Saturday, July 14, 2012

Melancong ke Korea hari ke-enam, Everland.

17 November 2011:
Hari ini kami ke Everland Korea. Everland adalah taman tema yang terbesar di Korea. Bagaimana nak ke Everland? Everland agak jauh dengan tempat kami duduk.Perjalanan mengambil masa 2jam dengan menaiki subway dan bas. Kitorang naik subway sampai Gangbyeong Station. Dari station tu, kena ambil bas 5800 ke Everland. Susah juga nak cari bus stop mana yang bas 5800 lalu. Rupa-rupanya bus stop tu terletak di tengah-tengah jalan. Perhentian terakhir bas 5800 adalah di stesyen bas Everland. Dari stesyen bas tu ada shuttle bus yang disediakan untuk naik ke pintu masuk Everland.

Bila sampai pintu masuk, semua beratur nak beli tiket. Disebabkan kami ada pamplet yang kami ambil di Lotte World, kami dapat diskaun. Diskaun tu hanya untuk pelancong asing sahaja. Kitorang kena ke Group Ticket Office untuk isi borang dan dapat harga 33,000 won (RM100). Harga asal 40,000 won. Kalau sesiapa yang nak pergi, rajin-rajin la tengok website Everland sebab ada discount coupon for tourists, so boleh print from situ sahaja.

Everland sangat besar dan semua games yang ada sangat best. Bila time winter, akan ada game yang hanya dibuka time winter sahaja. Bukan setakat games, tapi ada juga zoo yang tempatkan haiwan-haiwan yang susah nak jumpa kat Malaysia.Yang paling menarik sekali masa parade show dan bunga api. Make sure korang stay sampai habis bunga api,sebab still ada bas yang akan ke Seoul menanti walaupun dah lewat. Bunga api sangatlah hebat.Tak sempat nak rakam sebab terpegun dan betul-betul menghayati. Jom kita tengok semua gambar dan video moonlight parade..
Total 198,000won untuk 6orang..
Pintu masuk Everland
Peta Everland..
Tema masa kami pergi - Christmas!
Roller Coaster yang terhebat! T Express..dibuat daripada kayu..

Maskot di Everland

Bersama biri-biri(tak pasti)..hehe masa ni kami yg lain sibuk beratur sejam nak naik roller coaster T Express.
Kangaroo..will meet you this October.
Harimau..
Suasana malam di Everland
Parade show..
Kereta berhias..
Tetiba on the way balik, semua bercita-cita nak kerja part time macam orang-orang kat parade ni..


P/s : Next day shopping souvenir dan 63 Building..

3 comments:

seorang yang hensem said...

the best fireworks ever.

Hafiz Azmi said...

everland sapa x stay sampai malam mmg rugi... :)

Nurul Nadia Ismail said...

Salam. nak tanya, bunga api & parade tu setiap hari ke ada eh? sebab sy nak pergi weekdays. ke weekend je dia ada?

tq:)