Thursday, September 6, 2012

Cermin kereta pecah

Apa yang nak buat bila cermin kereta pecah disebabkan terkena batu masa orang potong rumput?



Hari Isnin yang lepas, masa nak siap-siap pergi kerja malam, terkejut bila tengok cermin belakang kereta dah retak beribu-ribu. Aku pun tanya jiran, dorang cakap kena batu orang potong rumput la tu sebab memang petang tu ada 1group yang datang potong rumput kat tepi-tepi jalan kawasan perumahan tu. Kereta aku yang park dalam rumah pula boleh terkena batu.

Malam tu aku ke tempat kerja lambat sedikit. Balik sahaja kerja pagi tu(hari Selasa), terus ke balai polis untuk buat laporan. Selesai buat laporan polis, aku ke Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech dan buat laporan di situ. Motif utama nak claim ganti rugi cermin belakang tu. Bak kata mak, kalau ada rezeki, dpt la claim, kalau xde, bayar je la sendiri.

Settle buat report kat PBT, dorang just bagi tau yang dorang akan contact subcon yang potong rumput tu and company tu yang akan bertanggungjawab. Petang tu jugak company tu call and bagi tau nak datang rumah untuk tengok cermin tu. Nama dia Pakcik Halim. Lepas pakcik tu datang tengok kereta dan report polis, dia bagi tau yang tempat betulkan cermin dah tutup and tak sempat nak buat petang tu. Dia janji untuk datang semula esok dan akan tunjuk jalan ke bengkel tukar cermin tu.

Pagi Rabu, lepas balik kerja, pakcik tu datang rumah dan aku bawa kereta ke bengkel. Semua urusan harga pakcik tu yang settlekan dengan tauke kedai cermin. Walaupun tunggu lama juga nak tunggu perodua hantar cermin, akhirnya aku dapat semula cermin belakang. Lega tak keluar duit sendiri untuk baiki cermin tu. Bersyukur masa cermin pecah tak hujan lebat. Walau letak bawah bumbung kalau dah hujan lebat, confirm akan tempias dan air akan masuk dalam kereta. Alhamdulillah semuanya dimudahkan. Sampai je rumah lepas cermin dibaiki, terus hujan lebat.