Thursday, January 6, 2011

bas ekspres di Malaysia..

hari ini hari ke lima di tahun 2011..enak di sofa sambil menonton astro..aku berada di johor bahru sekarang..bercuti lebih dari seminggu dan buat keputusan untuk balik ke jb..disebabkan last minute baru decide nak balik, tak dapat balik naik flight..kalau ada pun harga tiket yang mahal tahap 400 lebih..so, aku terpaksa balik naik bas..

1st time nak naik bas untuk ke jb..tambah risau lepas dengar banyak kes kemalangan bas ekspres sejak kebelakangan ni..bila pikir perjalanan ambil masa 10jam, ingat nak naik bas yang 5star atau VVIP..baru rasa selesa nak duduk dalam bas lama-lama..tapi yang ada hanya untuk ke Kuala Lumpur dan Singapore..yang lain semua bas biasa saja yang 27 seat..kalau malam mungkin ada bas yang 24 seat..tapi disebabkan aku nak balik pagi supaya boleh sampai malam, aku beli tiket bas supernice..harga RM62 dari Butterworth ke JB..

lebih kurang macam ni lah bas yang aku naik..

tiket bas aku pukul 10.30pagi, tapi pukul 11 baru bas ni nak bergerak..kemudian baru nak isi minyak sebelum keluar ke highway..yang sedihnya, dalam pukul 1petang, bas ni berhenti di simpang pulai dan kami hanya diberi masa 15minit sahaja..disebabkan terlampau lapar tak breakfast, aku makan cepat-cepat nasi lemak di situ..lepas dari tu memang bas ni tak berhenti langsung sampai lah di hentian duta untuk turunkan penumpang..aku ingat bas ni direct g jb rupanya ada singgah-singgah di kl pula..

lepas tu berhenti lagi di bukit jalil turunkan orang lagi dan aku kena pindah naik bas lain pula untuk ke jb..tu yang tak seronok naik bas ni..sangat tak teratur..aku kena naik bas shamisha pula..bas ni 2 tingkat..dari bukit jalil sampai ke jb hanya berhenti di petronas perhentian machap utara, 10minit untuk dia isi minyak dan penumpang ke toilet..nampak gayanya aku lapar sampai ke malam..Alhamdulillah, aku selamat sampai di stesyen bas larkin pukul 9malam..

dan ini pula bas yang ke-2..

memang tak logik di sini sebab dari penang ke johor bahru, tak berhenti lama untuk penumpang makan dan solat zuhur/asar walaupun untuk jamak..harap ada pihak yang boleh tingkatkan lagi sistem bas ekspres di Malaysia agar lebih teratur selepas ini..

credit to google for the pictures..

8 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

TAKUT LAA DGN BAS EKSPRESS NII

CHECK ENTRI MANTAP NI :
# ANALITIK NUFFNANG & ALEXA SILAMPUNEON MENCANAK#
# CARA HACK HTML KOD BLOG ORANG#
# KENNY ROGERS ROASTERS JAYA JUSCO MAHKOTA CHERAS#
# CARA BUAT AUTO HIDE MENU#
# QQ RINGS DONUT !#

Judiene said...

Pernah sekali naik bus Shamisha Holdings ni, best jugak sebab seat die luas.
Aku selalu la travel by bus ni, coz tak mampu nak beli tiket flight.
Hehehehe.

:P

mr.syazwan said...

da lama giler x naik bus balik kg

(mcm mana da kg kat kl bus rapid je la) haha



u sori lupa ltk ur name.. bukan x hargai tpi maklum la ramai i da ltk daa ur name... thanks so much illy

mie said...

gue dah lama xnaik bas ekspress..
ehheee

Hasrol Nizam said...

selalu naik bas from jb to taiping. tak pernah lagi transit ke kl dulu, kena tukar bas lain. kena tengok jenis bas jugak. kalau konsoritum, mmg terus je.

aritu dah baca. tapi tak komen pun lagi.ni baru komen.hehe

iyllienaz said...

neon..
hmmm..takut juga, tapi kalau dah terpaksa naik, boleh je naik kan..

judiene..
seat boleh tahan laa..tp lenguh gak duduk lama-lama dalam bas..come on..now ni tiket flight air asia if ada promotion,harga lagi murah dari naik bas ok..

wan..
haha..bas rapid??huh..zaman kat s.alam dulu naik la juga bas rapid kl..

mie..
hang naik kapal je..memang la dah lama tak naik bas..

serol..
tu first time naik bas dari kulim..tak tau pula yang kena transit..

Muhamad Zaki Zafir said...

best naik tren actually.ambik sleeping berth.ada kafe, ada toilet, harga tiket pun murah.dah malas nak naik bas lagi dah. :)

iyllienaz said...

zaki..
alamak, naik tren macam lagi lama je perjalanan..hehe