Sunday, February 13, 2011

Penipu memang dasar penipu!!

sebenarnya, aku nak sangat tau, apa antara faedah yang kita dapat apabila kita menipu??ok fine.fine. of course lah, semua orang yang menipu tu ada sebab tersendiri kenapa dia nak tipu. dan setiap orang yang menipu tu mesti nak orang lain anggap dia yang baik-baik je kan..eh ada ke orang menipu tapi dia nak dianggap buruk??

ok ni bukan kes tipu kecik2 yang macam ni:
bf : yang, u dah makan ke?
aku : dah..td lepas kerja
(padahal, tak de pun makan..cuma aku malas nak makan nasi malam2 sebab nanti confirm tak habis..cuma cakap dah je sebab tak nak dia bebel panjang2..)

kalau tipu kecik2 tu aku tau la sebabnya nak selamatkan diri sendiri (mungkin aku pernah buat, sebab tu aku tau haha)..

tapi kalau dah menipu saje2, asal semua nak nampak ko bagus, ko hebat dan semualah yang baik-baik, memang melampau sangat lah kan..ok kalau ko tipu tu tak kantoi, tak pe juga..kena pulak, ko tipu and a few days after that, kantoi..nahhh..baru ko tau langit tu biru ke hitam..lepas tu, ko tipu lagi and kantoi lagi..yang tu aku memang tak tau la nak kata camne kalau tak insaf-insaf lagi..mesti semua orang yang ko penah tipu, sah-sah rasa benci tengok muka ko kan..

p/s: dan sememangnya aku benci CELCOM kerana anda telah menipu pelanggan anda..apasal broadband aku asyik dc je??pastu colour hijau je..sah-sah lembap macam siput babi..dah 2 bulan camni..tapi aku tak puas hati sebab aku selalu bayar awal..tak sabar nak tunggu habis contract..memang aku terminate terus..selamat tinggal celcom broadband!

Saturday, February 12, 2011

Sedikit update untuk Februari..

aku tak berapa perasan dah berapa lama aku tak menulis kat sini..

sebelum raya cina, aku sempat balik jb sekejap sebab nak ambil barang..aku habis kerja 7pagi hari khamis, flight ke jb pukul 4.50petang itu..selesaikan urusan bayar bil celcom dan kereta kat bank, aku balik rumah dalam pukul 10pagi dan baru start tido..set alarm pukul 2petang untuk bangun, tapi pukul 2.30 baru aku tersedar..gila kelam kabut..dengan barang tak kemas langsung, pukul 3.15petang baru aku gerak dari rumah..

on the way nak ke pulau, baru aku teringat yang touch n go aku cuma ada RM1.60 je..memang tak lepas tol penang bridge..dah lah dah lambat, tambah punya berpuluh kereta yang beratur kat tol yang bayar tunai..nasib baik aku dah check in website malam sebelum tu kat tempat kerja..cuba bayangkan, pukul 4 petang tu aku still kat penang bridge..sampai rumah epok, epok terus pecut hantar aku kat airport bayan lepas..dan hakikatnya, aku orang terakhir naik flight ke jb petang tu..nasib baik gate tak close lagi dan aku tak kena tinggal..

gate close 4.30 petang tapi time aku scan-scan barang tu pukul 4.35 petang..hehe

bila duduk dalam flight pun, aku still rasa gelabah lagi..punya lah celaru masa tu..kalau korang nak tau, aku memang kena cukup tido lepas balik kerja malam, at least 5hours..baru boleh sedar, kalau tak, memang aku takkan sedar laa..tu yang set alarm pun tak bangun-bangun..sampai jb, mak ambil dan aku rehat kat rumah sehari suntuk dengan adik-adik and just tengok-tengok barang hantaran yul yang kebanyakannya dah siap..aku memang tak ada kawan sangat kat jb, sebab tu pakat lepak rumah je..

aku tekad nak balik kulim semula sabtu pagi dengan bas sebab tiket flight ke penang mahal gila 3kali ganda tiket biasa yang aku selalu beli sebab dah nak start cuti raya cina..tapi ayah paksa juga ambil tiket flight, sebab kalau aku nak naik bas, memang 10jam lah gayanya dalam bas..so, pagi sabtu tu juga baru aku book tiket flight ke penang 10.55malam..dan tu seronoknya bila last minute ambil tiket, dapat hot seats, so, tak perlu beratur panjang-panjang time nak naik flight tu..kalau masa aku nak ke jb tu aku orang terakhir yang naik flight, lain pula bila aku kembali ke penang, aku orang terawal sekali yang naik..

memang sangat sekejap aku balik rumah kali itu, sebab ahad aku dah kena kerja pukul 7pagi..malam tu aku sampai rumah pukul 2pagi..dan bermula kerja selama 10hari tanpa rehat sebab cover chinese yang bercuti untuk celebrate raya cina..semalam baru aku dapat berehat dan bekerja semula hari isnin nanti..no wonder dah lama aku tak update blog..hehe

aku akan ke jb semula masa wedding yul nanti..25hb februari dan ke kulim semula 7Mac..seminggu aku duduk jb..aku beli tiket awal-awal lagi..pergi balik dari penang ke johor bahru hanya RM45 termasuk insurans..murah kan?lebih murah dari naik bas..terima kasih Air Asia..sila lah buat promosi lagi, confirm muka aku juga yang beli nanti..

p/s: dan sekarang aku duduk rumah berehat-rehat..tak tau nak pergi mana time cuti..