Sunday, June 27, 2010

kereta dihempap pagar..

semalam, sehari selepas kes terhantuk kepala, perkara yang tidak disangka berlaku..kereta aku dihempap gate (pagar rumah) jiran sebelah aka yang menghantuk kepala aku..cermin belakang kereta aku memang tahap pecah yang sepatutnya berderai, tapi disebabkan ada tinted kereta, dia masih melekat..hampa tengok kereta sendiri...

lepas kejadian terus pergi kedai 'dr cermin' kat taman perling, dapat cermin kereta baru dan duit pon melayang lagi..

tak yah sibuk-sibuk nak tengok gambar kereta aku dihempap gate..punya la bengang sampai tak ingat nak ambil gambar..oh, bukan lupa nak ambil gambar, tapi handphone aku sekarang ni tak ada kemudahan untuk mengambil gambar (kan handphone dah kena curi hari tu)..

aku rasa gate tu marah sebab kepala aku terhantuk kat dia..so, dia pon hempap kereta aku..memang balas dendam terbaik yang aku pernah jumpa..

Saturday, June 26, 2010

bila dah terhantuk baru nak terngadah..

sekarang aku sedang menahan sakit..semalam, lepas ambil adik aku dari hostel, aku parking di rumah jiran sebelah.adik aku punya pemalas, dia buka gate untuk aku lalu sangat lah kecil..aku berjalan punya lah penuh confident..dan akhirnya,


gedebammm..


bergegar aku rasa dunia ni..kepala aku dah terhantuk kat pagar rumah..
semalam tak rasa apa lagi tapi hari ni baru aku rasa benjol dan sakitnya..tak paham kenapa pagar tu ada lebih di bahagian atas..lebihan itu yang buat kepala aku terhantuk..

kesan daripada hantukan itu, kepala aku berdenyut-denyut, sakit..
dah lama aku tak merasa terhantuk..bila dah kena, terasa macam semua rumus yang aku hafal masa spm dulu aku ingat balik..haha

Thursday, June 24, 2010

jauh juga nak pergi Desaru..


last week, hari khamis, tiba-tiba my dad called..dia suruh aku teman my mom pergi desaru..pulak!! last minute plan..dah lah aku plan nak pergi seremban hari jumaat untuk wedding jama..tapi macam tak baik pula if aku biar mom drive sorang-sorang kan..so, aku ajak adik aku ana untuk join sekali pergi desaru..

actually my mom pergi situ sebab nak pantau cikgu-cikgu sekolahnya yang sedang berkursus..mereka dah duduk situ 2 hari sebelumnya dah..

petang khamis bertolak pukul 5 lebih macam tu dan highway pasir gudang confirm-comfirm lah sesak..dan sampai di desaru time maghrib..lepas check in, aku malas nak keluar sebab malam tu hujan..so, duduk bilik je la..mom dah pergi borak-borak dengan cikgu-cikgu lain..aku kat bilik tengok cerita roh kembali-slot seram kat tv3 tu..

bila mom call ajak turun supper mestilah aku malas gila nak bangun sebab dah landing atas katil..haha..mata pun layu je..bila mom balik cerita supper makan bubur cha-cha, perghh..menyesal tak turun..favourite aku tu..pastu sibuk nak bising kat mom, nape tak cakap awal-awal yang supper malam tu bubur cha-cha..kalau tak mesti aku dah berlari nak turun makan..haha..iye-iye la tu..kalau dah malas, tak ada makna semua tu..

esoknya baru la aku berpeluang berjalan-jalan tepi pantai lepas breakfast..ingat nak mandi laut..tapi tak ada orang pun..kosong je pantai..mood mandi laut pun terus hilang dihanyut ombak..haha
kosong kan pantai..

tempat menginap..

tengah hari tu, terus bergerak balik..singgah di kota tinggi untuk makan and solat..makan kat restoran basir kalau tak silap..kononnya the most famous nasi ayam kat situ..lepas tu, terus dapat saman dari majlis sebab xpamer kupon parking..haha..mane la aku nak tau..selalu kat shah alam masuk coins keluar resit pastu letak kat kereta..tapi kat sini nak kena beli kupon and standby siap-siap dalam kereta..dalam kereta aku tak wujud pon kot kupon tu..hehe

bila sampai umah je, terus kemas-kemas untuk ke stesyen bas larkin..nak pergi seremban..time tu lah incident lori melanggar berlaku..

p/s : berjalan lagi aku ni kan..

Monday, June 21, 2010

ke utara tanah air..part 2..

JUMAAT, 11 JUN 2010.
Pagi-pagi lagi kami dah bergerak keluar dari rumah syaru'..sampai di bukit mertajam dalam pukul 1 petang..terus ke rumah athi untuk majlis akad nikah..

with athi selepas dia bergelar isteri..

menanti upacara membatal air sembahyang..

athi with her husband..

lepas makan, terus bergerak ke homestay di bandar perda..yang lain dah sampai dan bersantai-santai di situ..homestay yang kami duduk boleh tahan juga..apartment 3 bilik dan muat untuk kami sebelas orang..1 day for RM 150..

malam keluar mencari wedding gift unuk athi dan makan di restoran kapitan..

idadie and me..

lepak di kapitan..

SABTU, 12 JUN 2010.
Selepas makan tengah hari di rumah pengantin..kami berjalan-jalan di pulau..merentas laut dengan feri..tunggu agak lama untuk naik feri..perjalanan dalam 15 minit saja..tak sempat untuk bergambar banyak-banyak di atas feri..

bersama pengantin..

atas feri..

naik tangga pun sempat snap-snap..

jakun sebab semua tak pernah naik feri pergi penang..

mungkin kami saja yang pakai baju kurung naik feri tu..haha

Sampai di pulau, perkara pelik yang kami tak pernah jumpa..traffic light both side hijau..haha..memang kelakar..boleh accident kot..tapi orang-orang penang memang pening..asyik nak tekan hon je..tak pernah sabar..kereta kitorang la paling banyak kena hon rasanya..haha..ye la tak pernah tau jalan kat sana..nasib baik ada idadie and tiqott yang duduk penang..tapi dorang sendiri pun banyak confuse jalan..

petang tu pergi batu feringgi..dan malam pula night market..macam-macam yang dijual..pilih saja..harga pun murah lagi rasanya if nak compare kat tempat lain..
di tepi pantai..

dan lagi yang kelakar bila tengok billboard ni..

amaran tu yang buat kitorang gelak sungguh-sungguh..haha..perlu ke amaran??

malam pula makan di nasi kandar line clear..aku tau pasal tempat ni after Aswad masuk AF dengan tag line "line clear" ..lepas makan pulang semula ke homestay tapi guna jambatan pulau pinang pula..


AHAD, 13 JUN 2010.
Pagi itu lepak di Gurney Plaza untuk photoshoot dengan HP..dan inilah hasilnya..

eye bag semua hilang dah..haha

alas perut makan mcd..

promosi astro beyond..

dalam bas panasonic untuk tengok 3D dengan tv plasma..tv tu harga RM 15 000..

Keluar dari Gurney Plaza, mencari tempat makan..makan di Nasi Kandar Beratur..kenapa namanya nasi kandar beratur?? sebab asal nak beli je kena beratur panjang-panjang sebab ramai orang yang nak makan kat situ..punya lah jauh berjalan dari tempat parking kereta dengan kedai makan tu..bak kata idadie, nanti takde parking..padahal, berlambak je parking dekat dengan kedai tu..
berjalan di panas terik..

on the way to kedai beratur..

ni lah nasi kandar beratur..

beratur di tengah panas..

dapat juga makan setelah penat berjalan jauh..

Finally balik ke kuala lumpur setelah contact Feena untuk ke Grik gagal..kat kampungnya tak ada line, so tak dapat call feena langsung..masing-masing decide untuk balik terus ke kl sebab if gamble juga pergi Grik, takut sesat nyesat sebab sampai sana confirm tak ada line juga..sia-sia je la namanya..

tamat.

bontot kereta dilanggar lori JLC 7866

kalau dah tau brek lori kau tak makan, stop la jauh-jauh..yang kau pergi cium bontot kereta aku tu kenapa?? minta tunjuk ic and lesen pun kau tak nak bagi..boleh kau blah camtu je..konon nak jumpa kat balai polis depan tu..tengok-tengok kau tak ada pun..memang sengal pemandu lori cina yang kurang adab lagi penipu!!

p/s : dah la bawa kereta emak..rasa bersalah pula..

Wednesday, June 16, 2010

ke utara tanah air..

RABU, 9 Jun 2010.
setelah lama aku tak naik bas, akhirnya aku naik bas untuk ke kuala lumpur..rasanya last naik bas masa kes beg tercicir dulu..haha..aku naik KL sebab akan naik kereta dengan didie, pyko, ayie and idadie ke teluk intan, perak for syaru' s engagement hari khamis..plus wedding athi kat bukit mertajam, penang on saturday..

sampai bukit jalil, kawan aku idadie, dah lama tunggu..kitorang kena tolong ambil kereta didie kat perodua pj..since esoknya nak jalan jauh, dia hantar kereta servis..and lepas settle bab kereta, pergi ambil didie plak kat damansara damai..haha..malang jalan sesak sebab time balik kerja..

kitorang dah janji ngan ayie, linlan and pyko untuk jumpa kat time square..tujuannya untuk beli hadiah wedding athi and engagement syaru'..tapi bila sampai time square, kedai semua dah nak tutup..sempat beli hadiah untuk syaru' je..nasib baik hadiah wedding athi boleh beli kat penang nanti, so tak ada lah serabut sangat..

yang kanan semua duduk..malas!! haha..

awal betul time square tutup..

erk..motif??

dan disebabkan baru pukul 10malam, kitorang pergi karaoke dulu..sempat la karaoke sampai pukul 12.30..oh ya..sebelum tu, pelancaran stiker kereta baru untuk my batch..haha..korang nak beli ke?? mestilah tak boleh..limited edition tu..khas untuk titans 0004 sahaja..

ini lah car sticker..

sempat candid sebelum masuk karaoke..

lepas sahaja habis karaoke, terus gerak balik rumah ayie..kena tido awal malam tu sebab esok pagi-pagi nak gerak pergi teluk intan dah..

KHAMIS, 10 Jun 2010.
kami gerak dari setiawangsa lebih kurang pukul 10 pagi..syaru' akan bertunang lepas zuhur..on the way ke teluk intan, singgah breakfast kat RnR jejantas sungai buluh..

dah siap-siap pakai baju kurung lagi..

ok yang ini memang lapar lah tu..

senyap bila dah dapat makan..

kami sampai teluk intan lebih kurang pukul 1 petang dan pihak lelaki sampai lebih kurang pukul 2 lebih..
saat menunggu upacara menyarung cincin sempat lagi bergambar..

ini lah syaru'..

dah macam pelamin dah ni..

syaru' with her fiance..

selesai makan, kami berjalan-jalan di bandar teluk intan..malamnya overnight di rumah syaru' sahaja..esok akan bergerak ke pulau pinang untuk majlis akad nikah athi pula..

di bandar teluk intan..

bersambung..

Monday, June 7, 2010

hari pertunangan yul..

lama juga aku menghilang..terima kasih atas semua komen2 tentang layout baru blog ini..akan diubah sedikit-sedikit atas pendapat kalian..sebab apa aku dah lama tak online??sebab hari pertunangan kakak aku, yul pada sabtu yang lepas..masing-masing sibuk buat persiapan..mari kita lihat gambar-gambar sahaja..

sedang dimake-upkan..
kami bertiga..
dengan yul..
sempat lagi ber'facebook'..
pihak lelaki dan hantaran..
hantaran dari pihak lelaki..
dania nyenyak tido walaupun suasana bising..
saat disarungkan cincin..
hantaran kedua-dua pihak..
yul bersama pihak lelaki..
pihak perempuan..
rasa-rasanya itu saja lah gambar buat tatapan..gambar-gambar yang lain di facebook ya..
congratulations yul n alep harap pertunangan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin..Amin..

Wednesday, June 2, 2010

Blog berwajah baru..Sila komen..

yeah..setelah memprivatekan blog selama beberapa jam, akhirnya blogku telah berwajah baru..tak tahulah cantik ke tak..tapi yang pasti header baru sangat menawan..hasil tangan didie..aku sangat suka..nanti nak minta dia edit sikit-sikit lagi..thanx didie..

ermm..tapi hakikatnya, blog aku yang berwajah baru ni cantik ke?? sila jawab semua..

Tuesday, June 1, 2010

konvokesyen ke-72, UiTM

mari kita lihat apa yang berlaku pada hari selasa yang lepas..pukul 5 pagi dah kena bangun..bersiap lebih kurang, bertolak dari rumah selepas subuh pukul 6 pagi..sampai di shah alam pukul 9.30 pagi..terus pergi kedai gambar untuk gambar studio..
dalam kereta on the way to shah alam..
ni gambar family potrait..
ok..mesti semua pun nak tahu, yang pakai jubah itu la kakak aku, yul..dan yang lelaki sebelah dia itu bakal tunangnya, alep..mereka akan bertunang 5jun nanti..

selepas ambil gambar studio di kedai, kami makan, dan terus masuk dalam uitm untuk bergambar di dalam uitm pula..memang dah plan gambar awal-awal sebelum yul masuk hall..sebabnya, petang nanti lepas keluar hall, confirm ramai orang sesak-sesak nak bergambar..

ini saja ahli keluarga yang dapat datang untuk konvo yul..
dalam pukul 12 emak dan ayah dah beratur untuk masuk dalam hall..aku pula sibuk pakaikan yul jubahnya..aku and alep tunggu kat luar je, duduk bawah khemah..tunggu perarakan utama masuk hall memang lah lama..2.40 petang baru mereka masuk..aku memang dah prepare bawa novel, so memang tak kisah pun duduk situ lama-lama..

bila lagu Negaraku berkumandang, aku terus berdiri semangat ni nak nyanyi lagu Negaraku..tapi amat menyedihkan, semua yang duduk di bawah khemah, tak bangun pon..bila dah lama nyanyi, baru orang-orang sebelah aku start bangun..berangan apa dorang semua ni..aku yang baca novel pun boleh alert..disebabkan aku duduk belakang sekali, so, orang sekeliling aku je yang bangun..orang yang berada di depan semua memang khusyuk duduk..

nasib baik yul nombor 12..lepas yul dah naik pentas, terus aku ajak alep untuk pergi makan dan solat..lepas tu, alep nak bagi bear pada yul, so mencari bear pula..survey semua kedai untuk dapatkan bear paling murah..haha..2-3 kali masuk semua kedai..gila macam nak tercabut kaki aku sebab berjalan..sampai aku dah khatam hafal semua jenis harga bear yang kecil atau yang besar..dah boleh jadi penjual..haha..

yul n alep with the bears..yang purple kitorang bagi, yang pink alep bagi..
lepas yul, emak and ayah keluar hall, bergambar sedikit-sedikit je..sebab dah bergambar banyak tadi..sempat nuhek datang jumpa aku kat menara..and then, yul pulangkan jubah and kitorang pergi makan..lepas tu qis datang and gerak pergi rumah qis kat bukit jelutong untuk mandi and solat..dalam pukul 9.30 malam, gerak balik ke johor bahru..time balik tu, semua penat and tido..alep yang kena drive..haha..kesian..

and Alhamdulillah selamat sampai pukul 1 pagi..sampai rumah, terus aku tido nyenyak sampai subuh..xsempat mimpi..punya lah penat pergi shah alam dalam masa sehari..