Sunday, May 23, 2010

menziarah pusara abah..Al-Fatihah..

di hari minggu aku bangun pagi-pagi..tujuannya satu..menziarah pusara Arwah abah..abah ialah atuk aku..ayah kepada emak aku..kami panggil abah sebab dari kecil terikut-ikut dengan panggilan oleh emak dan ayah serta pakcik makcik..

hari ini keadaan di tanah perkuburan damansara alif agak hingar sedikit dengan pengunjung-pengunjung yang datang menziarah pusara-pusara keluarga..dan tambah pula kelibat van jenazah masuk ke situ menandakan ada seseorang yang baru pergi meninggalkan kita dan hendak dikebumikan..Al-Fatihah..

abah telah meninggalkan kami pada Disember yang lepas..masa itu aku berada di Shah Alam..dalam masa 3minggu, aku berulang alik ke johor bahru lebih 5kali sebab abah dimasukkan ke hospital..

kali terakhir aku melihatnya, dia sihat seperti biasa..pada waktu itu aku dan adik aku ana, pergi ke rumah nenek sebab esoknya aku hendak pulang ke shah alam..pada waktu itu, kami berborak-borak..
abah tanya pada ana, "ana, nak cincin x?"
ana pun jawab, "cincin ape abah?"
"ni haa..cincin ni ada dua..satu abah baru buat tapi bila buat dialisis, dah xboleh pakai cincin,"

yup semua pun tau kan pesakit yang buat dialisis memang xboleh pakai cincin..
ana pun try la cincin yang ditunjukkan abah.."mana muat abah, ni kan cincin lelaki."

"xpela, ana ambil simpan.nanti dah tunang, bagi satu kat tunang ana, lagi satu kat tunang illi,"sambung abah..

dan aku xmenyangka, itu ialah kali terakhir kami dapat berbual..antara adik beradik aku, yang paling betuah aku dan ana sebab kami yang paling akhir dapat bertemu mata dengan abah..

selang 3hari selepas itu, emak khabarkan yang abah koma di hospital..puncanya abah ada rasa sakit dada dan minta ayah bawa abah ke hospital untuk check up..sebelum ke hospital, ayah siap bawa abah pergi makan dan jalan-jalan..kalau kamu semua hendak tahu, masa itu abah siap pakai kasut smart-smart lagi untuk berjalan dan ke hospital..

tapi apabila di hospital, xtau apa yang jadi dan apa yang doktor buat..katanya air dalam badan abah berlebihan dan kena sedut air yang berlebihan itu, malangnya, apabila disedut, terus abah koma sebab mungkin tidak dapat menahan sedutan yang agak kuat itu sebab sepatutnya doktor itu sedut dengan sedikit-sedikit, dan bukan sekaligus..tapi, itulah namanya qada' dan qadar..abah koma hampir 3minggu..

dalam masa 3minggu itu, sekejap-sekejap abah kritikal dan sekejap-sekejap ok..ingat lagi emak telefon dan beri tahu abah kritikal dan doktor suruh panggil semua anak-anak dan cucu, sebab mungkin tiada harapan lagi..dan bila kami semua pulang, keadaan abah normal pula..begitu lah yang terjadi berulang-ulang kali dan membuatkan kami untuk berulang alik kl ke jb banyak kali..

dan di pagi jumaat yang indah, aku dapat panggilan telefon dari emak yang nangis teresak-esak memberi tahu abah telah dijemput Ilahi..masa itu, qis ada di rumah aku, sedih memang sampai masing-masing diam xtau nak cakap ape..aku dan qis, terus bergerak ke sungai besi untuk pulang bersama dengan kakak ipar aku..

abang aku pula masih di Langkawi ada tugasan kerana waktu itu sedang berlangsung LIMA..abang aku terus diterbangkan dari langkawi ke subang airport dengan pesawat tentera..kami tunggu abang pulang, dan bergerak dari sungai besi pukul 1petang dan pukul 3petang kami sudah sampai..begitu laju abang aku bawa kereta..malangnya bila dah nak sampai, abang call ayah, and ayah cakap semua dah selesai dan Arwah abah telah selamat dikebumikan..

memang kami terkejut sebab xdiberitahu langsung yang hendak dikebumikan selepas Solat Jumaat..abang yang paling sedih sekali sebab kami xsempat berjumpa dengan Arwah buat kali terakhir..nenek memujuk kami dengan mengatakan, tadi lepas solat jumaat, semua jemaah terus solat jenazah, ramai yang sembahyang, sebab itu kebumi lepas solat jumaat..memang sedih xdapat cium dan tatap wajah abah..mengalir-ngalir air keluar dari mata masing-maing..sampai teresak-esak..

sejak kami lahir, memang Arwah abah dan nenek yang jaga kami sehingga kami sekolah baru balik ke rumah emak dan ayah..sebab itu kami memang merasai kehilangan abah..diharap Arwah abah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman..Amin..Al-Fatihah..

saat pemergian abah, aku belum kuat untuk menulis entri ini dan hanya memberitahu ketiadaanya di entri ini..terima kasih atas semangat yang diberikan kalian semua..

9 comments:

Razman said...

al-fatihah utk atok ko..

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

Al-Fatihah...

ingatkan Abah@ayah yang pergi,,,

atok rupanya....huu

Anny Ramli said...

Al-Fatihah. Sedey baca..:-( semoga Arwah ditempatkan bersama orang beriman.

::aMaD:: said...

ouh..i feel sorry for u..
may Allah bless him.
al-Fatihah..ameen.

jejaka anggun said...

sorry for your loss...
alfatihah...

hans said...

al-fatihah

yusuf mujahidin ™ said...

Al fatihah.

embun d tengah malam said...

al fatihah

ASaDa RyutaRo said...

al-fatihah untuk atok kamOo.. semoga arwah diletakkan dalam golongan orang yg beriman & bertaqwa..

doa anak-anak soleh akan tetap mengiringi roh arwah.. =)