Thursday, June 24, 2010

jauh juga nak pergi Desaru..


last week, hari khamis, tiba-tiba my dad called..dia suruh aku teman my mom pergi desaru..pulak!! last minute plan..dah lah aku plan nak pergi seremban hari jumaat untuk wedding jama..tapi macam tak baik pula if aku biar mom drive sorang-sorang kan..so, aku ajak adik aku ana untuk join sekali pergi desaru..

actually my mom pergi situ sebab nak pantau cikgu-cikgu sekolahnya yang sedang berkursus..mereka dah duduk situ 2 hari sebelumnya dah..

petang khamis bertolak pukul 5 lebih macam tu dan highway pasir gudang confirm-comfirm lah sesak..dan sampai di desaru time maghrib..lepas check in, aku malas nak keluar sebab malam tu hujan..so, duduk bilik je la..mom dah pergi borak-borak dengan cikgu-cikgu lain..aku kat bilik tengok cerita roh kembali-slot seram kat tv3 tu..

bila mom call ajak turun supper mestilah aku malas gila nak bangun sebab dah landing atas katil..haha..mata pun layu je..bila mom balik cerita supper makan bubur cha-cha, perghh..menyesal tak turun..favourite aku tu..pastu sibuk nak bising kat mom, nape tak cakap awal-awal yang supper malam tu bubur cha-cha..kalau tak mesti aku dah berlari nak turun makan..haha..iye-iye la tu..kalau dah malas, tak ada makna semua tu..

esoknya baru la aku berpeluang berjalan-jalan tepi pantai lepas breakfast..ingat nak mandi laut..tapi tak ada orang pun..kosong je pantai..mood mandi laut pun terus hilang dihanyut ombak..haha
kosong kan pantai..

tempat menginap..

tengah hari tu, terus bergerak balik..singgah di kota tinggi untuk makan and solat..makan kat restoran basir kalau tak silap..kononnya the most famous nasi ayam kat situ..lepas tu, terus dapat saman dari majlis sebab xpamer kupon parking..haha..mane la aku nak tau..selalu kat shah alam masuk coins keluar resit pastu letak kat kereta..tapi kat sini nak kena beli kupon and standby siap-siap dalam kereta..dalam kereta aku tak wujud pon kot kupon tu..hehe

bila sampai umah je, terus kemas-kemas untuk ke stesyen bas larkin..nak pergi seremban..time tu lah incident lori melanggar berlaku..

p/s : berjalan lagi aku ni kan..

16 comments:

Hasrol Nizam said...

dah beberapa kali pergi desaru..best.. =)

pagi2 sgt kot pergi pantai tu..sbb tu la takde org mandi..hehe

Wan Perlis said...

wa best2

AJ Nismihan said...

ni pi jalan jer lah kerja hang ye.
tau tak, tibe-tibe jer aku rasa macam nak tanya, hang ni berapa adik beradik? kenapa macam dah jadi makcik supir jer untuk family?
hehe

desaru best tak?
teringin nak pi.
tapi wife aku dah dua tiga kali sebut langkawi, jadi langkawi kena pi dulu la. hua ha ha

Fyzal said...

nice yer desaru tu..

shashu~ said...

jauh gell kan, first time aku pg ingt dh smpi hujung dunia dh, smpi kencing pon mcm blank je, mn nk stop nie, jauh lg. haha. tp smpi2, mmg cantik menarik lah kan. Alhamdulilah, ujian Allah tuh dtg bila2 Illi, =) utk ajar kita erti sabar kn..

Judiene said...

ur mom pantau cikgu2 berkursus??
ur mom ni ape?
GB ke pengetua??

btw, nvr been to desaru before
can u take me there??

;P

jejaka anggun said...

best nyer jalan2

iyllienaz said...

serol..
ni 2nd time gak pergi bila dah besar..hehe..

wan..
haha..seronok sebab berjalan..

AJ..
haa..tau tak pe..makcik supir??apekah?haha..
desaru tak de la best sangat..pantai biasa je..kalau langkawi boleh melawat macam2 tempat lain..kalau nak snorkeling baik pergi perhentian..haha

fyzal..
boleh tahan la jugak..

ashu!!
miss kau sangat..haha..memang jauh ke dalam kan..kalau nak kencing kena tahan laa..haha

judiene..
sure dear..haha..dah expert dah jalan pergi sana..

JA..
haa..syok tau..sila lah ambil cuti dan pergi melancong..

i.am.belle said...

desaru, niiice. nanti sis pulak nak pergi feringhi beach penang. lama x lepak sana :D

iyllienaz said...

belle..
hehe..sila lah cuti2 malaysia sys..ambil angin pantai pulak..

Hasrol Nizam said...

1st time pergi time kecik2 ke?

tp kat johor kan dh semua buat sistem kupon, kenapa tak ready awal2..org johor pun kena saman, org luar johor lagi la..hehe

iyllienaz said...

serol..
dulu pergi time kecik..hehe..tu laa..jarang keluar kat jb..tu yang tak tau pasal kupon..hehe..kamu memang orang jb ya?

AngahSayang2314 said...

wah illie best tue kejap kesana,kejap kesini best..best... dapat hilang tension kan???

iyllienaz said...

angah..
betul2..memang hilangkan tension..ecey..padahal xde benda nak menensionkan pun..

iza said...

Lagi jauh kami yg di perlis ni....setiap kali ke Johor mesti ke desaru tp tak pernah ada kosong....batu layar pun dah pernah tdo semalam...

iyllienaz said...

iza..
wah..orang perlis lagi dah mengexplore johor..haha..bagus2..