Wednesday, June 20, 2012

Melancong ke Korea, Hari Ke-lima. Nami Island dan Lantern Festival Cheonggyecheon Stream.

16 November 2011 :
Seperti biasa pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap ke subway untuk ke Nami Island. Kita boleh ke Nami Island dengan menaiki subway ke Gapyeong Station dan dari Gapyeong Station, terus ambil teksi dan cakap  je nak ke Nami Island, confirm taxi driver akan faham. Perjalanan dengan teksi hanya 5minit sahaja dan harga dalam 3,000won (RM9).
visa masuk..
Turun dari teksi dah nampak ramai orang beratur untuk beli tiket masuk ke Nami Island. Disebabkan kami pelancong, harga lagi murah berbanding harga untuk orang tempatan. Tiket feri dan visa hanya 8,000won(RM24) seorang. Hanya ada sebuah feri sahaja dan feri ni akan berulang alik setiap setengah jam dari darat ke Nami Island.

di belakang kami ni lah feri yang kami naik..
Lihatlah contengan-contengan di dalam feri..memang banyak tempat yang kena conteng. mungkin mereka ingat vandalism ini satu art..
Ok mari ceritakan apa sebenarnya yang ada di Nami Island ni. Sebelum kami sampai di Nami Island, kami cuma tau yang Nami Island ni tempat penggambaran cerita Korea Winter Sonata. Bila dah sampai baru la terbaca pasal sejarah wujudnya Nami Island ni. Dinamakan atas nama seorang tentera yang bernama General Nami kerana dia ni seorang tentera yang paling hebat berkhidmat semasa pemerintahan King Sejo dan mati di usia yang muda 27 tahun.
Selamat datang ke Nami Island.
Fidzin(kanan sekali) nak tangkap nyamuk.
semangat si farhan(second paling belakang) nak bagi flying kiss..
tourist lain yang tolong ambilkan gambar kami ni.
Apa aktiviti yang boleh dilakukan?memang tak banyak sangat aktiviti. Cuma boleh bergambar, bergambar dan bergambar. Sebab pemandangan di Nami Island sangat cantik mungkin kami pergi season autumn. Tapi kalau spring lagi cantik agaknya. 

Jom tengok apa yang jadi bila konon nak bergambar dengan daun kering kekuningan. Masa awal-awal memang paling lawak sebab tak reti nak baling daun tu macam mana. Apa yang jadi??haa macam kat bawah ni laa..lawak ok!setepek daun kat muka. 

percubaan pertama.."aku terima seadanya apa yang ko baling"
percubaan kedua.."eh, aku nak terima ke aku nak elak ni?yang penting aku posing."
percubaan ketiga.."aku dah siap-siap posing ni.kalau tak cantik, lu bikin wa marah wey!!"
Pastu gambar haram, buruk gila. dah lama-lama practise baru tau teknik-teknik. Kalau kat Malaysia tak ada pula korang nak main daun-daun kering ni kan..hehe

Akirnya..berjaya juga gambar bersama daun-daun..
:p

sambil melompat pun boleh..kami percaya, practise makes perfect!
Setelah penat membaling daun dan melompat..
Gambar kelas..

Cover album band kami..

Selain itu, boleh juga sewa basikal dengan harga 5,000won sejam. Masa nak sewa basikal ni, memang kena tinggalkan ic/lesen dan kami boleh nampak ramai juga orang Malaysia yang datang dan sewa basikal sebab nampak banyak lesen orang Malaysia. Dan terimalah video yang ekslusif ni..



Tudiaa naik basikal colour pink..
Pusing satu Nami Island..
Dah penat berbasikal, kami dah start lapar. Ada satu-satunya kedai makanan halal di Nami Island. 1 set makanan dan air harga 10,000won(RM30). Dah itu sahaja yang kami boleh makan, apa lagi, makan lah dengan lahapnya walaupun tak berapa kena dengan tekak masing-masing.

Nasi, telur dan kimchi..
Lapar..
Selepas makan, sambung jalan lagi, ada 1bilik yang diletakkan gambar pelakon-pelakon winter sonata dan di situ juga penuh dengan contengan. Dari seluruh pelusuk dunia, semua datang menconteng dinding bilik tu.Orang Malaysia pun ramai yang tinggalkan kenangan dengan menconteng kat situ.
Diva jehan bersama gambar-gambar winter sonata..
Winter Sonata..
Selesai sudah bergambar, dalam pukul 4 petang, kami bergerak balik semula ke darat dengan feri tadi dan mengambil teksi untuk ke Gapyeong Subway Station. Dari situ kami ke Gwangwhamun Station untuk ke Cheonggyecheon Stream. Sebenarnya stream ni ada sejarah tersendiri untuk Korea, tapi malas nak cerita.

Betapa ramainya orang yang datang..
Pada waktu ini memang ada lantern fesstival. Bonus untuk kami sebab datang time ada festival. Memang meriah sebab festival ni hanya seminggu sahaja dan penuh sesak dengan orang-orang tempatan. Sangat-sangat cantik patung-patung kertas yang dalamnya ada lampu-lampu dan di letakkan di atas aliran air ni.











Selesai berjalan habis di Cheonggyecheon Stream ni, kami bergerak ke Itaewon untuk makan. Malam itu kami makan di Delhi Dalbar Restaurant. 1set roti nan bersama ayam tandoori berharga 11,000 won(RM33). Servis restoran tu sangat lambat dan ayam yang dipanaskan, tak begitu panas sebab dalam isi ayam tu still rasa sejuk baru keluar fridge. Set nan tandoori nya pula tiada kuah yang nak dicicah. Kena order 1mangkuk kuah sebab masing-masing tak boleh makan kalau tak ada kuah dalcar.

Roti nan dan ayam tandoori..
Selesai hari ke-lima kami di Korea. Hari seterusnya pula ialah di Taman Tema Everland.