Monday, October 3, 2011

Sungai Sedim dan tree top walk..

Hi guys..Assalamualaikum..
Seriously lama sangat tak sign in blog sendiri..memang dah lupa password gmail ni..erm..what else i want to write about..ok2..let me tell something about where you can go when you reach kulim..

kat kulim ada 1 tempat untuk korang pergi mandi manda di sungai..nama tempat ini sungai sedim..alaa kalau kat selangor tu tempat ni macam ulu yam la..haa..boleh bayang dah??

kami berkelah makan mcd..sebab masa ni breakfast mcd free, tunjuk kupon je..

tempat ni memang tak jauh dari bandar kulim..dalam 20km sahaja..dan tak susah nak pergi tempat ni sebab kalau dari kulim hi-tech, sepanjang perjalanan memang sentiasa ada sign board..so, tak perlu guna gps pun..tempat ni memang macam pedalaman sedikit dan memang sesuai untuk sesiapa yang nak datang release tension..tambah pula kat situ memang tak ada line telefon langsung..

bila aku sampai sungai sedim ni, tak ramai pun kat situ sebab masa tu weekdays so paham-paham je la..semua org kerja..seronok ye bila mandi sungai yang tak ramai orang..sebab tak yah nak pikir air ni kotor ke tak..dan boleh feeling-feeling macam sungai ni kita yang punya..

tapi cuma satu je la..macam biasa bila kita pergi sungai atau hutan, benda paling penting sekali ialah safety..of course jangan seronok sangat mandi sungai sampai tak jaga keselamatan diri..batu kat tepi sungai licin dan air pula deras..jadi memang sentiasa kena beringat..jangan ada jatuh dalam sungai dan lemas pula..

ok selain tu, kat sini ada juga white water rafting..tapi aku tak naik benda ni sebab aku cuak..hehe..tapi yang lagi menarik, kat sungai sedim ni ada tree top walk..ok apa tree top walk ni?tempat ni dorang buat laluan macam jejambat tapi guna besi sahaja dan bayaran masuk adalah rm10 untuk dewasa..siapa yang gayat tak yah naik la..masa aku pergi tempat ni, kawan aku cakap, dah sampai, rugi kalau tak naik..nanti balik rumah rasa menyesal..

ye memang aku menyesal sebab naik..tinggi gila ok..yang gayat tahap aku jalan tak pandang kiri kanan dah..tambah lagi bila sampai tempat yang paling tinggi, angin kuat dan time korang jalan tu besi tu berbunyi-bunyi macam yang nak roboh tu..haa mau tak seram..korang boleh tengok gambar kat bawah..

besi-besi yang kat belakang tu la tempat untuk korang berjalan..

konon excited..

kukuh ke??pikirlah sendiri..

there is no way to turn back..once dah masuk, pusing la 1round..haha

pemandangan dari atas memang cantik..

that was my scared face..

next time if nak pergi pun, aku takkan naik dah tree top walk ni..gayat ok..lagi satu, aku tak tau la yang tempat ni dorang buat maintenance ke tak..sebab tengok besi-besi tu pun dah berkarat sebab kena air hujan..dan maksimum orang boleh naik dalam satu masa ialah 30 orang saja..tak boleh ramai-ramai..

if you love to explore the nature, this is the best place not to be missed..so, bila dah sampai kulim, teruskan lagi untuk sampai ke sungai sedim ye..

Monday, July 4, 2011

komuter sesak seperti biasa..

sepanjang aku berada di kl, aku ada pergi ke midvalley..and of course pergi dan balik aku naik public transport..2kali aku ke sana..satu pada hari bekerja dan satu lagi pada hari cuti..tapi yang aku nak cerita kat sini pasal hari sabtu..tak ada masalah bila naik lrt dari setiawangsa ke kl sentral..train agak sharp dan kosong..tapi awal-awal lagi aku dah agak yang akan ada masalah dari kl sentral nak ke mid valley..sememangnya masalah komuter..

seperti biasa, terlampau ramai orang yang nak naik komuter ke seremban sehingga tak muat untuk aku masuk dan terpaksa tunggu train yang lain..aku macam tak berapa kisah sangat sebab aku pergi pun untuk berjalan-jalan saja..so, redha and at least dapat jugak naik next train even though train penuh..

bila nak gerak balik ke rumah pula, tunggu komuter kat mid valley punya lah lama..dan yang menariknya, after train sampai, semua lelaki-lelaki yang dah sedia ada kat dalam koc wanita kena halau keluar oleh polis bantuan so that koc tu hanya ada kaum perempuan sahaja..tapi bila semua dah settle masuk dalam koc wanita, still ada sedikit ruang yang muat untuk sorang dua and ada lah 2orang lelaki masuk mungkin sebab koc lain dah memang tahap sendat dan mampat..

polis bantuan tadi tu boleh jerit dari depan "yang kat tepi pintu tu lelaki ke perempuan?"
then dorang pun bising-bising la jawab yg kat tepi pintu tu lelaki..polis tu siap sound lagi "tak reti2 ke nak keluar?"
sorang tu dah malu and keluar..tapi lagi sorang memang gigih bertahan..bila polis tu tanya lagi, "yang kamu tu lelaki ke perempuan?"
lelaki tu jawab dengan yakinnya "saya lelaki! wife saya pregnant, pakcik!"
terus ramai perempuan dalam koc tu jawabkan "Wife pregnant, wife pregnant"and automatic macam setuju untuk lelaki tu berada di dalam koc tu..kira macam exceptional la for him to be there to take care of his wife..

kesimpulannya aku sangat kesian pada wife dia yang pregnant and kena naik public transport di saat-saat orang ramai and kena berhimpit-himpit..

key learning here is never go to mid valley when you are pregnant..except if you go with your own transport..tapi letih juga nak cari parking..

Friday, March 11, 2011

sunyi datang lagi..

memang aku dah lama tak buka blog ni..entah tak tau betul-betul busy atau buat-buat busy..walaupun aku cuti nak dekat 2minggu hari tu, tapi duduk di rumah tak sempat langsung nak buka laptop..sibuk dengan majlis perkahwinan kakak aku..

bila dah balik ke kulim, aku jadi bosan semula..nak start kerja, dengan tak ada kawan-kawan, jiwa macam kosong..bukan macam lagi..memang dah tahap negatif..tu yang aku tekad untuk apply TPM uitm untuk sambung belajar master..seriously aku betul-betul memerlukan kawan-kawan aku..buat masa sekarang ni, kalau aku sedih or kecewa, aku cuma boleh call and luahkan kat kawan-kawan je..tapi memang tak puas nak banding dengan hang out and bergelak and nangis bersama..

bila pikir betul-betul, memang tak masuk akal, aku dah umur 24 tahun ni, tapi still tak reti nak berdikari without friends and family..tapi ni semua memang realiti..kalau 3tahun yang lepas boleh lagi kalau tak ada boyfriend, tapi now ni terasa macam "bila aku nak kahwin ni kalau boyfriend pon takde??"

oh ye..tapi 1lagi benda yang buat aku rasa pening bila pikir..lelaki ni cam susah nak appreciate kan..tak tau la kalau aku asyik jumpa lelaki yang jenis macam ni..kalau ye, memang dah nasib laa..tapi aku surely confident yang tak semua macam tu..just i am not lucky to have person with full of 'appreciatism' principe..but the time will come kan??

esok parents aku akan datang sini sebab ada kenduri kahwin cousin..so, aku confirm akan tambah sunyi bila dorang balik jb nanti..waa..i really hate this kind of feeling..

p/s: jom cari kerja lain..

Sunday, February 13, 2011

Penipu memang dasar penipu!!

sebenarnya, aku nak sangat tau, apa antara faedah yang kita dapat apabila kita menipu??ok fine.fine. of course lah, semua orang yang menipu tu ada sebab tersendiri kenapa dia nak tipu. dan setiap orang yang menipu tu mesti nak orang lain anggap dia yang baik-baik je kan..eh ada ke orang menipu tapi dia nak dianggap buruk??

ok ni bukan kes tipu kecik2 yang macam ni:
bf : yang, u dah makan ke?
aku : dah..td lepas kerja
(padahal, tak de pun makan..cuma aku malas nak makan nasi malam2 sebab nanti confirm tak habis..cuma cakap dah je sebab tak nak dia bebel panjang2..)

kalau tipu kecik2 tu aku tau la sebabnya nak selamatkan diri sendiri (mungkin aku pernah buat, sebab tu aku tau haha)..

tapi kalau dah menipu saje2, asal semua nak nampak ko bagus, ko hebat dan semualah yang baik-baik, memang melampau sangat lah kan..ok kalau ko tipu tu tak kantoi, tak pe juga..kena pulak, ko tipu and a few days after that, kantoi..nahhh..baru ko tau langit tu biru ke hitam..lepas tu, ko tipu lagi and kantoi lagi..yang tu aku memang tak tau la nak kata camne kalau tak insaf-insaf lagi..mesti semua orang yang ko penah tipu, sah-sah rasa benci tengok muka ko kan..

p/s: dan sememangnya aku benci CELCOM kerana anda telah menipu pelanggan anda..apasal broadband aku asyik dc je??pastu colour hijau je..sah-sah lembap macam siput babi..dah 2 bulan camni..tapi aku tak puas hati sebab aku selalu bayar awal..tak sabar nak tunggu habis contract..memang aku terminate terus..selamat tinggal celcom broadband!

Saturday, February 12, 2011

Sedikit update untuk Februari..

aku tak berapa perasan dah berapa lama aku tak menulis kat sini..

sebelum raya cina, aku sempat balik jb sekejap sebab nak ambil barang..aku habis kerja 7pagi hari khamis, flight ke jb pukul 4.50petang itu..selesaikan urusan bayar bil celcom dan kereta kat bank, aku balik rumah dalam pukul 10pagi dan baru start tido..set alarm pukul 2petang untuk bangun, tapi pukul 2.30 baru aku tersedar..gila kelam kabut..dengan barang tak kemas langsung, pukul 3.15petang baru aku gerak dari rumah..

on the way nak ke pulau, baru aku teringat yang touch n go aku cuma ada RM1.60 je..memang tak lepas tol penang bridge..dah lah dah lambat, tambah punya berpuluh kereta yang beratur kat tol yang bayar tunai..nasib baik aku dah check in website malam sebelum tu kat tempat kerja..cuba bayangkan, pukul 4 petang tu aku still kat penang bridge..sampai rumah epok, epok terus pecut hantar aku kat airport bayan lepas..dan hakikatnya, aku orang terakhir naik flight ke jb petang tu..nasib baik gate tak close lagi dan aku tak kena tinggal..

gate close 4.30 petang tapi time aku scan-scan barang tu pukul 4.35 petang..hehe

bila duduk dalam flight pun, aku still rasa gelabah lagi..punya lah celaru masa tu..kalau korang nak tau, aku memang kena cukup tido lepas balik kerja malam, at least 5hours..baru boleh sedar, kalau tak, memang aku takkan sedar laa..tu yang set alarm pun tak bangun-bangun..sampai jb, mak ambil dan aku rehat kat rumah sehari suntuk dengan adik-adik and just tengok-tengok barang hantaran yul yang kebanyakannya dah siap..aku memang tak ada kawan sangat kat jb, sebab tu pakat lepak rumah je..

aku tekad nak balik kulim semula sabtu pagi dengan bas sebab tiket flight ke penang mahal gila 3kali ganda tiket biasa yang aku selalu beli sebab dah nak start cuti raya cina..tapi ayah paksa juga ambil tiket flight, sebab kalau aku nak naik bas, memang 10jam lah gayanya dalam bas..so, pagi sabtu tu juga baru aku book tiket flight ke penang 10.55malam..dan tu seronoknya bila last minute ambil tiket, dapat hot seats, so, tak perlu beratur panjang-panjang time nak naik flight tu..kalau masa aku nak ke jb tu aku orang terakhir yang naik flight, lain pula bila aku kembali ke penang, aku orang terawal sekali yang naik..

memang sangat sekejap aku balik rumah kali itu, sebab ahad aku dah kena kerja pukul 7pagi..malam tu aku sampai rumah pukul 2pagi..dan bermula kerja selama 10hari tanpa rehat sebab cover chinese yang bercuti untuk celebrate raya cina..semalam baru aku dapat berehat dan bekerja semula hari isnin nanti..no wonder dah lama aku tak update blog..hehe

aku akan ke jb semula masa wedding yul nanti..25hb februari dan ke kulim semula 7Mac..seminggu aku duduk jb..aku beli tiket awal-awal lagi..pergi balik dari penang ke johor bahru hanya RM45 termasuk insurans..murah kan?lebih murah dari naik bas..terima kasih Air Asia..sila lah buat promosi lagi, confirm muka aku juga yang beli nanti..

p/s: dan sekarang aku duduk rumah berehat-rehat..tak tau nak pergi mana time cuti..

Wednesday, January 19, 2011

Cybercafe di Kulim, memang harga melampau..

2 cybercafe di Kulim aku pergi dan harga fax ke negeri lain,

1helai=rm5??

memang tak berbaloi-baloi..

nasib baik ada kedai jual tudung tapi ada mesin fax dan harga sehelai hanya RM2..bukan nak berkira sangat tapi macam melampau-lampau saja harga..kat JB pun sehelai RM2..aku fax pula tadi 6helai..banyak betul beza

p/s: ke aku yang tak tau harga fax begitu mahal??

Thursday, January 6, 2011

bas ekspres di Malaysia..

hari ini hari ke lima di tahun 2011..enak di sofa sambil menonton astro..aku berada di johor bahru sekarang..bercuti lebih dari seminggu dan buat keputusan untuk balik ke jb..disebabkan last minute baru decide nak balik, tak dapat balik naik flight..kalau ada pun harga tiket yang mahal tahap 400 lebih..so, aku terpaksa balik naik bas..

1st time nak naik bas untuk ke jb..tambah risau lepas dengar banyak kes kemalangan bas ekspres sejak kebelakangan ni..bila pikir perjalanan ambil masa 10jam, ingat nak naik bas yang 5star atau VVIP..baru rasa selesa nak duduk dalam bas lama-lama..tapi yang ada hanya untuk ke Kuala Lumpur dan Singapore..yang lain semua bas biasa saja yang 27 seat..kalau malam mungkin ada bas yang 24 seat..tapi disebabkan aku nak balik pagi supaya boleh sampai malam, aku beli tiket bas supernice..harga RM62 dari Butterworth ke JB..

lebih kurang macam ni lah bas yang aku naik..

tiket bas aku pukul 10.30pagi, tapi pukul 11 baru bas ni nak bergerak..kemudian baru nak isi minyak sebelum keluar ke highway..yang sedihnya, dalam pukul 1petang, bas ni berhenti di simpang pulai dan kami hanya diberi masa 15minit sahaja..disebabkan terlampau lapar tak breakfast, aku makan cepat-cepat nasi lemak di situ..lepas dari tu memang bas ni tak berhenti langsung sampai lah di hentian duta untuk turunkan penumpang..aku ingat bas ni direct g jb rupanya ada singgah-singgah di kl pula..

lepas tu berhenti lagi di bukit jalil turunkan orang lagi dan aku kena pindah naik bas lain pula untuk ke jb..tu yang tak seronok naik bas ni..sangat tak teratur..aku kena naik bas shamisha pula..bas ni 2 tingkat..dari bukit jalil sampai ke jb hanya berhenti di petronas perhentian machap utara, 10minit untuk dia isi minyak dan penumpang ke toilet..nampak gayanya aku lapar sampai ke malam..Alhamdulillah, aku selamat sampai di stesyen bas larkin pukul 9malam..

dan ini pula bas yang ke-2..

memang tak logik di sini sebab dari penang ke johor bahru, tak berhenti lama untuk penumpang makan dan solat zuhur/asar walaupun untuk jamak..harap ada pihak yang boleh tingkatkan lagi sistem bas ekspres di Malaysia agar lebih teratur selepas ini..

credit to google for the pictures..

Wednesday, January 5, 2011

GiveAway EdY : Awak Busuk!

Entri ini adalah khas untuk join give away edy..jom join ramai-ramai..klik sini..



ayie dan nia_oii, anda telah di tag..sila join give away edy si busuk ni ye..haha..tarikh tutup pada 12 januari 2011..

p/s : seronoknya cuti seminggu..bersenang-lenang di johor bahru..jangan jelous..