bahru..wah..macam dekat je kan shah alam dengan johor bahru..pergi balik hari je..masing-masing cuti sehari saje..xperlu ambil cuti sampai 2hari..tapi, kalau dah berjalan macam itu, confirm akan penat xingat..

jadinya, kena tido awal malam ini..harap anda semua doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan semua yang dirancang berjalan dengan lancar..

Sunday, May 23, 2010

menziarah pusara abah..Al-Fatihah..

di hari minggu aku bangun pagi-pagi..tujuannya satu..menziarah pusara Arwah abah..abah ialah atuk aku..ayah kepada emak aku..kami panggil abah sebab dari kecil terikut-ikut dengan panggilan oleh emak dan ayah serta pakcik makcik..

hari ini keadaan di tanah perkuburan damansara alif agak hingar sedikit dengan pengunjung-pengunjung yang datang menziarah pusara-pusara keluarga..dan tambah pula kelibat van jenazah masuk ke situ menandakan ada seseorang yang baru pergi meninggalkan kita dan hendak dikebumikan..Al-Fatihah..

abah telah meninggalkan kami pada Disember yang lepas..masa itu aku berada di Shah Alam..dalam masa 3minggu, aku berulang alik ke johor bahru lebih 5kali sebab abah dimasukkan ke hospital..

kali terakhir aku melihatnya, dia sihat seperti biasa..pada waktu itu aku dan adik aku ana, pergi ke rumah nenek sebab esoknya aku hendak pulang ke shah alam..pada waktu itu, kami berborak-borak..
abah tanya pada ana, "ana, nak cincin x?"
ana pun jawab, "cincin ape abah?"
"ni haa..cincin ni ada dua..satu abah baru buat tapi bila buat dialisis, dah xboleh pakai cincin,"

yup semua pun tau kan pesakit yang buat dialisis memang xboleh pakai cincin..
ana pun try la cincin yang ditunjukkan abah.."mana muat abah, ni kan cincin lelaki."

"xpela, ana ambil simpan.nanti dah tunang, bagi satu kat tunang ana, lagi satu kat tunang illi,"sambung abah..

dan aku xmenyangka, itu ialah kali terakhir kami dapat berbual..antara adik beradik aku, yang paling betuah aku dan ana sebab kami yang paling akhir dapat bertemu mata dengan abah..

selang 3hari selepas itu, emak khabarkan yang abah koma di hospital..puncanya abah ada rasa sakit dada dan minta ayah bawa abah ke hospital untuk check up..sebelum ke hospital, ayah siap bawa abah pergi makan dan jalan-jalan..kalau kamu semua hendak tahu, masa itu abah siap pakai kasut smart-smart lagi untuk berjalan dan ke hospital..

tapi apabila di hospital, xtau apa yang jadi dan apa yang doktor buat..katanya air dalam badan abah berlebihan dan kena sedut air yang berlebihan itu, malangnya, apabila disedut, terus abah koma sebab mungkin tidak dapat menahan sedutan yang agak kuat itu sebab sepatutnya doktor itu sedut dengan sedikit-sedikit, dan bukan sekaligus..tapi, itulah namanya qada' dan qadar..abah koma hampir 3minggu..

dalam masa 3minggu itu, sekejap-sekejap abah kritikal dan sekejap-sekejap ok..ingat lagi emak telefon dan beri tahu abah kritikal dan doktor suruh panggil semua anak-anak dan cucu, sebab mungkin tiada harapan lagi..dan bila kami semua pulang, keadaan abah normal pula..begitu lah yang terjadi berulang-ulang kali dan membuatkan kami untuk berulang alik kl ke jb banyak kali..

dan di pagi jumaat yang indah, aku dapat panggilan telefon dari emak yang nangis teresak-esak memberi tahu abah telah dijemput Ilahi..masa itu, qis ada di rumah aku, sedih memang sampai masing-masing diam xtau nak cakap ape..aku dan qis, terus bergerak ke sungai besi untuk pulang bersama dengan kakak ipar aku..

abang aku pula masih di Langkawi ada tugasan kerana waktu itu sedang berlangsung LIMA..abang aku terus diterbangkan dari langkawi ke subang airport dengan pesawat tentera..kami tunggu abang pulang, dan bergerak dari sungai besi pukul 1petang dan pukul 3petang kami sudah sampai..begitu laju abang aku bawa kereta..malangnya bila dah nak sampai, abang call ayah, and ayah cakap semua dah selesai dan Arwah abah telah selamat dikebumikan..

memang kami terkejut sebab xdiberitahu langsung yang hendak dikebumikan selepas Solat Jumaat..abang yang paling sedih sekali sebab kami xsempat berjumpa dengan Arwah buat kali terakhir..nenek memujuk kami dengan mengatakan, tadi lepas solat jumaat, semua jemaah terus solat jenazah, ramai yang sembahyang, sebab itu kebumi lepas solat jumaat..memang sedih xdapat cium dan tatap wajah abah..mengalir-ngalir air keluar dari mata masing-maing..sampai teresak-esak..

sejak kami lahir, memang Arwah abah dan nenek yang jaga kami sehingga kami sekolah baru balik ke rumah emak dan ayah..sebab itu kami memang merasai kehilangan abah..diharap Arwah abah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman..Amin..Al-Fatihah..

saat pemergian abah, aku belum kuat untuk menulis entri ini dan hanya memberitahu ketiadaanya di entri ini..terima kasih atas semangat yang diberikan kalian semua..

Saturday, May 22, 2010

Shahir juara AF 8!!

Juara Akademi Fantasia untuk musim ke 8 ialah SHAHIR!!
Lagu : Biru Mata Hitamku (Wings) & Kebahagiaan Dalam Perpisahan (lagu baru)

Naib Juara pula ialah ADIRA..
Lagu : Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid) & Ku Ada Kamu (lagu baru)

Tempat ketiga untuk DAUS..
Lagu : Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU) & Kenapa (lagu baru)

Tempat keempat MAULANA..
Lagu : Susun Silang Kata (Aizat) RSVP (Lagu baru)

dan Tempat kelima ialah IWAN..
Lagu : Relaku Pujuk (Spider) & VIP (lagu baru)
p/s : 1st time aku tengok AF 8 malam tadi..haha
credit picture to google..

Thursday, May 20, 2010

selamat hari lahir ayahanda..

Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah, Engkau masih beri aku kesempatan dan peluang untuk berbakti dan menyayangi insan yang bergelar ayah ini..berikanlah keberkatan dan kebahagiaan kepada hidupnya di dunia dan di akhirat..Amin..

hari ini merupakan hari lahir ayah..bermakna bertambah lagi usia ayah..dan aku sangat tidak bersedia untuk kehilangan orang yang aku sayang walaupun aku tahu di 'sana' memang tempat kita semua..

Happy birthday dad..i love you so much..segala pengorbanan dan penat lelah membesarkan kami tidak dapat kami balas..hanya doa dan kasih sayang yang dapat kami berikan..

Opening MSSM di Stadium Larkin Johor Bahru..

Sejak semalam lagi aku nak update blog tapi xdapat-dapat..streamyx rumah aku seakan-akan memijak kepala tuannya..kejap-kejap line ok..kejap2 xdapat langsung..entah apa lagi problemnya, aku pon xtau..memang menyampah..last-last aku terus tutup shut down dan tido..haha..

sebenarnya semalam aku menemani emak kesayangan ke stadium Johor Bahru..ada perasmian kejohanan MSSM yang ke 52 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Haji Mohd Yassin..siap dapat duduk di grand stand lagi..hehe..MSSM berlangsung from 18 mei until 21 mei 2010..

selepas ketibaan VVIP, nyanyian lagu Negeri Johor dan Negaraku..hah..gagap aku nyanyi lagu Negeri Johor..punya lama aku xnyanyi..dah 10 tahun..last nyanyi masa darjah 6..sengih je lah..kalau lagu Negeri Sembilan confirm aku yang paling semangat nyanyi..

kemudian perbarisan lintas hormat dari kontinjen2..jom kita tengok gambar-gambar..hehe..agak busuk sedikit kualiti gambar..maaf ya..handphone kan dah hilang..so, kena meminjam handphone emak saja lah..

bendera MSSM..

yang ini PBSM..

maskot-maskot yang berkeliaran..

yang ini maskot dari sarawak..

bendera negeri Johor dan bendera Malaysia..

video
Perbarisan kontinjen Negeri Sembilan..

Selepas perbarisan, seperti biasa mesti ada ucapan alu-aluan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom dan ucapan perasmian dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin..di bawah ini video perasmian..robot ini telah dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah teknik di Johor Bahru..

video

Selepas perasmian, upacara menaikkan bendera kejohanan MSSM dan lafaz ikrar kejohanan dari olahragawan negeri Johor..Seterusnya persembahan oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Johor..dan yang terakhir sekali persembahan bunga api yang berpuluh-puluh letupan..memang banyak..

himpunan 1000 orang pelajar yang membuat persembahan dari 24 buah sekolah di Johor Bahru..

p/s : video bunga api kalau rajin, aku upload esok lusa..

Monday, May 17, 2010

puding yang telah menambat hati bakal ibu mertua..

yeay..hari ini dengan semangatnya telah berjaya merealisasikan impian semalam untuk membuat puding..dan sebenarnya aku baru saja menghabiskan suapan terakhir puding yang manis umpama tuan yang membuatnya..lalala~

mari kita lihat gambar semasa pemprosesan puding..

tepung custard sebagai bahan utama..

setelah siap dituangkan ke dalam bekas acuan..

kuah untuk puding pula..lebih banyak fruit cocktail lagi bertambah sedap..

setelah kedua-duanya siap, masukkan dalam fridge..makan puding yang sejuk lebih sedap..aku ingat lagi raya yang lepas..ada kawan aku datang rumah nak beraya..masa tu puding tak sempat masukkan lagi dalam fridge and tak sejuk..dan akhirnya mak aku letak ais dalam kuah puding tu..haha..

inilah puding yang lazat..

p/s : nak makan lagi satu..baru je lepas makan tapi dah nak makan lagi..ooh..lupa yang tajuk entri ini memang rekaan semata-mata..haha

Sunday, May 16, 2010

tiada kawan, hidup merana..

thanx semua sebab beri banyak kata-kata semangat masa kehilangan handphone..dah handphone tu bukan rezeki aku..xpelah..now dah dapat terima kehilangannya..

sekarang aku dah berada di johor bahru..semasa kesedihan melanda, terus bawa diri balik ke kampung..haha..dan hakikatnya, aku memang tiada langsung kawan di sini..kenapa??


sebab pertama, kawan-kawan masa sekolah rendah semua dah lost contact..baru start contact kat facebook this year, tapi bila nak jumpa kat shah alam hari tu dah xsempat..

sebab kedua, kawan sekolah menengah memang xada langsung orang johor bahru..dah nama pun sekolah di seremban, and mereka semua datang dari seluruh pelusuk malaysia..so, if ada orang johor pon dari pontian and batu pahat..

sebab ketiga, jiran-jiran tetangga yang aku kenal semua yang umur lebih kurang nenek aku yang anak-anak semua dah kahwin..rasanya xada yang lebih kurang baya-baya aku..dan lagi pula aku jarang duduk rumah, memang sah-sah la xbergaul langsung dengan orang sekeliling..esok nak buat puding la, bagi jiran-jiran..baru la namanya semangat kejiranan..

haha..sesiapa nak rasa puding yang aku buat, meh jadi jiran aku..

kepada kawan-kawan rapat, since i've lost all your numbers, please dont hesitate to message me your phone number..xpon drop in je your numbers in my facebook's message..sangat-sangat menghargai..=)

p/s : happy teacher's day to all teachers including both of my parents..they taught me a lot about life..

Saturday, May 15, 2010

Mastering interview skills

The interview is a crucial area, it is not enough to show up for the meeting, hoping that inspiration will hit you..while a well-crafted resume will definitely help carry you to first base, it is the interview that will ultimately bring you to home base or lead you to a strikeout..Therefore, knowing how to play the interview cat and mouse game cannot be overemphasized.

So, now i would like to share 10 rules for a winning interview performance :

1. Come prepared
Research beforehand on the company's services, products and operations-get the details from their annual report or website. This way you will be able to intelligently discuss how your talent, skills, and experience can help reach their organizational goals. Bring along additional materials for a successful presentation, such an extra resume and work samples.

2. Arrive early
The horrendous traffic is no excuse to be late to your appointment and thus earn debit points from the start. Leave for the interview at least one hour earlier than necessary to cope with any contingencies such as motor breakdown, flat tyre, traffic jams and poor weather.

3. Dress smart
Remember what they say about first impressions? You may be tempted in this casual-dress down, but be warned that conservative business suits still rule the hiring day. Formal clothes show you consider the interview important enough to have taken pains to dress up.

4. Reply calmly
Due to overeagerness or nervousness, some candidates blurt out their response even before the question sinks in, thus giving half-baked answers. Listen carefully and organize your thoughts before answering. If you've done your homework, you will have ready answers for some of the standard questions thrown your way.

5. Dont shout your ex-boss
It's amazing how some candidates think they can win sympathy points from the interviewer by ranting against an erst-while employer. On the contrary, this will mark you as a potential troublemaker and raise serious doubts the real reason you left your job. Concentrate on elaborating your own accomplishments and squash any impulse to gripe.

6. Focus on the company's interest
Of course, we'd love a dream job offer bundled with a fantastic pay package but you must not say that. Dont go to the interview intent on extracting information from the interviewer about what the firm can give you. Remember that you are marketing yourself, so strive to convince the employer you're their best bet.

7. Dont talk money too soon
Making salary inquiries during the first interview is a big no-no. It gives the interviewer an inkling into what your utmost consideration is. Dont broach the topic until you receive a definite offer. And find out before-hand what the salary scale is for the position to negotiate effectively.

8. Ask away
If the recruiter inquiries, "Do you have any questions?" take him up on it. Good questions to pose include those on the company's directions, plans, culture, the specifics and expectations of the job, and those along a similar vein to underline your keen interest in the firm and the position.

9. Dont act desperate or apologetic
Jobs are hard to find, its true, but have some pride. Dont reveal an overeagerness to please or an overwillingness to accept everything. Maintain a good posture, extend a firm handshake, flash friendly teeth, and strive for an alert and confident attitude.

10. Observe proper etiquette
Interviewing requires following certain practices such as maintaining eye contact and wearing formal clothing. But more than that, sending a thank you letter after the interview shows basic courtesy and proof of your sincere interest in the position.

p/s : it's my turn to find a job..=)

Monday, May 10, 2010

ini entri sedih..

dengan ini diumumkan..handphone nokia E72 telah hilang dikebas orang..

p/s : sedih menyelubungi diri ini..

Friday, May 7, 2010

aku dipilih menjadi model perfume..

memang tidak menyangka sungguh..antara berjuta-juta orang di malaysia, aku antara yang bertuah dapat menjadi model untuk perfume..
model untuk perfume escada incredible me..
belum punya masa untuk menceritakan tentang ini..cerita penuh akan menyusul di entri seterusnya nanti..=)

Wednesday, May 5, 2010

tinggal kenangan bro hisham..Al-Fatihah..

aku terlampau terkejut..balik dari binding thesis aku petang tadi, bila aku buka blog, hampir semua blog tajuk entri sedih2 semuanya..bila aku baca satu per satu entri mereka..aku bertambah sedih dan seakan tak percaya..bro Sham telah pergi kerana Allah lebih sayangkan dia..

dan aku agak terkilan kerana xdapat hadir semasa hari perkahwinannya bulan lepas..masa tu sangat sibuk dengan urusan-urusan belajar..banyak nasihat yang dia telah beri pada aku..dia selalu memberi semangat kepada ramai blogger..dan dia selalu komen entri-entri aku sebelum dia berumah tangga..

salam takziah buat keluarganya dan semoga bro sham dimudahkan perjalanannya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..Amin..Al-Fatihah..