Tuesday, May 8, 2012

Melancong ke Korea, Hari Ke-empat


Selamat petang..Dipaksa untuk update live dari Damansara yang tiada internet so kena connect dengan phone..

15 November 2011 :
Inilah Open Guest House
Bermula perjalanan hari ini dengan mengambil gambar di hadapan guest house yang kami menginap. Kami bergerak ke Lotte World dengan menaiki subway ke Jamsil Station. Dari Jamsil station terus ada laluan direct ke Lotte World. Lotte world ini tak ubah macam genting. Dalam bangunan tu ada shopping complex dan juga theme park indoor and outdoor. Motif kami ke Lotte World ni adalah untuk ke Theme Park Lotte World.

Bila kami sampai di Lotte World, kami ke information counter dan di sana kami ambil pamplet  for tourist di mana kami dapat 30% diskaun untuk tiket ke Everland nanti. Diskaun itu khas untuk pelancong asing sahaja. Apa yang  kami perhatikan, harga tiket untuk pelancong lagi murah daripada penduduk tempatan. Kalau di Malaysia, sudah tentu harga tiket untuk pemegang Mykad lagi murah kan?

Ok harga tiket untuk masuk ke theme park Lotte World ialah 56,000 won untuk 1couple. If beli ticket individu lagi mahal seorang 38,000 won. So we decided untuk beli tiket couple. Tapi ingat lagi bila di kaunter tiket, memang sangat susah nak beli tiket sebab they cant understand english at all. So we need to speak korea language with them. Hebat kan??
Tiket kami..
Excited semua nak masuk
Kalau tengok di lotte world macam kewajipan untuk cikgu sekolah tadika bawa student2 yang kecil-kecil ni melawat ke theme park dorang. Memang banyak terserempak dengan kanak-kanak tadika.
Hi kiddo..kecil-kecil lagi dah sampai theme park kan..
Sebiji macam Sg Rejang Flume ride kat Genting kan?
Bumper car
Besar Indoor Lotte World ni..
Ni bahagian luarnya, meriah dan cantik..
Buaian sepoi-sepoi bahasa..
Seronoknya kami..:)
Cantik kan?
Pheewit..
Seharian kami di lotte world dan selesai bermain semua game indoor dan outdoor, kami habiskan masa dengan shoppimg a few cloths yang harganya agak berpatutan. Lepas tu, kami bergerak ke Hangang Park dengan teksi. Murah juga teksi, 1 teksi tak sampai 5,000 won pun. Kami ke Hangang Park untuk naik Hangang River Cruise. Harga untuk seorang ialah 11,000 won.

Feri ini akan bawa penumpang melalui Hangang River dan akan pusing semula di tempat yang kami naik tadi. Dan akan lalu bawah semua jambatan yang merentasi hangang river ni.
Yaa kami naik feri..
Bahagian atas jambatan tu jalan raya dan bawah jalan raya tu railway untuk subway.
Beriye masing-masing posing..
Walaupun sejuk, tetap nak duduk luar..
Itulah Namsan Tower..
Lagu Negaraku di Korea..
Selepas habis round guna ferry, kami berjalan kaki menuju ke subway terdekat Sincheon Station dan dari situ kami menghala ke Itaewon. Hari tu satu hari suntuk tak dapat makan solid food. Sampai di Itaewon kami makan di satu tempat halal(tak ingat dah nama tempat) rainbow chicken rice 1pinggan 16,000 won. Selepas dari tu, kami terus bergerak balik dan bersedia untuk ke Nami Island esoknya.

Rainbow chicken rice..

P/s : Next entry di Nami Island tempat penggambaran cerita Winter Sonata.

2 comments:

miSs JeN said...

Dubai restaurant tuuu ;D

iyllienaz said...

Betulll!! haha aku pun dah lupa..