Tuesday, August 31, 2010

Program motivasi dan kenangan sekolah lama..

rumah dah senyap sunyi..masing-masing amik port dalam bilik masing-masing dah siap-siap nak tido..esok cuti tapi gaya dorang macam esok keje..awal gila masuk tido..dan seperti biasa aku yang tengah menganggur ni saja lah yang mampu untuk membuka mata di saat-saat jam hampir menunjukkan tengah malam..

minggu lepas ada seorang cikgu yang tiba-tiba call aku atas desakan guru besar yang menyuruh aku datang ke sekolah rendah aku untuk memberikan sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 yang akan menduduki UPSR tidak sampai sebulan saja lagi..tak tau la macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku..

mula-mula aku agak malas untuk aktiviti-aktiviti sebegitu, tapi bila dipikirkan balik, apa salahnya if aku berikan sedikit khidmat yang mungkin dapat menyedarkan dan boleh memberi semangat kepada pelajar-pelajar itu untuk mendapat 5A dalam UPSR..aku mengajak seorang lagi kawan aku dari sekolah yang sama juga untuk menjadi teman aku dalam program motivasi ini..

jumaat lepas telah dijadualkan untuk aku memberi motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 tersebut..ternyata mereka sangat seronok bila dengar pengalaman aku berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh..mereka patut bersyukur kerana mereka telah didedahkan dengan nama-nama sekolah yang hebat di Malaysia awal-awal lagi sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan..maknanya mereka ada satu matlamat iaitu apabila hendak melangkah ke sekolah yang berprestij tinggi, mereka wajib mendapat 5A..

lain pula dengan aku sewaktu aku darjah 6..aku tidak pernah tahu langsung yang wujudnya sekolah berasrama penuh..aku bukan jenis suka belajar..ramai cikgu yang membebel dan tidak suka dengan kesibukan aku di luar kelas sampai aku selalu tidak masuk ke kelas gara-gara aktiviti luar..semua benda aku nak masuk, baik title olahragawati sekolah aku pegang, tarian zapin pun aku join, koir dan nasyid pun nak juga masuk, house captain pun aku pegang..pendek kata memang GILA KUASA..

aku jadi aktif begitu sebab awal-awal aku mula bersekolah, aku tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti luar langsung kerana aku mengidap lelah..doktor mengharamkan aku memijak padang sekali pun kerana lelah aku memang tahap teruk sehingga ke mana saja aku pergi, wajib membawa inhaler..alaa benda yang kena sedut time ko semput tu..

tapi aku bengang bila tengok orang lain pergi padang berlari-lari, dan aku??hanya disuruhnya cikgu untuk duduk tepi padang dan tengok sahaja..memang tak adil namanya..dah masa tu aku budak kecik, bukan paham kalau dah sakit tapi tak sedar diri..sampai lah satu masa ni, aku ingat lagi masa tu darjah tiga, aku dah tak peduli dengan apa yang cikgu suruh and aku join budak-budak lain berlari-lari tengah padang..

dan Alhamdulillah, Allah Maha Besar..sejak itu, bila aku ada check up ngan doktor, doktor pelik kerana lelah aku semakin hilang dan akhirnya terus tiada lagi penyakit lelah tu..and start dari itu aku terus aktif nak join semua pertandingan kat sekolah..

lagi pelik bila masa UPSR aku boleh score sebab aku paling tak suka subjek sains..yang aku seronok bab matematik je..dalam kepala otak aku hanya subject itu je yang aku boleh score A..tapi bila dah namanya takdir Allah, aku dapat 5A..masa tu, aku boleh tengok yang semua cikgu sibuk puji aku dan lagi best siap dapat "murid contoh" untuk sekolah aku..dan masa itu lah baru aku tahu pasal sekolah berasrama penuh bila aku ditawarkan ke sana..

tambah pula bila aku masuk form 1, adik kawan aku selalu cakap yang bila time perhimpunan je, nama aku wajib naik sebab guru besar selalu announce yang kononnya semua mesti jadi macam aku..aktif dalam ko-kurikulum dan boleh dapat 5A..gila tak bangga??huh..time aku selalu ponteng kelas dulu, semua cikgu tak suka dengan aku sebab terlampau aktif sampai tak masuk kelas..

dan yang paling best, bila tamat saja program motivasi tu, aku jadi glamour bila semua pelajar-pelajar tadi minta tandatangan, gaya macam aku ni artis..ada juga yang minta facebook aku sebab nak add..

dan paling tak boleh blah ada seorang pelajar ni cakap kat aku "akak, nak number handphone akak, nak bagi kat abang saya,"
blushing terus aku..haha

p/s: selamat menyambut hari MERDEKA yang ke 53! semoga keamanan tetap menjadi milik kita..Amin. Proud to be Malaysian..i love Malaysia!!

17 comments:

FaizalSulaiman said...

woh illie..kira pelajar contoh la neh!

congrats!!

perghh momen tbaik bila budak tu minta no fon!hahahaha

FaizalSulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Miss Brown Sugar said...

kalau u bagi no phone i pon okay...ahahhhh

terbaek lah ili. mantap siot.. proud of u.. dapt keje kat mane? kulim?

tengku_fir21 said...

pelajar kesayangan cikgu...
tahniah

E.d.Y said...

wah..ni mesti best student kat sekolah dulu...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

tak sangka aku kau sebegini hebat.igtkan kau ayam-ayam jer.wakakaka

unloquacious lowqie said...

owh... time darjah 6 aku cume tau ssp and stf jek..

btw, slamat berangkat!

Lan Bingka said...

wow..idola kanak2

Hasrol Nizam said...

siap nak bagi kat abng dia no telefon.. :D

em, berat kuasa tuhan kan, penyakit lelah tu lama2 boleh hilang.. =)

Pendapat anda?
Daripada DIA kita datang dan kepadaNYA kita kembali

AngahSayang2314 said...

iylli selamat menyambut hari kemerdekaan & tak lama lagi raya tibaaaaa yahuuuuu

avid gunner said...

gila ah...cuba lu check meja budak2 tu esok lusa...kot2 ada gambo ko terpampang kat meja depa...buat motivasi...keh keh..

hans said...

kenapa sekolah aku xpernah panggil aku?
hahahahaha

P/S : Yeyeyeyeyeyeye! Kelas Cancel! Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

iyllienaz said...

faizal..
tu laa..terkejut ok..ingat mintak number sebab if ada problem, nak contact ke kan, tapi cakap direct nak bagi kat abang..haih..student sekarang..terlampau bijak..nasib xjadi cikgu..

arina..
haha..a'ah laa..patut i bagi number u je kan..haha..dapat keje kulim..

fir..
haha...itu lepas upsr ok baru dapat jadi pelajar kesayangan cikgu..kalau tak, xde maknanya..hehe

edy..
haha..cite dulu2..

razi..
haha..aku biasa je..ko yang bapak ayam..haha

loq..
haha..aku tau stf je..thanx loq..berangkat mcm jauh sgt..

lan..
hehe..itu je la yg mampu..

serol..
tu laaa..haip budak zaman sekarang ni..pandai2 je kan..betul..semua dengan ketentuanNYA..

angah..
duit raya untuk illi mana??hehe

AG..
wah..tu ok lagi kot..jangan kat meja abang dorang dah laa..ahaha..

hans..
sebab dorang belum nak panggil pelakon datang sekolah..kalau, x mesti dorang panggil ko..haha

hans said...

hahahaha
tu la pasal
ekekekek

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

E.d.Y said...

cite2 dulu bila dikenang mmg best

hans said...

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

jejaka anggun said...

salam aidilfitri. minal aidil walfa izin.