Tuesday, April 17, 2012

Melancong ke Korea, Hari Ketiga

14 November 2011 :
tengah tengok macam mana nak ke destinasi
Selamat pagi Seoul..Hari ni kami akan menuju ke Namsan Seoul Tower. Menara tertinggi di Seoul. Kami naik subway ke Chungmuro Station dan dari situ ada bas untuk naik ke Namsan Tower. Bas ni berwarna kuning dan kami menunggu dalam 10minit untuk bas ni tiba. Selain itu, naik bas di Korea juga boleh gunakan T-Money. Namsan Tower ni letaknya kat atas bukit. So masa on the way bas ni nak naik ke atas bukit, kita boleh tengok ada orang-orang Korea yang jalan kaki saja untuk ke atas. Memang gigih dan gagah kan mereka? Kami turun dari bas betul-betul di perhentian paling atas. Dari situ pun masih lagi kena menapak mendaki bukit, dan buat pengetahuan semua, mendaki bukit yg sikit tu pun kami dah mengah.

Sementara menunggu bas

Dalam bas kuning
Selepas turun dari bas, masih jauh lagi perjalanan nak mendaki
Bawah pokok daun merah..
Namsan Seoul Tower
Pemandangan dari atas bukit Namsan
Walaupun panas terik, tapi 4degree ye suhu..
wajib pakai vaseline supaya bibir tak kering, yang lelaki pun pakai..haha
Apa yang ada di Namsan Tower ni? Kita boleh naik ke tower dan tengok permandangan dari atas menara, pemandangan satu Seoul.  Di sini juga ada Teddy Bear Museum dan pokok mangga. Haaa pokok yang penuh dengan mangga yang ditulis ayat-ayat cinta. Kalau korang tengok cerita korea My Girl, di sini lah antara lokasi mereka berlakon.
Bear ni dah sama besar dengan orang

Ini lah dia pokok penuh mangga..
Setelah puas bergambar, kami buat keputusan untuk datang semula malam ini untuk tengok pemandangan Seoul dari tower pada waktu malam dengan naik cable car pula. Kami turun dari bukit Namsan ni dengan menaiki bas semula dan menuju ke station Chungmuro tadi. 

Destinasi seterusnya ialah ke Gyeongbokgung Palace. Di Korea ni terdapat banyak palace dan kami memang bercadang untuk ke satu palace sahaja. Cara nak ke palace ini, cuma naik subway ke Gyeongbokgung Station. Masuk palace ni hanya 3,000won sahaja (tak sampai rm10). Palace ni sangat besar dan ada tempat untuk korang pakai baju tradisional Korea iaitu Hanbok dan boleh bergambar secara percuma. Tapi kitorang tak pakai pun sebab que tersangat panjang.

Pintu masuk istana
Cantik istana lama ni
Murah je entrance fee
Tempat bersemayam raja
Unik kan?
Tak tau la apa yang mereka cuba lakukan
Boleh bergambar dengan pengawal, tapi ada waktu-waktu tertentu sahaja
cover album ke?
Lukisan pakcik ni memang serupa
Selesai di Gyeongbokgung Palace, kami bergerak ke Itaewon untuk mengisi perut. Kali ini kami ke Pasha Turkish Kebab. Teringin nak makan Kebab pula. Kebab ni 1set dengan fries dan air. Harga lebih kurang 7,500won. Not bad juga kebab ni dan fries dia sangat sedap.
Kebab dan fries
Dari Itaewon kami bergerak ke station Myeongdong. Station myeongdong dengan cable car takde lah jauh sangat, jadi kami berjalan kaki sahaja. Tapi bila dah separuh jalan, masing-masing dah tak larat sebab hari dah gelap dan bertambah sejuk. Tapi gagahkan diri juga dan apabila sampai kami disambut dengan barisan beratur yang panjang untuk masuk ke cable car. Harga cable car 2ways 7,500won. Cable car di situ agak besar dan boleh masuk lebih kurang 30 orang tapi tak ada tempat duduk. Semua kena berdiri.
Pemandangan dari dalam cable car
Ada persembahan pancaran laser ke Namsan Seoul Tower
Bayaran masuk ke menara atas termasuk Teddy Bear Museum adalah 14,000won. Apa yang menarik bila naik lif untuk ke tingkat atas sekali, ada persembahan dalam lif yang dipancarkan ke bumbung lif tersebut. Agak kreatif sebab tak membuatkan penumpang lif bosan untuk sampai ke tingkat atas.
Pemandangan Seoul dari Namsan Seoul Tower
Tudiaa Kuala Lumpur Malaysia
Selepas turun dari tower, seperti biasa ada dijual souvenir. Selepas memborong, tempat terakhir untuk hari itu adalah ke Teddy Bear Museum yang terletak di kawasan bawah Namsan Tower. Apa yang ada dalam museum ini? Semua teddy bear semata-mata. Ada 2 bahagian museum. Bahagian yang pertama ditunjukkan bagaimana orang-orang korea berperang, cara mereka membangunkan istana, keadaan di dalam istana, dan banyak lagi tapi semuanya yang berkaitan dengan zaman dahulu. Bahagian yang kedua pula teddy bear yang dibuat mengikut zaman sekarang, di mana ada k-pop, shuffle, shopping complex, fashion dan macam-macam lagi. Sila lihat video di bawah untuk mendapat gambaran sebenar.
Pintu masuk museum
Zaman dahulu mereka membina istana


Wedding korea zaman sekarang
K-pop dance
Louis Vuitton ye..
Agak menarik juga dengan museum ni. Mereka describe kehidupan mereka dengan teddy bear ni. Selepas habis pusing kedua-dua museum ini, kami bergegas turun dengan cable car dan pulang ke guest house menaiki subway dari Myongdong station tadi.

P/s : Next entry seharian di Lotte World Theme Park dan Hangang River.

Wednesday, April 4, 2012

Melancong ke Korea, Hari Kedua

Amaran : Entri ini penuh dengan gambar. Penulis mencuba bersungguh-sungguh untuk membawa anda ke negara Korea.

13 November 2011 :
Kami bangun awal pagi tu cuma yang lelaki semua tak bangun lagi..2orang lelaki dah start demam dan selsema maybe sebab perubahan cuaca. Nasib baik ada bawa panadol dan ubat selsema. Sebelum keluar, kami sarapan di dapur guest house. Mereka sediakan roti, susu dan fresh orange. Kami bawa tuna banyak sebab memang dah decide awal-awal untuk makan breakfast banyak-banyak sebab bila berjalan nanti memang susah nak jumpa halal food.
Keadaan dapur dalam guest house.
2 orang yang demam.
Lepas sarapan, kami cepat-cepat keluar dan benda pertama sekali yang kami nak beli ialah T-Money. Kad ni kegunaannya sebiji macam Touch N Go kat Malaysia ni. On the way nak ke station subway yang paling dekat dengan guest house, ada satu kedai Family Mart yang buka 24jam. Kami beli kad T-Money di situ. Beli kad dan topup sekali 30000won untuk sepanjang perjalanan kami di Seoul. 
Family Mart yang macam 7-eleven.
Kad T-Money sedang ditopupkan
Sebelum tu, nak bagi tau if sesiapa yang nak ke Seoul ni dan ada smart phone boleh download apps 'Jihachul'  from Ios dan Android. Application ni akan tolong kita bila kita nak naik subway kat sana tanpa gunakan data pun. 

First sekali apps ni ada full map untuk semua subway kat Seoul. So from apps ni, kita boleh dapatkan laluan macam mana nak ke satu station tu dengan touch station mana nak depart dan station mana nak arrive. Dari situ juga boleh tau pukul berapa train akan sampai, berapa station antara tu dan berapa lama perjalanan, kat mana nak transit, dan pukul berapa last train yang ada. Haa berguna sangat kan? Sebab dalam train tu, bila announce station, memang tak dapat faham. Lagi pula 1station sampai ada 3 line train, bertingkat-tingkat. Awal-awal memang pening sikit, tapi bila guna apps ni memang sangat membantu.

Ok pagi ni kami nak ke National Museum Korea dari Hansung University Station. National Museum Korea ni terletak kat station Dongdaemon History and Culture Park. Dari station ni kena jalan kaki dalam5minit.
Kami dalam subway
Keadaan dalam subway.
From station to the museum.
Lagi yang menarik, untuk masuk ke dalam National Museum ni free je. Sangat kagum macam mana dorang nak maintain bangunan 3tingkat yang penuh dengan segala sejarah Korea tanpa sedikit bayaran pun. Jangan lupa beli souvenir di dalam museum ni sebab harganya ada yang lagi murah nak banding dengan tempat souvenir di Namdaemun. Bawah ni semua gambar kat museum dan luar museum.




Siap bershuffle lagi kat luar..


Selesai di National Museum of Korea, kami bergerak untuk ke War Memorial of Korea terletak dekat dengan Namyeong Station. Jauh juga berjalan dari station ke War Memorial ni. Apa yang ada di sini adalah tentang semua sejarah peperangan Korea. 
Setiap pahlawan yang berperang ada ukiran muka dalam War Memorial ni.
Kapal perang mereka


Luar War Memorial ni penuh dengan semua kereta kebal dan pesawat yang digunakan masa perang.

Nampak tak belakang tu Namsan Seoul Tower?

Selepas selesai round War Memorial, semua dah start lapar. Operasi seterusnya ialah mencari tempat makan halal di Itaewon. Di Itaewon memang banyak makanan halal. Naik je subway ke station Itaewon. Kalau kat Seoul ni, kalau tak tau jalan, cari orang yang pakai baju merah. Diorang memang sediakan mereka ni untuk membantu tourist yang datang ke Seoul. Petang itu kami lunch hampir pukul 4petang dan makan nasi beriyani berharga 12000won. Not bad juga even portion sangat besar, masing-masing boleh habiskan nasi tu. Nampak sangat semua sangat lapar.

Di Itaewon juga terletak satu-satunya masjid yang terletak di atas bukit. Cuma jalan kaki lebih kurang 5minit untuk ke Masjid Itaewon ni. 


Selesai solat, kami ke tempat shopping di Namdaemun market dan Myeongdong market. Hanya perlu menaiki subway ke Namdaemun Station. Di sini banyak jual baju, beg, kasut, seaweed, food dan souvenir.
Souvenir untuk dibawa pulang.
Keadaan lorong kedai di market.
Siapa yang gemarkan seaweed, memang boleh borong banyak yang sedap-sedap.
Dari Namdaemun ke Myeongdong Market.
Shopping mall di Myeongdong Market
Selesai shopping sikit-sikit, kami bergerak pulang untuk berehat disebabkan tak tahan cuaca yang terlampau sejuk. Sampai guest house, terus buat maggi sebab memang sedap makan maggi di saat-saat sejuk beku tambah-tambah lapar pula kan. Selesai makan terus tidur dengan nyenyaknya. Kalau orang utara cakap, "tidoq tak kalih-kalih".

Stay tune for our third day at Seoul Korea :)