Tuesday, June 1, 2010

konvokesyen ke-72, UiTM

mari kita lihat apa yang berlaku pada hari selasa yang lepas..pukul 5 pagi dah kena bangun..bersiap lebih kurang, bertolak dari rumah selepas subuh pukul 6 pagi..sampai di shah alam pukul 9.30 pagi..terus pergi kedai gambar untuk gambar studio..
dalam kereta on the way to shah alam..
ni gambar family potrait..
ok..mesti semua pun nak tahu, yang pakai jubah itu la kakak aku, yul..dan yang lelaki sebelah dia itu bakal tunangnya, alep..mereka akan bertunang 5jun nanti..

selepas ambil gambar studio di kedai, kami makan, dan terus masuk dalam uitm untuk bergambar di dalam uitm pula..memang dah plan gambar awal-awal sebelum yul masuk hall..sebabnya, petang nanti lepas keluar hall, confirm ramai orang sesak-sesak nak bergambar..

ini saja ahli keluarga yang dapat datang untuk konvo yul..
dalam pukul 12 emak dan ayah dah beratur untuk masuk dalam hall..aku pula sibuk pakaikan yul jubahnya..aku and alep tunggu kat luar je, duduk bawah khemah..tunggu perarakan utama masuk hall memang lah lama..2.40 petang baru mereka masuk..aku memang dah prepare bawa novel, so memang tak kisah pun duduk situ lama-lama..

bila lagu Negaraku berkumandang, aku terus berdiri semangat ni nak nyanyi lagu Negaraku..tapi amat menyedihkan, semua yang duduk di bawah khemah, tak bangun pon..bila dah lama nyanyi, baru orang-orang sebelah aku start bangun..berangan apa dorang semua ni..aku yang baca novel pun boleh alert..disebabkan aku duduk belakang sekali, so, orang sekeliling aku je yang bangun..orang yang berada di depan semua memang khusyuk duduk..

nasib baik yul nombor 12..lepas yul dah naik pentas, terus aku ajak alep untuk pergi makan dan solat..lepas tu, alep nak bagi bear pada yul, so mencari bear pula..survey semua kedai untuk dapatkan bear paling murah..haha..2-3 kali masuk semua kedai..gila macam nak tercabut kaki aku sebab berjalan..sampai aku dah khatam hafal semua jenis harga bear yang kecil atau yang besar..dah boleh jadi penjual..haha..

yul n alep with the bears..yang purple kitorang bagi, yang pink alep bagi..
lepas yul, emak and ayah keluar hall, bergambar sedikit-sedikit je..sebab dah bergambar banyak tadi..sempat nuhek datang jumpa aku kat menara..and then, yul pulangkan jubah and kitorang pergi makan..lepas tu qis datang and gerak pergi rumah qis kat bukit jelutong untuk mandi and solat..dalam pukul 9.30 malam, gerak balik ke johor bahru..time balik tu, semua penat and tido..alep yang kena drive..haha..kesian..

and Alhamdulillah selamat sampai pukul 1 pagi..sampai rumah, terus aku tido nyenyak sampai subuh..xsempat mimpi..punya lah penat pergi shah alam dalam masa sehari..

10 comments:

Nurul a.k.a Riko said...

Hi..congrats to yr sis!

YobSumo said...

congrats yul! wiihuuuuu. u tak lama lagi lah :)

Jantan Keparat said...

congretz!

mr.syazwan said...

terharu tgk org yg da pakai jubah grad...

huhu

hans said...

aku juga tak upload lagi pic konvo

AngahSayang2314 said...

wah tahniah sampaikan pada akak u nanti ye.. cantik bear tue.. cute hehehe

Judiene said...

huhuhu
tak sabar plak aku nak konvo
=)

tengku_fir21 said...

ouwwhh..tahniah mahu grad jgk..lalala

iyllienaz said...

nurul..
thanx singgah blog saya..=)

yob..
hehe..tu laa..nanti u akan datang kan masa my concovation day??xdulik!!u wajib datang pon..haha

jantan keparat..
hehe..thanx..

wan..
alaa..xpe..satu hari masa utk kamu akan tiba..usaha kena ada kan??

hans..
tulaa..aku tunggu pic ko bila nk upload kat fb..nak tengok tie cantik ko..haha..

angah..
ok!!hehe..

judiene..
haha..sabar2..xlama pon lagi kan..

fir..
jom grad bersama-sama..hehe

W. Hidney said...

Hey I was there too. Actually utk convo adik I, the same sidang as your sister kot. Memang part nyanyi negaraku tu hampeh. I time tu tgh sebok cari bear kat gerai bawah. Dah separuh lagu baru diorg nak terhegeh2 berdiri. Apa daaaa. Anyway, I like the improvement in ur layout