Monday, October 3, 2011

Sungai Sedim dan tree top walk..

Hi guys..Assalamualaikum..
Seriously lama sangat tak sign in blog sendiri..memang dah lupa password gmail ni..erm..what else i want to write about..ok2..let me tell something about where you can go when you reach kulim..

kat kulim ada 1 tempat untuk korang pergi mandi manda di sungai..nama tempat ini sungai sedim..alaa kalau kat selangor tu tempat ni macam ulu yam la..haa..boleh bayang dah??

kami berkelah makan mcd..sebab masa ni breakfast mcd free, tunjuk kupon je..

tempat ni memang tak jauh dari bandar kulim..dalam 20km sahaja..dan tak susah nak pergi tempat ni sebab kalau dari kulim hi-tech, sepanjang perjalanan memang sentiasa ada sign board..so, tak perlu guna gps pun..tempat ni memang macam pedalaman sedikit dan memang sesuai untuk sesiapa yang nak datang release tension..tambah pula kat situ memang tak ada line telefon langsung..

bila aku sampai sungai sedim ni, tak ramai pun kat situ sebab masa tu weekdays so paham-paham je la..semua org kerja..seronok ye bila mandi sungai yang tak ramai orang..sebab tak yah nak pikir air ni kotor ke tak..dan boleh feeling-feeling macam sungai ni kita yang punya..

tapi cuma satu je la..macam biasa bila kita pergi sungai atau hutan, benda paling penting sekali ialah safety..of course jangan seronok sangat mandi sungai sampai tak jaga keselamatan diri..batu kat tepi sungai licin dan air pula deras..jadi memang sentiasa kena beringat..jangan ada jatuh dalam sungai dan lemas pula..

ok selain tu, kat sini ada juga white water rafting..tapi aku tak naik benda ni sebab aku cuak..hehe..tapi yang lagi menarik, kat sungai sedim ni ada tree top walk..ok apa tree top walk ni?tempat ni dorang buat laluan macam jejambat tapi guna besi sahaja dan bayaran masuk adalah rm10 untuk dewasa..siapa yang gayat tak yah naik la..masa aku pergi tempat ni, kawan aku cakap, dah sampai, rugi kalau tak naik..nanti balik rumah rasa menyesal..

ye memang aku menyesal sebab naik..tinggi gila ok..yang gayat tahap aku jalan tak pandang kiri kanan dah..tambah lagi bila sampai tempat yang paling tinggi, angin kuat dan time korang jalan tu besi tu berbunyi-bunyi macam yang nak roboh tu..haa mau tak seram..korang boleh tengok gambar kat bawah..

besi-besi yang kat belakang tu la tempat untuk korang berjalan..

konon excited..

kukuh ke??pikirlah sendiri..

there is no way to turn back..once dah masuk, pusing la 1round..haha

pemandangan dari atas memang cantik..

that was my scared face..

next time if nak pergi pun, aku takkan naik dah tree top walk ni..gayat ok..lagi satu, aku tak tau la yang tempat ni dorang buat maintenance ke tak..sebab tengok besi-besi tu pun dah berkarat sebab kena air hujan..dan maksimum orang boleh naik dalam satu masa ialah 30 orang saja..tak boleh ramai-ramai..

if you love to explore the nature, this is the best place not to be missed..so, bila dah sampai kulim, teruskan lagi untuk sampai ke sungai sedim ye..