Saturday, August 4, 2012

Melancong ke Korea hari ke-tujuh. Korean Silk and 63 Building

18 November 2011 :
Plan untuk hari ini hanya lah untuk shopping korean silk dan souvenir sikit-sikit..sebelah petang pula ke 63 Building.

Pengalaman nak cari korean silk, memang jauh gila kami berjalan..dari dondaemun station kami berjalan kaki ke Kwang Jang Market..kat pasar tu, memang terlampau banyak lorong-lorong kedai yang jual kain-kain ela cotton.. tapi nak jumpa korean silk yang betul-betul tu memang susah sampai sesat-sesat.. lucky kitorang boleh browse internet dan jumpa dari 1 blog, bagi tau ada 1kedai yang ownernya boleh cakap english..siap provide phone number lagi..kitorang terus call dan owner tu terus ambil kitorang yang sesat untuk ke kedainya..

Serious memang agak mahal korean silk kat sini..masing-masing beli 1 je untuk emak sendiri..untuk diri sendiri beli kain cotton je..hehe..sepasang korean silk harga 81,000won..duit malaysia ada la dalam RM240..tu yang paling murah boleh dapat..beli sepuluh pun tetap harga sama..if guna credit card kena bayar extra..jom tengok kedai uncle ni..

macam-macam corak ada..
pulun mintak kurang..
pilih-pilih mana yang berkenan.
dah banyak sangat, sampai tak reti nak pilih..
haa yang ini untuk mak saya..
Selesai beli korean silk, kami beli kain-kain cotton yang ada jual kat deret-deret lorong tu..memang sangat banyak pilihan..dah siap potong 4meter..tinggal pilih corak sahaja..kain cotton ni boleh tahan lembut juga dan sepasang dalam 10,000won (RM30)..yang tu kami borong banyak..sebab murah kan..

Selesai beli kain-kain ni,nak pula cari brooch yang cantik-cantik..tapi bila tanya orang-orang kat Kwang Jang market ni, hampir semua orang blur and tak paham..so kami cuma berjalan ke Insadong untuk beli souvenir. Insadong ni kalau nak pergi, korang boleh naik subway and berhenti dekat Angguk Station. Memang agak panjang lorong kedai souvenir di sini..macam-macam yang boleh dibeli.. Untuk kawan-kawan kerja, disebabkan ramai yang chinese, kami belikan chopstick dan sudu yang panjang tu..tak tau apa nama sudu tu, tapi kat korea memang pakai sudu tu.

Antara kedai souvenir di Insadong
Masing-masing tangan dah penuh..
Selain tu, fridge magnet, penanda buku, T-shirt korea pun banyak yang cantik-cantik kat sini..T-shirt kat sini lagi cantik kalau nak banding dengan yang dijual di Namdaemun Market. 

Habis membeli di Insadong, kami bergerak ke Itaewon untuk lunch..Sampai di Itaewon station, barang-barang yang kami dah beli, kami letak kat dalam locker yang disediakan kat dalam station tu. Kami bercadang untuk datang makan malam di Itaewon, jadi tak perlu bawa barang-barang banyak untuk berjalan ke tempat seterusnya.

Tempat lunch kami hari tu ialah tempat yang sama pernah kami makan masa 2nd day..tapi bila kami datang petang tu, dandan terus nasi beriyani habis..yang ada tinggal nasi goreng yang harganya sama dengan nasi beriyani..sebab semua dah malas nak layan, kitorang makan je..pandai juga owner restoran tu nak berjimat ye..tak patut..

Bila masing-masing dah kenyang, kami bergerak ke 63 Building. Bagaimana nak ke sana?Subway ke Yeouinaru Station dan dari situ naik bas ke 63 Building. Ada banyak attraction di 63 building ni. Kami hanya masuk 2 tempat sahaja iaitu Sea World dan Wax Museum. Total harga 28,000won(RM90).

Sebelum masuk,sesi bergambar..
bersama penguin pula..
Hi penguin..akan jumpa Oktober nanti..:)
obor-obor kan?
ada performance juga..sesi bagi makan ikan..
muka orang yang ada dalam duit korea..
Good girl!
lambaian diva u olls..
berebut lah korang..
ada hati main janggut orang tu..haha
playing piano with Beethoven..
tak habis lagi berebut..
tak nak kalah orang demam ni..haha
Selepas melawat dua tempat tu, terus kami bergerak semula ke Itaewon..tak nak balik lewat sebab takut tak sempat naik last subway..sampai Itaewon kena makan, kali ni di Pasha Kebab lagi..mungkin dah seronok makan kebab dan kentang kat situ sangat sedap..Sebelum gerak balik, tak lupa untuk ambil barang-barang souvenir dalam locker kat Itaewon station..Sampai je bilik, tido nyenyak bak kata orang utara tido tak kalih, sebab penat dah berjalan banyak harini..

tengok pun dah tau kebab tu sedap..hehe
jus strawberry dia pun sangat sedap!
p/s : 8th day will be our last day and shopping day..habiskan duit..