Saturday, August 21, 2010

Medical check up di Pusat Kesihatan UTM

2-3 hari yang lepas, aku kena buat medical check up..aku disarankan oleh ayah untuk buat di UTM..since ada kawan ayah yang kerja sana, so senang la nak berurusan..selepas settle semua kerja rumah, dalam pukul 10 aku gerak from rumah..

kalau korang nak tau, first time ni aku masuk UTM..selama aku hidup di johor bahru, xberkesempatan lagi nak masuk dalam ni..bila aku masuk UTM, aku terasa macam masuk nak pergi kelas pula..haha..ok2 aku tipu..

bila dah masuk tu memang la sesat..tak jumpa pula signboard pusat kesihatan..turun tanya ada dua orang student tu, dia ingat aku student UTM..terima kasih la pada mereka..direction yang dorang bagi memang tepat..sampai je dalam pusat kesihatan tu, ramai juga orang..aku g daftar dapat nombor 87..lepas tu bayar and buat xray..terserempak pula ngan kawan ayah aku..dia marah sebab aku sampai tapi tak bagi tau dia..haha..ooh lupa nak cakap..masa xray tu, layanan staf di situ sangat A+..

lepas buat xray aku diambil berat dan ukur tunggi..kemudian cek mata pula..masa tu layanan staf-staf di situ biasa sahaja..macam malas nak layan orang..lebih banyak berbual dengan kawan-kawan sekerja..selesai cek mata, kena ambil darah pula untuk cek if ada hepatitis atau tidak..part ambil darah tu sangat best ok..yang ambil darah tu kawan ayah aku and seriously layanan dia sangat A+..penyayang sangat..macam-macam nasihat dia beri so that aku tak takut..memang la aku bukannya takut sangat pon setakat ambil darah yang berapa ml tu tapi cara dia cakap pun lembut je..siap bersayang-sayang lagi..

ok next urine test pula..kena submit darah yg diambil tadi and air kencing ke makmal untuk test..and bila dah selesai staf tu pulangkan semula borang aku dan suruh aku scan kod bar nombor aku tadi untuk periksa doktor pula..

ok part ini sangat malu ok..aku nampak ada tempat scan dan computer..so, aku scan je la..sekali kat computer tu appear fail..hah..aku pelik gila..so, aku jalan la nak g cari computer lain..aku pergi ke depan bilik doktor pula..aku scan di situ..baru appear nama aku..time tu aku pandang belakang and tengok kat tempat aku scan yang first tadi..pergigian?? hahaha..patut la fail..nasib baik aku tak scan tempat farmasi yang amik ubat tu..mau kelakar..

bila part tunggu untuk cek doktor sangat la lama..aku tunggu pukul 11.40pagi and aku dapat jumpa doktor pukul 2 petang..entah mana silapnya bila aku tengok nama aku kat computer tu dah paling atas dah tapi xkeluar-keluar number aku..sampai number 130 lebih tapi nombor 87 aku tak keluar juga..mungkin doktor yang pandai rawat untuk medical check up ni tak ada kot..doktor yang ada cuma untuk rawatan-rawatan lain macam demam-demam ke, batuk-batuk ke..haha..sebab tu number aku tak naik-naik..positif sangat aku berpikir kan..duduk situ lama-lama macam aku pula yang dah rasa sakit..

nasib baik doktor yang rawat aku sangat best..alamak lupa nama dia..nanti aku cek balik..kira ok la layanannya..doktor sangat mesra alam..Alhamdulillah, semua selesai selepas itu..niat nak pos surat kat 'telco and post' di setia tropika..malangnya TUTUP..yang kelakar siap tulis lagi.."Close during fasting month"..yang itu sangat tak boleh diterima..kenapa kena tutup semasa bulan puasa??bukan time buka puasa pon..baru pukul 3petang masa tu..ingat time puasa tak boleh kerja ke??aku pula yang susah kena pergi pejabat pos untuk pos laju..at last aku terus balik rumah sebab malas dah nak pergi post office..esoknya saja aku pos surat..

11 comments:

YobSumo said...

ohhh jauh jugak perjalanan nak buat medical check up kan, sampai ke tempat gigi bagai. hehehhehe.


btw, nice header!

Hasrol Nizam said...

haha..kat klinik utm tu mmg byk tmpat scan. nasb baik fail. kalau tak, dah tak memasal kena g cabut gg pulak.. :D

pendapat anda?
dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

FaizalSulaiman said...

illie buat MC utk apa illie?sambung belajar ke?:))

E.d.Y said...

wah..sanggup tu tunggu..kalau edy dah g kaunter tnye kenapa nombor tak panggil2..

hans said...

hahaha
aku pun sama macam edy
tak sanggup nak tunggu lama2
hahaha

ada ker orang nampak ko salah scan tu?
ekekeke

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

avid gunner said...

aku dok utm pun tak nah lagi jejak sana..haha..

iyllienaz said...

yob..
pusat kesihatan tu ada tempat pergigian sekali..hehe

serol..
haa..tu laa..mula-mula pelik gak apasal nak fail kan..nasib baik memang fail..kalau tak lagi tambah malu..haha

FS..
xla faizal..MC ni untuk kerja..hehe

edy..
memang niat nak camtu..tapi atas nama illi tu ada nama pakcik tu yang nombor 28..lagi lama dia tunggu..dia dah bising kat kaunter tanya, illi malas nak join sekali..

hans..
aku rasa ada je orang nampak aku salah scan..tapi mungkin dorang tengah sakit, so xmampu nk gelakkan aku..haha..kurang-kurang pon if dorang ada blog, mesti aku dah kena gelak kaw-kaw dalam blog dorang..

AG..
haha..ko sentiasa sihat kot..sebab tu ko tak perlu ke sana..

E.d.Y said...

ic...lain kali tolong la pakcik tu..kesian die fight sorang2..huhu

tengku_fir21 said...

huhuhu..sebab tu ler kena call kawan ayah tue..

iyllienaz said...

edy..
haha..malas nak bercakap..time puasa kan..nanti makin haus plak..hehe

fir..
haha..tu laa..degil lagi..

AngahSayang2314 said...

wow tunggu lama tue
kalau angah la...ermm mesti dah membebel hehehe