Friday, March 30, 2012

Melancong Ke Korea, Hari Pertama.

Hi all, Actually post ni dah lama tulis..cuma tak sempat nak habiskan je..so sesiapa yang nak ke Korea, jangan lupa ajak i ok?

12 November 2011 :
Kami bergegas ke LCCT sebab flight kami ke Incheon pada pukul 2.35 petang dan dijangka akan sampai di Incheon pukul 9.55malam jam Korea..actually xbanyak pun bawa baju, masa ni musim luruh, tapi kami bawa banyak food. Antara makanan yang kami bawa ialah maggi (wajib makan time sejuk), tuna, roti, milo 3 in 1, chocolate energy bar(untuk nak kunyah-kunyah masa dalam subway), mushroom soup campbell yg instant dalam paket tu, and a few medicine (panadol, redoxon).
On the way nak masuk aeroplane..
Imigresen check tak ada masalah dan tanpa flight delay, kami pun berlepas dari Kuala Lumpur tepat masanya. Dalam flight, di sarankan pada semua supaya book siap-siap food untuk makan dalam flight. Sebab perjalanan ke Korea ambil masa 6jam. Kalau pre-book awal2 air asia untuk food, dapat murah sedikit. Especially time balik dari Korea. Sebab harga yang dijual ialam dalam won, dan lagi mahal dari kita book online.
Nasi Lemak Pak Nassir yang kami tempah online.
View from the window.
Tengok kawan kitorang yang sebelah tu dah siap pakai baju winter bulu-bulu lagi..
Selepas 6jam, 2-3 kali pergi toilet and 5-6 kali bangun dari tido, akhirnya sampai juga kami di negara K-pop ni..Imigresen Korea ni macam tak berapa strict sangat and mostly semua food lepas untuk dibawa masuk ke Korea. Selepas selesai imigresen, pastikan check flight number kat board untuk tau counter nombor berapa untuk ambil check in luggage, sebab airport Incheon ni besar dan bila dah turun tangga lain, nak patah balik tu agak jauh. 

Selepas selesai semua urusan di airport, masa korea sudah hampir pukul 11malam. Masa tu kami dah tau kalau kami gerak dari incheon ke Seoul, memakan masa hampir sejam dengan subway dan dari Seoul pukul 12 memang takkan ada subway lagi untuk ke guest house yang telah kami tempah. So, we decided to take bus and go direct to Hansung University Station.

Saat itu memang sangat susah untuk communicate dengan orang di kaunter bas. Mereka agak susah nak paham english dan kena tulis betul-betul nama station yang kami nak pergi so that dorang tak confuse. Dan nasib menyebelahi, kami sempat naik bas terakhir yang lalu ke station yang kami nak tuju. Dengan harga 10000 won (RM30), kami naik bas ekspress tu. Bila sampai di Seoul, 1lagi masalah timbul bila auto announcement dalam bas tu memang kami tak boleh paham bila pronounciation dalam English mereka memang berbeza betul dengan english kita. Kami memang kena pasang telinga betul-betul dan pastikan tak terlepas station yang kami nak turun.

Sampai di station yang kami nak tuju dalam pukul 12tengah malam, kami mencari pula guest house yang kami nak duduk sepanjang kami berada di sana. Open Guest House, agak2 dalam 5minit perjalanan dari subway station Hansung University. Tapi dalam keadaan suhu 4degree, memang agak mencabar untuk berjalan dengan luggage masing-masing. 
On the way to our guest house.
Jalan dah lengang tengah-tengah malam ni.

Kami akhirnya lega bila sampai di guest house tersebut. Lagi-lagi disambut oleh owner yang sangat peramah dan boleh communicate english dengan fasihnya. Kami tempah 2 bilik. Masing-masing ada 3katil dan agak besar. Open guest house tersebut sediakan free laundry, wifi and breakfast for every morning. Harga untuk seorang ialah 20000won(RM60) untuk 1malam. Please click here for more info about Open Guest House

Ok akan sambung hari berikutnya pada next entry..Stay tune!!