Tuesday, April 17, 2012

Melancong ke Korea, Hari Ketiga

14 November 2011 :
tengah tengok macam mana nak ke destinasi
Selamat pagi Seoul..Hari ni kami akan menuju ke Namsan Seoul Tower. Menara tertinggi di Seoul. Kami naik subway ke Chungmuro Station dan dari situ ada bas untuk naik ke Namsan Tower. Bas ni berwarna kuning dan kami menunggu dalam 10minit untuk bas ni tiba. Selain itu, naik bas di Korea juga boleh gunakan T-Money. Namsan Tower ni letaknya kat atas bukit. So masa on the way bas ni nak naik ke atas bukit, kita boleh tengok ada orang-orang Korea yang jalan kaki saja untuk ke atas. Memang gigih dan gagah kan mereka? Kami turun dari bas betul-betul di perhentian paling atas. Dari situ pun masih lagi kena menapak mendaki bukit, dan buat pengetahuan semua, mendaki bukit yg sikit tu pun kami dah mengah.

Sementara menunggu bas

Dalam bas kuning
Selepas turun dari bas, masih jauh lagi perjalanan nak mendaki
Bawah pokok daun merah..
Namsan Seoul Tower
Pemandangan dari atas bukit Namsan
Walaupun panas terik, tapi 4degree ye suhu..
wajib pakai vaseline supaya bibir tak kering, yang lelaki pun pakai..haha
Apa yang ada di Namsan Tower ni? Kita boleh naik ke tower dan tengok permandangan dari atas menara, pemandangan satu Seoul.  Di sini juga ada Teddy Bear Museum dan pokok mangga. Haaa pokok yang penuh dengan mangga yang ditulis ayat-ayat cinta. Kalau korang tengok cerita korea My Girl, di sini lah antara lokasi mereka berlakon.
Bear ni dah sama besar dengan orang

Ini lah dia pokok penuh mangga..
Setelah puas bergambar, kami buat keputusan untuk datang semula malam ini untuk tengok pemandangan Seoul dari tower pada waktu malam dengan naik cable car pula. Kami turun dari bukit Namsan ni dengan menaiki bas semula dan menuju ke station Chungmuro tadi. 

Destinasi seterusnya ialah ke Gyeongbokgung Palace. Di Korea ni terdapat banyak palace dan kami memang bercadang untuk ke satu palace sahaja. Cara nak ke palace ini, cuma naik subway ke Gyeongbokgung Station. Masuk palace ni hanya 3,000won sahaja (tak sampai rm10). Palace ni sangat besar dan ada tempat untuk korang pakai baju tradisional Korea iaitu Hanbok dan boleh bergambar secara percuma. Tapi kitorang tak pakai pun sebab que tersangat panjang.

Pintu masuk istana
Cantik istana lama ni
Murah je entrance fee
Tempat bersemayam raja
Unik kan?
Tak tau la apa yang mereka cuba lakukan
Boleh bergambar dengan pengawal, tapi ada waktu-waktu tertentu sahaja
cover album ke?
Lukisan pakcik ni memang serupa
Selesai di Gyeongbokgung Palace, kami bergerak ke Itaewon untuk mengisi perut. Kali ini kami ke Pasha Turkish Kebab. Teringin nak makan Kebab pula. Kebab ni 1set dengan fries dan air. Harga lebih kurang 7,500won. Not bad juga kebab ni dan fries dia sangat sedap.
Kebab dan fries
Dari Itaewon kami bergerak ke station Myeongdong. Station myeongdong dengan cable car takde lah jauh sangat, jadi kami berjalan kaki sahaja. Tapi bila dah separuh jalan, masing-masing dah tak larat sebab hari dah gelap dan bertambah sejuk. Tapi gagahkan diri juga dan apabila sampai kami disambut dengan barisan beratur yang panjang untuk masuk ke cable car. Harga cable car 2ways 7,500won. Cable car di situ agak besar dan boleh masuk lebih kurang 30 orang tapi tak ada tempat duduk. Semua kena berdiri.
Pemandangan dari dalam cable car
Ada persembahan pancaran laser ke Namsan Seoul Tower
Bayaran masuk ke menara atas termasuk Teddy Bear Museum adalah 14,000won. Apa yang menarik bila naik lif untuk ke tingkat atas sekali, ada persembahan dalam lif yang dipancarkan ke bumbung lif tersebut. Agak kreatif sebab tak membuatkan penumpang lif bosan untuk sampai ke tingkat atas.
Pemandangan Seoul dari Namsan Seoul Tower
Tudiaa Kuala Lumpur Malaysia
Selepas turun dari tower, seperti biasa ada dijual souvenir. Selepas memborong, tempat terakhir untuk hari itu adalah ke Teddy Bear Museum yang terletak di kawasan bawah Namsan Tower. Apa yang ada dalam museum ini? Semua teddy bear semata-mata. Ada 2 bahagian museum. Bahagian yang pertama ditunjukkan bagaimana orang-orang korea berperang, cara mereka membangunkan istana, keadaan di dalam istana, dan banyak lagi tapi semuanya yang berkaitan dengan zaman dahulu. Bahagian yang kedua pula teddy bear yang dibuat mengikut zaman sekarang, di mana ada k-pop, shuffle, shopping complex, fashion dan macam-macam lagi. Sila lihat video di bawah untuk mendapat gambaran sebenar.
Pintu masuk museum
Zaman dahulu mereka membina istana


Wedding korea zaman sekarang
K-pop dance
Louis Vuitton ye..
Agak menarik juga dengan museum ni. Mereka describe kehidupan mereka dengan teddy bear ni. Selepas habis pusing kedua-dua museum ini, kami bergegas turun dengan cable car dan pulang ke guest house menaiki subway dari Myongdong station tadi.

P/s : Next entry seharian di Lotte World Theme Park dan Hangang River.

2 comments:

NUke_Rude said...

awesome gak eh, korea ni!!

Cik Bambam said...

sukaaa!

jumpa belog ni sbb nak survey korea mcm mana.. InsyaAllah nak pergi this week.. sejuk sangat eh..musim bungan xde sejuk mana kot eh? huhu