Sunday, August 18, 2013

Update ringkas..:)

Hi korang..

Lama kan xtulis kat sini..dekat setahun..kalau korang nak tau, memang banyak perubahan besar yang dah jadi dalam hidup aku..

Bermula dengan sebab aku pindah ke johor bahru, putus cinta, start semula life baru, memang tak disangka..tapi apa yang kita tau, sentiasa ada hikmah disebalik semua yg Allah telah aturkan..

Dah hampir setahun aku di johor bahru..awal-awal start kerja di sini agak kekok..xde lagi kerja shift cuti lama-lama..sekarang back to normal working office hour..8.30-6..sabtu ahad je cuti..sangat tak seronok..tapi bila dah sebulan kerja, terpaksa juga terima hakikat..kerja setakat ni ok lagi..Alhamdulillah, dalam xsampai setahun lagi dah 2kali naik gaji..suka ok naik gaji..terasa dihargai..

Cerita pasal family pula, seronok dapat duduk dengan parents..sedikit sebanyak dapat belajar masak dgn mama..ada masa kadang-kadang bawa nenek berjalan..nenek sangat suka berjalan..sampai singapore pun dia ajak masuk..so, weekend aku memang banyak habiskan masa dgn family..

Ok pasal bf pula, dah lama aku putus..bulan 2 aritu..dan bulan 3 mamat tu dah kahwin dengan perempuan lain..atas sebab yang malas aku nak ceritakan kat sini..tp yang paling aku tak puas hati, bila dia dah kahwin, dia nak jugak contact aku kata dia rindu aku and tak bahagia la bagai..suruh aku jadi isteri dia no 2..bila cerita kat mama, terus mama nasihat macam-macam..lepas dari tu, aku anggap kami memang tiada jodoh..tu pun selepas sebulan meroyan..

Ok taknak lagi ingat kisah tu..sekarang cuma try berusaha nak hidup dengan lebih bahagia, bersama parents and family..ini je masa yang ada untuk berbakti pada mak ayah..selagi mereka masih hidup..insyaAllah, ada jodoh nanti..

Kawan-kawan pula memang aku takda kat jb ni..so agak bosan bila takda geng tengok movie, karok, lepak-lepak..kawan kerja semua cina dan semua dah ada family..tapi takpela..kalau ada wedding invitation memang aku akan pergi kl and jumpa kawan-kawan kat sana..so basically duk rumah kat jb ni memang jimat sebab takda geng nak bazir duit tak tentu hala..

Ok korang, dah banyak juga yang aku type hasil ringkasan aku selama setahun..hope till we meet again..good nite..Assalamualaikum..

Gambar raya 2013, masing-masing dengan telefon..