Wednesday, January 19, 2011

Cybercafe di Kulim, memang harga melampau..

2 cybercafe di Kulim aku pergi dan harga fax ke negeri lain,

1helai=rm5??

memang tak berbaloi-baloi..

nasib baik ada kedai jual tudung tapi ada mesin fax dan harga sehelai hanya RM2..bukan nak berkira sangat tapi macam melampau-lampau saja harga..kat JB pun sehelai RM2..aku fax pula tadi 6helai..banyak betul beza

p/s: ke aku yang tak tau harga fax begitu mahal??

Thursday, January 6, 2011

bas ekspres di Malaysia..

hari ini hari ke lima di tahun 2011..enak di sofa sambil menonton astro..aku berada di johor bahru sekarang..bercuti lebih dari seminggu dan buat keputusan untuk balik ke jb..disebabkan last minute baru decide nak balik, tak dapat balik naik flight..kalau ada pun harga tiket yang mahal tahap 400 lebih..so, aku terpaksa balik naik bas..

1st time nak naik bas untuk ke jb..tambah risau lepas dengar banyak kes kemalangan bas ekspres sejak kebelakangan ni..bila pikir perjalanan ambil masa 10jam, ingat nak naik bas yang 5star atau VVIP..baru rasa selesa nak duduk dalam bas lama-lama..tapi yang ada hanya untuk ke Kuala Lumpur dan Singapore..yang lain semua bas biasa saja yang 27 seat..kalau malam mungkin ada bas yang 24 seat..tapi disebabkan aku nak balik pagi supaya boleh sampai malam, aku beli tiket bas supernice..harga RM62 dari Butterworth ke JB..

lebih kurang macam ni lah bas yang aku naik..

tiket bas aku pukul 10.30pagi, tapi pukul 11 baru bas ni nak bergerak..kemudian baru nak isi minyak sebelum keluar ke highway..yang sedihnya, dalam pukul 1petang, bas ni berhenti di simpang pulai dan kami hanya diberi masa 15minit sahaja..disebabkan terlampau lapar tak breakfast, aku makan cepat-cepat nasi lemak di situ..lepas dari tu memang bas ni tak berhenti langsung sampai lah di hentian duta untuk turunkan penumpang..aku ingat bas ni direct g jb rupanya ada singgah-singgah di kl pula..

lepas tu berhenti lagi di bukit jalil turunkan orang lagi dan aku kena pindah naik bas lain pula untuk ke jb..tu yang tak seronok naik bas ni..sangat tak teratur..aku kena naik bas shamisha pula..bas ni 2 tingkat..dari bukit jalil sampai ke jb hanya berhenti di petronas perhentian machap utara, 10minit untuk dia isi minyak dan penumpang ke toilet..nampak gayanya aku lapar sampai ke malam..Alhamdulillah, aku selamat sampai di stesyen bas larkin pukul 9malam..

dan ini pula bas yang ke-2..

memang tak logik di sini sebab dari penang ke johor bahru, tak berhenti lama untuk penumpang makan dan solat zuhur/asar walaupun untuk jamak..harap ada pihak yang boleh tingkatkan lagi sistem bas ekspres di Malaysia agar lebih teratur selepas ini..

credit to google for the pictures..

Wednesday, January 5, 2011

GiveAway EdY : Awak Busuk!

Entri ini adalah khas untuk join give away edy..jom join ramai-ramai..klik sini..



ayie dan nia_oii, anda telah di tag..sila join give away edy si busuk ni ye..haha..tarikh tutup pada 12 januari 2011..

p/s : seronoknya cuti seminggu..bersenang-lenang di johor bahru..jangan jelous..